shark Publish time 23-4-2018 04:59 PM

HUKUM BAYI TABUNG UJI


https://scontent.fkul14-1.fna.fbcdn.net/v/t1.0-9/31166311_10158121787029572_2686574271748614267_n.jpg?_nc_cat=0&_nc_eui2=v1%3AAeE3YCYIas2Fy0XIefhpPThZBDdI4qHoof8OljiRP1-hYFIfJs201JZupC1JUnWro7TWXbKRhW5gQmq6IjXDLVqbB2tOrtS-wNmNsaCYKkA_7w&oh=0190a08c4c9653dc5c230cacd280ea7f&oe=5B6A46EC


Soal :
Adakah harus di sisi syarak pasangan yang tidak mendapat zuriat untuk melakukan rawatan persenyawaan di luar rahim di hospital? Apakah anak tersebut anak yang sah dan dapat mewarisi harta pusaka?

Jawab :
Masalah tidak mendapat zuriat adalah termasuk katogeri penyakit. Maka setiap penyakit ada ubatnya sekalipun masih belum diketahui ubatnya.Daripada Jabir r.a. katanya Rasulullah saw besabda :
لكل داء دواء, فإذا أصيب دواء الداء برأ بإذن الله
“Bagi setiap penyakit itu ada ubatnya. Maka apabila berbetulan rawatan dengan penyakit akan sembuhlah penyakit dengan izin Allah.” (Hadith Muslim)Berkait penggunaaan rawatan persenyawaan di luar rahim bagi pasangan yang inginkan anak maka bergantung kepada cara dan qaedah rawatan itu sendiri.Jika cara yang dibenarkan syarak maka harus hukumnya.
Antara cara yang harus ialah mencantumkan benih dari suami dengan benih dari isterinya yang sah di dalam makmal kemudian dimasukkan kembali ke dalam rahim isterinya itu.
Atau disuntik benih suami dengan menggunakan peralatan ke dalam rahim isterinya yang sah.
Kedua-dua cara di atas adalah harus dan halal.Maka anak yang lahir dari kedua cara di atas adalah anak yang sah dan saling mempusakai harta apabila berlaku kematian.Tetapi jika menggunakan qaedah atau cara yang haram maka hukumnya adalah haram.
Antara cara yang diharamkan syarak ialah benih suami yang dicantum dengan benih isterinya yang sah tetapi dibiakkan di dalam rahim perempuan yang bukan isterinya. Maka cara ini adalah haram dan tidak sah dan anak yang lahir adalah anak yang tidak sah dan tidak mempusakai harta apabila berlaku kematian.
Dari Hashim bin Malik r.a. Rasulullah saw bersabda :
مامن ذنب بعد الشرك أعظم عند الله من نطفة وضعها رجل فى رحم لايحل له
“Tidak ada dosa selepas dosa syirik yang lebih besar di sisi Allah daripada dosa seorang lelaki yang meletakkan benihnya pada rahim yang tidak halal baginya.” (Hadith Ibnu Abi Dunya)

Wallahua'lam+ Ustaz Azhar Idrus ( Original )
#ohislam

CiliPadiSedap Publish time 23-4-2018 05:23 PM

terima kasih ilmunya bermanfaat. alhamdulillah

meklalala Publish time 27-10-2018 09:31 PM

pernah dengar ceramah ustad dr. khalid basalamah kat youtube dia cakap bayi tabung uji sah jika benihnya dari suami isteri yang sah heeee...nice sharing tt btw..

sikatkutu Publish time 4-3-2019 04:31 PM

meklalala replied at 27-10-2018 09:31 PM
pernah dengar ceramah ustad dr. khalid basalamah kat youtube dia cakap bayi tabung uji sah jika beni ...



risau pulak fikir pasal benih ni. takut pihak yg urus segaja tukar air mani masa nak satu kan dalam tabung


adni0508 Publish time 2-4-2019 10:53 PM

tQ ilmunya.Anak buah sy hasil baby tabung uji.alhamdulillah dgn izin Allah
Pages: [1]
View full version: HUKUM BAYI TABUNG UJI


ADVERTISEMENT