zamkumis Publish time 7-6-2018 03:42 PM

Salam bahagia

Salam 100malaysia,

Wah lama tak masuk forum cari ni..apa khabar kawan-kawan. Dah lama tak melepak disini sesekali masuk rasa fresh pula. Tinggal 7 hari lagi puasa, lepas tu raya. Malaysia ni memanglah ada macam-macam raya. Baru saja lepas pilihanraya ni nak raya lagi, Raya Puasa. Hari menyambut kemenangan selepas 30 hari berlapar dahaga disiang hari. Selepas ini Raya Haji, lepas tu raya cina, dan bermacam jenis raya lagi. Tetapi fahamkah kita apa makna RAYA, raya bermaksud di sambut secara beramai-ramai dimerata-rata tempat.

Didalam islam raya membawa erti kesyukuran dan hari kegembiraan, mungkin dalam agama lain juga membawa mesej yang sama iaitu hari kegembiraan. Bagaimanapun dalam islam ditambah lagi dengan kunjung mengunjung dan berjumpa saudara dan kawan lama adalah digalakkan, ia bertujuan mengeratkan tali persaudaraan.

Namun begitu, detik masa terus berlalu tidak berhenti, meninggalkan semua yang berlaku menjadi sejarah dan warna-warni kehidupan. Masa yang pergi tidak datang kembali. Manusia terus hidup dimuka bumi, semuanya mencari kehidupan dan merancang untuk hari esok semuga lebih baik lagi.


Setiap hari kita perlu makan, jika tak makan perut lapar, nak makan perlu ada duit. Nak duit perlu usaha, mesti ada mata pencarian. Ada yang menjadi guru, menjadi polis, menjadi peniaga dan bermacam lagi. Inilah cabaran hidup. Disebabkan mahu mencari sesuap makanan, maka dunia ini banyak berlaku perubahan disebabkan usaha manusia yang bermacam jenis untuk mengusahakan sumber alam menjadi bermacam keperluan.


Berlainan dengan haiwan, konsep yang sama iaitu cari makan, tetapi kitaran hidup mereka ini sangat ringkas, mereka cari sahaja makan. Dimana ada makanan disitu mereka ada. Haiwan tidak pernah mahu mengubah corak kehidupan mereka kepada tahap yang lebih baik, walau mereka tidak pernah simpan makanan, tetapi mereka tetap dapat hidup dan membiak dari zaman dinasour sehingga sekarang. Ayam zaman dahulu sama sahaja dengan ayam zaman sekarang berkaki ayam.

Baiklah, samada manusia ataupun haiwan semuanya ada otak, tetapi manusia memiliki AKAL. Haiwan ada otak tetapi tidak ada akal. Oleh sebab itulah manusia dapat menakluki bumi ini. Bayangkan jika Monyet ada akal, sudah tentu mereka akan membina teknologi yang lebih canggih dari manusia. Mungkin gadget mereka lebih menarik dan kita banyak membeli produk mereka. Haha.

Masa terus berlalu, dahulu kita kecil bermain-main, sekarang sudah besar dan banyak tanggungjwab, yang kecil menjadi dewasa, yang dewasa menjadi tua. Dan tua kemudian mati. Kitaran hidup yang sama seperti sebatang pokok. Nampak seperti ringkas tetapi sejarah kehidupan manusia adalah sejarah yang sangat panjang. Jika dimasa hidup kita banyak membuat jasa maka selepas mati nama kita akan disebut-sebut. Jika banyak melakukan kerosakan selepas mati disebut nama tetapi dalam bentuk caci. Inilah kehidupan.




Truth.8 Publish time 25-6-2018 09:01 AM

aha ha haiaha ha hai ketawa lah lagi
m90lKazclUE

Pages: [1]
View full version: Salam bahagia


ADVERTISEMENT