Cumikucingku Publish time 29-2-2020 02:37 AM

LH76 replied at 29-2-2020 02:13 AM
Sis tahu pasal khuluk or tebus talak?

Tebus talak tu kena ikut amaun yg dia nak kan?

Dia tu mata duitan ... kang susah saya.

Cumikucingku Publish time 29-2-2020 02:40 AM

LH76 replied at 29-2-2020 02:26 AM
Blh jer sis, blh standby bukti klu ada sbg back up klu hakim ty. mcm sis ckp sgala pbelanjaan rmh...

Jadi perlu kaunseling jugak ke mcm mane... boleh tak nak ckp kat ustaz pejabat agama tu saya nak proceed terus... resit2 bill semua ada. Resit beli barang tak simpan la ..

LH76 Publish time 29-2-2020 02:56 AM

Cumikucingku replied at 29-2-2020 02:40 AM
Jadi perlu kaunseling jugak ke mcm mane... boleh tak nak ckp kat ustaz pejabat agama tu saya nak p ...

Sis berkeras dgn ustaz kaunselor nk proceed jgk. sb dorg selagi blh akan pujuk jgn bpisah. i dulu berkeras ms sesi kaunseling. kes i turun naik court 6 bln br ex lafaz talak. kira 6 bln tu cepat jgk la dgn ex yg x nak ceraikan i. i dulu hakim yg paksa ex lafaz talak. mgkn hakim tgk i btl2 x nak teruskan marriage kitorg. klu ikutkan ex sgja nk gantung x brtali. selain dr husband, bergantung pd hakim jgk sis. doa2 la hakim lembut hati dgn sis utk oercepatkan kes

Cahya669 Publish time 29-2-2020 03:33 AM

Sis dh hantar borang permohonan fasakh ke blm? Proses ambil masa 2 minggu jgk.Tak perlu kaunseling pun. Unless kita yg nak kaunseling. Tu kena pergi pejabat agama.

Hakim skrg ni mudah dan memudahkan. Yang penting kita simpan semua bukti dan dapat tunjukkan memang suami adalah biawak hidup. Resit2 bil rumah, air, elektrik tu kalau boleh tunjukkan setahun dua punya record atau lebih. Sediakan saksi sekali.

Kalau nak guna kn depression as one of excuse tu blh..tp prosesnya panjang sikit. Kena pergi kk ambil test das. Doc dah refer ke klinik psy. Tgu appointment plk. Dekat sana doc psy plk akan treat. If betul kategori depression baru blh minta medical report. Tu pun makan bulan tu sis..

Cumikucingku Publish time 29-2-2020 03:59 AM

Cahya669 replied at 29-2-2020 03:33 AM
Sis dh hantar borang permohonan fasakh ke blm? Proses ambil masa 2 minggu jgk.Tak perlu kaunseling p ...

Tak ambik borang lagi. Cuti sekolah bulan 3 ni baru nak pegi. Maksudnya tak nak kaunseling pun boleh la ye. Saya ingat semua kes kena kaunseling.

Tq sis... sangat membantu.

Cumikucingku Publish time 29-2-2020 04:00 AM

LH76 replied at 29-2-2020 02:56 AM
Sis berkeras dgn ustaz kaunselor nk proceed jgk. sb dorg selagi blh akan pujuk jgn bpisah. i dulu...

6 bulan kira ok la tu sis. Kes sama mcm saya ke?

Bg la tips nak menang kes.

Cumikucingku Publish time 29-2-2020 04:14 AM

Cahya669 replied at 29-2-2020 03:33 AM
Sis dh hantar borang permohonan fasakh ke blm? Proses ambil masa 2 minggu jgk.Tak perlu kaunseling p ...

Maksudnya sebelum isi borang lagi saya dah kena print la resit2 bayar online tu?

Saya xde saksi sbb saya jenis tak cerita dgn family dan kawan . Saya diam2 je sbb tu saya slalu nangis sendirian.

Saya pun kalau bole xnak la up cite kemurungan la ape la sbb takut hakim tau saya kemurungan & pukul laki kang dia bg anak2 kat laki.



Cumikucingku Publish time 29-2-2020 04:19 AM

Khuluk macam lagi rumit dan menguntungkan pihak laki kan? sebab dah la dia tak bagi nafkah pastu nak mintak cerai bagi fuit kat dia pulak.... koser...

Seksyen 49. Perceraian khuluk atau cerai tebus talak.

(1) Jika suami tidak bersetuju menjatuhkan talak dengan kerelaannya sendiri, tetapi pihak-pihak itu bersetuju bercerai dengan cara penebusan atau cerai tebus talak, Mahkamah hendaklah, selepas jumlah bayaran tebus talak dipersetujui oleh pihak-pihak itu, mengarahkan suami itu melafazkan perceraian dengan cara penebusan, dan perceraian itu adalah bain sughra atau tak boleh dirujukkan.

(2) Mahkamah hendaklah merekodkan cerai tebus talak itu dengan sewajarnya dan menghantarkan satu salinan rekod itu yang diperakui kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan.

(3) Jika jumlah bayaran tebus talak tidak dipersetujui oleh pihak-pihak itu, Mahkamah boleh mentaksirkan jumlah itu mengikut Hukum Syarak dengan memberi pertimbangan kepada taraf dan sumber kewangan pihak-pihak itu.

(4) Jika suami tidak bersetuju bercerai dengan cara penebusan atau tidak hadir di hadapan Mahkamah sebagaimana diarahkan, atau jika Mahkamah berpendapat bahawa ada kemungkinan yang munasabah bagi suatu perdamaian, Mahkamah hendaklah melantik suatu jawatankuasa pendamai sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 47 dan seksyen itu hendaklah dipakai sewajarnya.

CiliPadiSedap Publish time 29-2-2020 05:19 AM

kalau tebus talak tu camne ek? cm gila talak ye?

CardiGans85 Publish time 29-2-2020 06:26 AM

Cumikucingku replied at 29-2-2020 01:53 AM
Dia tak nak la cerai . Sebab tu dia redha kot kena pukul.

Saya ni tanggung semua perbelanjaan ,...

1) Isu mental.

Caranya: kau pergi klinik kesihatan gomen terdekat,cerita je apa yg kau rasa pd doktor then doktor akan decide ms tu juga nk hantar ko utk jumpa psychiatrist atau psychologist.

Pendapat aku: kau ade ciri orang bipolar disorder, mania dan kena buat terapi anger management.

2)Fasakh (based on pengalaman kes dlm family aku).

Kau akan tempuhi majlis pendamai 2-3 rounds (tgk situasi) d mana kau kena lantik Jawatankuasa Pendamai/JKP (a.k.a mcm kaunseling tp intense yg membuka segala2nya) seeloknya orang yg terdekat pd kau mcm ibu/adik/kakak. Klu gagal JKP seterusya ialah Majlis Hakam.

Ms ni kau dinasihatkan hakim utk lantik wakil kau, iaitu Wali. 2-3 round (tgk situasi)then utk yg last time hakim akan decide tanpa present Wali itu sendiri.

Akibatnya, perkahwinan akan terbubar dan tiada istilah rujuk. Apa2 Nikah semula. Kes family aku ni selesaidlm masa 7 bulan.
Mentally and physically challenges. Sokongan moral dari keluarga amat d perlukan

Apa2 pun kau mmg kuat tp jgn la kau pukul suami kau tu. Aku tau kau marah tp kena igt Tuhan. Be a classy lady. Ok?

ellejo Publish time 29-2-2020 06:27 AM

Cumikucingku replied at 29-2-2020 04:19 AM
Khuluk macam lagi rumit dan menguntungkan pihak laki kan? sebab dah la dia tak bagi nafkah pastu nak ...

tapi hakim ambil kira kemampuan isteri dan tanggungan sis

Andyscenes Publish time 29-2-2020 07:54 AM

g mahkamah syariah, ambil borang tuntutan penceraian, isi borang, byr rm58. tggu mahkamah panggil. kena attach, sijil nikah, ic, kalau dkk area selangor, g kat mahkamah syariah selangor, kalau kl mahkamah kuala lumpur.

Cumikucingku Publish time 29-2-2020 09:02 AM

CardiGans85 replied at 29-2-2020 06:26 AM
1) Isu mental.

Caranya: kau pergi klinik kesihatan gomen terdekat,cerita je apa yg kau rasa ...

Pukul bukan sbb kuat. Sbb xde bekas atau kesan. Cuma bila saya ckp guna suara dia akan provok dah provok dan provok sampai saya dah guna tangan pun masih provok.

Ok contoh situasi

Bila bil maxis sampai. Saya main line. Dia guna subline. Dua2 nombor nama saya. Logik la saya mintak dia bayar yang dia guna... tapi alasan takde duit...

Bulan pertama saya diam
bulan kedua saya warning
bulan ketiga masih buat tak tahu jadi sy pulaukan dia. Tak bercakap. Baju saya basuh asing. Pastu dia marah dan kata saya berkira.

Saya ckp slow napa kata berkira sedangksn saya bayar semua. Buat kejd semua.
Pastu dia ckp lg. Berkira sangat baju pun asing.
Saya dah start tinggi suara ... masih provok2 lagi...
Terus la sy tumbuk lengan dia.. xkuat mane pun... hanya nak bgtau stop provok.

Cumikucingku Publish time 29-2-2020 09:14 AM

Saya dah pernah slow talk ... bgtau yg saya dah susah kawal diri.

Jadi bila nampak saya senyap muncung tu tak yah kacau.nanti jd teruk.

Tapi dia boleh jawab : saje buat mcm tu nak suruh bercakap..



salmon-suki Publish time 29-2-2020 09:27 AM

Seru2 kak @noraidil utk bantu..hehehe :$

tagas Publish time 29-2-2020 10:26 AM

awal kawen kan tak kisah nafkah

janji cinta sehidup semati

nape da kawen baru nak fikir n menyesal :o

Cumikucingku Publish time 29-2-2020 02:36 PM

tagas replied at 29-2-2020 10:26 AM
awal kawen kan tak kisah nafkah

janji cinta sehidup semati


Nanti saya scroll balik kat mane yg saya ada kata saya nyesal kawen.... rasa mcm xperasan pulak saya ada kata gitu..

Tak rasa nyesal pun. Kalau tak kawen ntah2 saya buat maksiat lagi #roadtohell.

Nafkah tu mmg sy xdpt tp tu bukan punca saya marah...nafkah makan pakai saya dan anak2 mmg saya ade rezeki masih bekeje dan cukup.

Sy dah anggap dia mcm rakan serumah jadi xbg nafkah utk sy xpe... jgn pulak ko nak duduk free.

Contoh kalau dok serumah dgn kawan... kite akan marah kalau dia dok free xbyr sewa xbyr bill pastu makanan xbeli tp perabis... mane ade kite gi marah klu rakan serumah xbg nafkah makan pakai kite kan?

Kalau dapat rakan serumah mcm tu kite akan cari tumah lain atau dia cari rumah lain supaya tak gaduh.

Tapi rakan serumah saya ni suami saya. Bukan senang nak kuar rumah. Jadi jalannya kena fasakh la dan nak bg kukuh kena la alasannya nafkah.

Mula2 kawen xkan dia nak tunjuk dia kedekut? Ni tahun yg ke 8 kawen baru dia tunjuk dia punye kedekut..mcm ada sesuatu tapi saya xde bukti nak tuduh. Jadi malas pikir byk2 cuma fikir nak tamatkan je.





jazaa100 Publish time 29-2-2020 03:18 PM

Kau pulangkn dia kat mak bapak dia....

Klu tak jalan jugak.....baru pi pej agama....

Subline tu kau potong....
Belanja rumah yg mana kau blh abaikan...jgn byr....
Tetiap hari bawk ank je mkn kat luar...tak yah beli brg dapur.....
Sabun basuh kau sorok....

Cahya669 Publish time 29-2-2020 04:05 PM

Cumikucingku replied at 29-2-2020 04:14 AM
Maksudnya sebelum isi borang lagi saya dah kena print la resit2 bayar online tu?

Saya xde saks ...

Tak la. Better sis pergi hantar borang permohonan dulu. Kalau nk bicara cepat. Kali pertama biasanya hakim panggil dua2 dulu utk bg keterangan. Second time nanti baru hakim minta bawa bukti kalau suami tak mengaku pertuduhan atas dia tu.

Kena ada saksi sis. Tak silap saya ahli keluarga atau kawan rapat pun blh. Depend on 1st bicara nanti jgk. Tgk keadaan.

Cahya669 Publish time 29-2-2020 04:10 PM

Cumikucingku replied at 29-2-2020 02:36 PM
Nanti saya scroll balik kat mane yg saya ada kata saya nyesal kawen.... rasa mcm xperasan pulak sa ...

Apa maksud sis mcm ada sesuatu? Means kes tak bagi nafkah ni isu baru setahun lepas ke? Adakah suami tu ada skandal? Kalau ada bagus jgk sis.. boleh confront dia utk cerai suka sama suka. Mudah kerja. Tak payah nk ulg alik mahkamah. Terus dapat fast lane.
Pages: 1 [2] 3 4 5 6 7 8 9
View full version: Fasakh..sape tau mcm mane nak cepat settle?


ADVERTISEMENT