miss_bear Publish time 13-3-2020 09:19 PM

Kena scam, macam mana nak cari orang tu

Assalamualaikum,
Aku ni berniaga, susah payah cari duit dan bisnes aku pun baru start, baru nak naik. Tapi baru2 ni aku kena scam, ribu pulak tu. Aku dah buat report polis, tapi aku tak sempat nak screenshot perbualan aku dengan scammer tu. Yang aku ada cuma nombor akaun, nombor akaun tu pulak tak pernah ada rekod menipu, tak pernah blacklist dekat senarai rekod polis. Macam mana aku nak trace pemilik nombor akaun tu dengan nombor telefon dia? Aku cuma nak tau identity orang yang tipu tu. Aku tak puas hati sebab tu hasil titik peluh aku.. sekarang ni aku nak berniaga pun tak tenang dan tak tau nak teruskan macam mana. Aku teringin sangat nak tengok muka orang yang sanggup tipu duit hasil titik peluh aku tu. Aku order barang untuk berniaga, barang tak sampai2...

Sekarang ni aku trauma. Aku tengok orang pakai purdah, aku jadi benci sangat sebab orang yang tipu aku tu bagi gambar orang pakai purdah.

CatMiow Publish time 13-3-2020 10:30 PM

Waalaikumussalam,

Simpati apa yg terjadi pada TT.

Tak dapat nak membantu cuma nak bagi tahu, maklumat pemegang akaun adalah tertakluk pada dasar perlindungan data dan privisi.Untuk trace sangt susah.

Kedua,walaupun dapat trace pemilik akaun,mungkin orang punya akau tak tahu apa2. Rasanya ada dibincang dlm forum.Biasanya terjadi kepada bekas peminjam wang berlesen.Yang mana kad bank mereka telah disalah guna untuk tujuan scam.

Ketiga,purdah bukan tanda orang itu baik.Hukum purdah pun banyak.Jika tt perempuan,tt sebenarnya boleh minta dia membuka purdahnya.

Setakat ni polis memang tak dapat buat apa2 ke?

gigahertz Publish time 14-3-2020 03:23 AM

beli barang apa bear? jangan sebut Iphone

fifie_olin Publish time 17-3-2020 08:57 AM

utk dpt balik duit ko tu mmg la tipis
redha je la sis
anggap je dugaan ko berniaga
lps ni berhati2 laa ye
skg rmi sgt scammer
mcm2 cara dorg buat utk dpt duit

Cumikucingku Publish time 17-3-2020 02:37 PM

Miss bear

Ada no akaun... akaun tu atas nama syarikat ke individu?

Ni penipuan peniaga online ke ? Boleh x cuba report kat tribunal pengguna.

Ada bukti transaksi online kan?

abcdotcom Publish time 27-12-2020 08:34 PM

Niat sedekah je .

Redmyvi Publish time 28-12-2020 02:52 PM

Kes scam online antara kes susah nak settle..

Tapi ada sesetengah boleh dapat balik..

Kalau akaun syarikat boleh report tribunal pengguna..
kalau akaun peribadi susah sikit laa..
Harap tt dimurahkan rezeki dan diberi kekuatan..

pakwetizzaqyah Publish time 5-1-2021 10:41 PM

report polis
lepas tu hubungi bank negara
Pages: [1]
View full version: Kena scam, macam mana nak cari orang tu


ADVERTISEMENT