Zeatyisaac Publish time 9-9-2020 11:28 PM

Sila make a report to the owner and please reveal the name of the online sewing learning service. Supaya orang lain tak terkena jugak.

Zeatyisaac Publish time 9-9-2020 11:32 PM

mosti replied at 8-9-2020 10:25 PM
Bakat camna tu? Dari segi apa? Pada saya, semua orang ada bakat dalam bidang yang dia minat. Bakat ...

Salah tu dik, minat boleh dipupuk, tapi kalau takde bakat, nak asah apa?
Bakat ni macam ko lukis kuda jadi kuda, orang tak berbakat lukis kuda jadi kambing. Kalau diasah juga bakat yang tiada, ia sekadar menjadi benda dan bukan seni. Seni itu pelbagai, memasak juga satu seni, bezanya dengan orang biasa memasak is the presentation.

mosti Publish time 9-9-2020 11:57 PM

Sazida replied at 9-9-2020 07:20 PM
Kuhing duk kt belah mana? Samarahan ka serian ka

Samarahan......

mosti Publish time 9-9-2020 11:59 PM

Edited by mosti at 10-9-2020 12:46 AM

Zeatyisaac replied at 9-9-2020 11:32 PM
Salah tu dik, minat boleh dipupuk, tapi kalau takde bakat, nak asah apa?
Bakat ni macam ko lukis ...

kalau di sekolah international school dari umur 4 tahun diorang dah ajar teknik melukis. Paling asas kena ajar concept visualisation, imagination.
Susunan meja pula diorang pecah kepada category. Setiap jam murid akan bergerak dari satu tempat ke satu tempat berdasarkan minat. Bila cikgu tengok budak ni minat apa, cikgu tu akan bantu ajar teknik sepatutnya.

yang pasal lukisan tu, sebenarnya ada teknik. Memang kena buat latihan banyak baru dapatgambar yang kita nak. Kalau tak minat, sekali cuba dah give up. Kalu ada minat stress macam mana pun dia akan cari jalan untuk dapat benda yang dia nak. Yang ni saya tanya cikgu lukisan sendiri.

Kalau nyanyian, ada teknik seperti pagi2 bangun pagi humming. Berendam dalam air untuk bagi suara sedap. Ala macamjuara lagu, kan penyanyi berbulan2buat latihan. Dulu saya pi belajar vokal dengan orang filipino. Saya cakap, saya xda bakat, cikgu tu cakap, semua orang boleh nyanyi, tapi kena praktis hari2.

copy paste roshan

Tentu sekali anda pernah mendengar nasihat ‘asah bakat’. Jika anda berlatih dengan bersungguh-sungguh, anda boleh menjadi pakar dalam sesuatu bidang. Kajian juga membuktikan bahawa seseorang perlu berlatih dengan tekun selama 10 tahun atau 10,000 jam sebelum boleh menjadi genius.

Berkaitan: Asahkan Kapak Anda Demi Pertumbuhan Peribadi
Bill Gates melaburkan 10,000 jam pengaturcaraan sebelum dia berjaya. Kumpulan Beatles berlatih bertahun-tahun sebelum mereka diterima sebagai kumpulan pemusik yang baik. Tiger Woods dan David Beckham pula berlatih bertahun-tahun dalam bidang masing-masing sebelum mereka menjadi ahli-ahli sukan bertaraf antarabangsa.

Jika anda membuat kiraan, dengan hanya berlatih tiga jam sehari selama 10 tahun, anda sudah pun boleh menjadi pakar.

Jadi, nasihat saya kepada anda:

JIKA ANDA MAHU MENJADI GENIUS DALAM SESUATU, BERLATIH DAN TERUS BERLATIH! MEMANG TIDAK MUDAH! MENCAPAI TARAF ANTARABANGSA BUKAN SESUATU YANG SENANG TETAPI TERDAYA DICAPAI JIKA KITA TEKUN BERUSAHA DAN MENGASAH BAKAT KITA.

mosti Publish time 10-9-2020 12:21 AM

Edited by mosti at 10-9-2020 12:28 AM

Zeatyisaac replied at 9-9-2020 11:28 PM
Sila make a report to the owner and please reveal the name of the online sewing learning service. Su ...

Tam *** collection..yang peliknya dia uruskan pendaftaran online Sq****punya . Mungkin , branch ke apa ka tak tahu la. Tak faham.

Tanya lebih2, dia tak layan. Lepas tu dia suka buruk sangka.

Saya minta video penggunaan pembaris, dia private message saya ... Katamacam2.

Ni dialog:
Saya:
Nak tanya..takda ka video yang terperinci menjelaskan fungsi pembaris seperti apa fungsi setiap lengkungan,camna nak kira basi 1/4, 3/4 , 1/2 guna pembaris ji..
Saya: Maaf tanya.. saya betul2 beginner
Org sq***i (x pasti siapa): Sis dah beli ke Pembaris JI?
Saya: Dah. Tapi belum dapat lagi.
Org sq***i: Secara Cash dgn admin Che
Adminke?
Saya: Ye..bank in
Org sq***i: Ok.. nnt admin Che admin pm sis naa..
Saya: ok
Tetiba message si admin masuk

Che Admin: @org sq***ibaru oder jaa pun semlm, dh i baru proceed ke HQ ...lain laa klu dh berbulab2 dpt tp i x proceed ...

Dan dia private message saya:

"Hello sy dh proceed kemarin lagi yaa oder awak sejerus awat buat pembayaran ...kenapa perlu bagin2 kali? Awak pikir sbb kurang rm2 sy x proceed ka? Maaf sy x sekejam itu, jika pihak awak x bayar rm2 itu pun x menjadi hal ...terima kasih"

Masa dapat message di atas, saya terpinga2..saya cuma minta video je..bukan pembaris..waduhh..yang lagi rm2 tu, saya bayar, sebab saya tersalah tengok delivery cost (sebab admin tu kejap2 forward, delete, forward, delete). Saya nak langsaikan hutang. pening, dapat wassap dia.

Disclaimer: sila jangan forward message dalam ni kepada owner atau sesiapa. Saya taknak kemurungan lagi. Takut che admin cakap kasar.

Sazida Publish time 10-9-2020 02:25 PM

mosti replied at 9-9-2020 11:57 PM
Samarahan......

Husband kerja apa? Army? Polis? Kalau army chuols punya kelab BAKAT boleh anjur kot., pakej dpt mkn free lagi. Jemputan pun bkn kaleng2

mosti Publish time 10-9-2020 06:29 PM

Sazida replied at 10-9-2020 02:25 PM
Husband kerja apa? Army? Polis? Kalau army chuols punya kelab BAKAT boleh anjur kot., pakej dpt mk ...

Bukan army..huhu

paiayam Publish time 13-9-2020 04:09 PM

Tt ni hati lembut, tu cepat sedih n tersinggung. Kalau saya, haihh kena balik dh admin tu, kita bayar kot, bukan benda free. Jawab elok2 tak boleh ke, bukan bayar kelas tu singgit dua yuran.

julia5094 Publish time 18-9-2020 11:27 AM

Patut kena reveal diorang tu kat sini..diorang ni nak bisnes pun tak ikhlas. Sebenarnya..nak belajar jahit ni, tak perlu belajar online pun dear. Kat u tube tu banyak orang share mcmana nak start jahit. Mula2 fokus kepada macamana ambik ukuran basic baju. Lepas tu belajar cara draft basic pattern.


Sis dulu belajar sendiri je. Pergi kamdar beli kain remnant. Berlatih cara potong dan jahit. Yang paling penting kena pokus macamana nak draft sleeve tu. Yan tu paling susah sikit. Tapi pastikan apabila kita nak jahit, sentiasa rujuk baju sediaada. InsyaAllah u can..

Kepada orang bisnes yang suka buat pelanggan macam ni. Semoga dapat balasan...


WikiPinjaman Publish time 11-12-2020 11:24 AM

tak perlu sedih kak... boleh pergi minta i-sinar keluar duit dari account 1... harap kak boleh sabar
Pages: 1 2 [3]
View full version: Saya rasa sedih dan terkejut


ADVERTISEMENT