Naatasha Publish time 5-10-2020 10:07 PM

Terkesan dengan MCO (UPDATE #93)

Edited by Naatasha at 20-10-2020 04:35 PM

Assalamualaikum..

Hi semua, just terasa nak luah dan perlu sokongan moral untuk bagi sikit kekuatan. I terasa give up, terasa dah menyerah kalah. Ceritanya, pkp 18 March hari tu enjoy je sebab dapat duduk rumah. Tapi start bulan 4 i dah kena wfh. Husband pun sama. Semua ok. Sehingga bulan 6 husband di berhentikan kerja :( Allahu kena berenti kerja musim covid19 ni..... :(

Dalam bulan 9, company berhentikan husband tu nak hire dia balik. Company tu based kat US. Dalam beberapa yg dia buang tu, dia pilih unt hire semula 3 orang. Tapi bulan 9 dapat jawapan kata pengambilan untuk 2020 dibekukan sementara waktu, kena tunggu next year (tak tahu bulan berapa). Sedih sangat rasa, sbb semacam ada harapan dan kami of course mengharap. Rupanya tak de rezeki :'(

Husband dah apply banyak kerja. Maybe beratus kot dia apply. Ada yg interview sampai 2nd stage, tapi gagal. Ada yg bru panggil interview belum dapat jawapan.

I try untuk positive, bersyukur sebab i masih kerja. Tapi gaji i tak lah banyak mana. Sedangkn kenabayar banyak, kereta, rumah, insurance, bills n mcm2.. Buat masa ni elaun mencari pekerjaan (EMP) dari socso banyak membantu. X silap elaun ni dapat selama 6 bulan dan percentage yg dapat tu berkurang dari bulan ke bulan. Dan kitorang ada sedikit saving.

Tapi masuk bulan 10 ni i makin serabut. Mungkin i terlalu berfikir? I takut mcm mana if husband still tak dapat kerja :'(

Korang ada tak masalah sama macam i? Apa korang buat? Tolong bagi i sedikit kekuatan, i betul2 perlukan sedikit semangat dari korang. I betul2 down sekarang.

Doakan husband i cepat dapat kerja ya :loveliness:

sarah82 Publish time 5-10-2020 10:17 PM

Semoga rezeki chuols dan suami bagaikan air sungai yg mengalir tak henti2.

Tu saja la yg iols hanya mampu komen.

CiliPadiSedap Publish time 5-10-2020 11:11 PM

i pun serabut juga. at one time i nangis dalam bilik sorang2 and chat dengan stranger just to share.

nak kata i kuat tak juga. cuma yelah nak luah xterluah. pura2 kuat. even my sifu can predict 2021 is market crash. but im still not aware. cuma action je lebih cakap market crash.

kalau u xkuat nangis jelah cakap kt allah ngadu.. sedikit sebanyak i faham situasi u.

Catpaw Publish time 5-10-2020 11:27 PM

Salam tt,

Cuba awak tengok balik komitmen bulanan. Yang mana boleh dilepaskan tu, lepaskanlah macam insurans/takaful. Boleh pergi hospital kerajaan banyak sangat jimatmya.

Lagi bil2 yang tak perlu kalau ada astro potongla... belanja dapur? mungkin kat situ boleh kurangkan belanja makan.

TT ada buat makanan yang macam jeruk tu boleh jimat untuk lebihan makanan, tak buang sebab benda tak tahan lama.

Setakat ini dulu ilham yang ada, nanti ada la tu forumer lain bagi idea

NurAlia14 Publish time 5-10-2020 11:27 PM

Jgn putus smgt lg..teruskan berpikir..pikir lg ape perkerjaan blh buat..msti ade cuba pikir lg brainstrom korg laki bini..lastttttt skali kalo xblh jgk, serah btl2 dgn Allah..hnya Allah yg blh bantu ketika kita xde penyelesaian..teruskn kuat

HYSB Publish time 5-10-2020 11:41 PM

Husband you dlm field ape? Cube lari sikit field masuk f&b, insyallah ade.. sebab kalau macam mc donald ke kfc masih nak pakai orang tapi dalam mase yang same apply kerje lain yang dlm bidang dia.. cuti pun dapat hari biase boleh pergi interview.
I faham you, husband i pun same haritu 5bulan tak ade kerje ni baru dapat kerje tp dlm f&b alhamdullilah dah sebulan lebih
Kita pula yang sedih tengok dia kusut down, interview pun tak ade.

VespaSilbe Publish time 5-10-2020 11:57 PM

Moga u n hasben terus tabah
I ada jgk kawan sejak pkp suami tadak keja
Sampai la ni tak lekatsatu pun
Kawan I surirumah
Kalau I kat tempat ui pun I susah hati
Tak jadi lagi pun la ni dah susah hati
Doa I semoga ujian ni berjaya ditempuhi
Bila dah lepas nanti akan terasa manisnya
Banyakkan mengadu kat Allah

VespaSilbe Publish time 6-10-2020 12:00 AM

Catpaw replied at 5-10-2020 11:27 PM
Salam tt,

Cuba awak tengok balik komitmen bulanan. Yang mana boleh dilepaskan tu, lepaskanlah mac ...

Astro unifi cuckoo tak penting bagi aku
Yg 3 nih dah boleh jimat banyak dah

Catpaw Publish time 6-10-2020 12:03 AM

VespaSilbe replied at 6-10-2020 12:00 AM
Astro unifi cuckoo tak penting bagi aku
Yg 3 nih dah boleh jimat banyak dah

3 benda tu je dah terkumpul banyak mana kan? Banyak dah jimat. Satu lagi aku rasa takaful/insurans diri tu boleh dipertimbangkan potong. Takaful tu dah mati baru dapat ye dok... ehehehe

misc Publish time 6-10-2020 12:07 AM

Sementara nak tunggu husband tt nak dpt kerja, tt kena tgk balik belanja bulanan. Rasanya mmg kena downgrade hidup sekejap. Groceries kena jimat. Kalau terpaksa tukar brand yg lebih murah, elok tukarlah. Kalau biasa setiap minggu makan fast food kurangkan ke sebulan sekali atau tak perlu langsung. Kalau biasa keluar makan2, bertahan kejap, masak sendiri simple2 dpt kurang guna duit. Objective sekarang nak jimatkan belanja bulanan supaya ada lebih cash kat tangan. Kalau boleh jgn sampai berhutang. Nanti hidup lagi tak tenang. Semoga hb tt cepat dpt kerja.

nazzse Publish time 6-10-2020 12:13 AM

Faham, but kena ingat ini ramai yg tengah hadapi masalah yg sama dgn tt. I yg sorang ni pun terasa, susah, tapi tu lah kena jugak hadap jgk.

Cuba u bincang dgn husband, try bidang lain buat sementara waktu, mana tahu ada rezeki situ.

Klu stress, susah hati, cari tempat luahkan. Hati kena kuat. Ustazah i ajar baca fatihah, niat sedekahkan utk diri sendiri, istighfar 300x sehari & selawat 100x lepas subuh & maghrib, inshallah terbuka mana2 pintu yg tertutup tu. Kena yakin Allah dengar & akan bantu.

I doakan moga rezeki u & family melimpah ruah lepas ni.

VespaSilbe Publish time 6-10-2020 12:18 AM

Catpaw replied at 6-10-2020 12:03 AM
3 benda tu je dah terkumpul banyak mana kan? Banyak dah jimat. Satu lagi aku rasa takaful/insurans ...

Takaful tu fulu pernah ambik tapi setaun je bayar
Ada dok pujuk ambik insurance pun iols suruh bolayan takut kejadian bayar sekerat jalan buat rugi lagi
Last2 habuk pun tadak
Lagipun rasa tak mampu commitment bulan2
Org banyak duit bolehla
Aku pun dah pikir buat tadak keja ngadap la klinik kesihatan
Lagipun b40 kerajaan cover kan
Sebab tt masih bekerja company insurance ada

Naatasha Publish time 6-10-2020 12:25 AM

sarah82 replied at 5-10-2020 10:17 PM
Semoga rezeki chuols dan suami bagaikan air sungai yg mengalir tak henti2.

Tu saja la yg iols han ...

Terima kasih kak Sarah. Semoga Allah makbulkan doa kak Sarah. Dan i doakan rezeki kak Sarah juga tak putus2. Aminnn

Naatasha Publish time 6-10-2020 12:27 AM

CiliPadiSedap replied at 5-10-2020 11:11 PM
i pun serabut juga. at one time i nangis dalam bilik sorang2 and chat dengan stranger just to share. ...

Yes. I nangis dalam solat, masa doa, masa dalam bilik.. Sbb sedih tak terluah. I nak text org, tapi x tau sape. Kawan i nampaknya happy2 je jadi rasa keberatan nak share dgn dorang.

sarah82 Publish time 6-10-2020 12:28 AM

Naatasha replied at 6-10-2020 12:25 AM
Terima kasih kak Sarah. Semoga Allah makbulkan doa kak Sarah. Dan i doakan rezeki kak Sarah juga t ...

Aamiin ya rabb.. Bykkan bersabar

Naatasha Publish time 6-10-2020 12:29 AM

Catpaw replied at 5-10-2020 11:27 PM
Salam tt,

Cuba awak tengok balik komitmen bulanan. Yang mana boleh dilepaskan tu, lepaskanlah mac ...

Wasalam Catpaw.

I dah check belanja bulanan. So far banyak ke makan je. Hehehe. Tapi dah beli brg basah dah tu. Masak lebih jimat, 2 org je kan :)

Astro takde. Insurance i ada saving sekali dalam tu. Syg nak terminate. InsyaAllah so far ok. Tapi i serabut fikir masa depan :(

Naatasha Publish time 6-10-2020 12:32 AM

NurAlia14 replied at 5-10-2020 11:27 PM
Jgn putus smgt lg..teruskan berpikir..pikir lg ape perkerjaan blh buat..msti ade cuba pikir lg brain ...

Alia...

Thank you :( i serah bulat2 pada Allah. Takde daya dah melainkan pertolongan dari Dia.

Nanti husband nak try p interview kat Mr Diy. Of course jauh sangat dgn gaji dulu. Tapi xpe, sekurang2nya ada juga.

Semoga Allah beri berita gembira buat kami x lama lg :)

Naatasha Publish time 6-10-2020 12:32 AM

NurAlia14 replied at 5-10-2020 11:27 PM
Jgn putus smgt lg..teruskan berpikir..pikir lg ape perkerjaan blh buat..msti ade cuba pikir lg brain ...

Alia...

Thank you :( i serah bulat2 pada Allah. Takde daya dah melainkan pertolongan dari Dia.

Nanti husband nak try p interview kat Mr Diy. Of course jauh sangat dgn gaji dulu. Tapi xpe, sekurang2nya ada juga.

Semoga Allah beri berita gembira buat kami x lama lg :)

Naatasha Publish time 6-10-2020 12:33 AM

HYSB replied at 5-10-2020 11:41 PM
Husband you dlm field ape? Cube lari sikit field masuk f&b, insyallah ade.. sebab kalau macam mc don ...

Husband u kerja apa dalam F&B tu? Tahniah unt u dan husband. U mesti kerja kan?

Naatasha Publish time 6-10-2020 12:38 AM

VespaSilbe replied at 5-10-2020 11:57 PM
Moga u n hasben terus tabah
I ada jgk kawan sejak pkp suami tadak keja
Sampai la ni tak lekatsa ...

Allah.. Sedihnya. Macammana dorang survive?

Terima kasih doakan i. Ya i ada fikir, mesti bila dah lepas dugaan ni mesti terkenang2 saat i bersedih. Semoga hari tu cepat dtg.
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7
View full version: Terkesan dengan MCO (UPDATE #93)


ADVERTISEMENT