shanew3stga1z Publish time 12-12-2020 09:54 AM

Ada cara ke untuk keluar Malaysia?

Edited by shanew3stga1z at 13-12-2020 09:22 AM

Assalam u ols.

Ada ke cara utk org malaysia ke indonesia di musim covid ni? Bapak aku actually kawen ngn org sana .. tapi sejak covid lama tak jumpa. Bapak aku cam kurang sihat lately .. hmm aku cam buntu nak fikirkan . Dia stress , aku apatah lagi.

Kat siapa aku nak rujuk tentang ni ek?

Tambahan: Ayah ada rumah kat Malaysia (Rumah yang saya duduk sekarang).. sebelum cerai ngn mama, dia setuju nak namakan rumah tu atas nama kami adik beradik (kami 2 beradik aja). Isunya kat sini, ayah belum tukar nama lagi dan rumah belum habis bayar .. Aku agak noob menda ni, sebab tak pernah fikir. Tapi sebab kan ayah mcm dah tak berapa sihat, semua sedara mara mintak selesaikan hal ni segera. Risau belah sana menuntut pula. Persoalannya, jika la umur ayah tak panjang, ada potensi ke wife dia dari seberang tu boleh tuntut? Dia bukan warga negara sini .. adik ipar dia PR malaysia .. boleh ke tuntut?

nazzse Publish time 12-12-2020 10:07 AM

Tanya imigresen & kementerian luar negeri. Klu ada reason kukuh boleh je mintak kebenaran keluar negara. Cuma bila dah gi ke sana nak balik tu susah la sikit

LadyCarefree Publish time 12-12-2020 10:43 AM

Kahwin official boleh je. Kena visit (or email) kedutaan indonesia sini dan kemudian imigresen malaysia. Get all documents needed and instructions.

Skuau Publish time 12-12-2020 10:52 AM

minta nasihat drp PATI.Depa tau caranya kuar,masuk Msia dgn mudah.

sarahmirza Publish time 12-12-2020 09:32 PM

Masuk Indon tak payah kuarantin rasanya...
Mohon la dengan kedutaan.

shanew3stga1z Publish time 13-12-2020 09:22 AM

Tq atas feedback semua .. saya ada buat tambahan soalan tu .. jika sesiapa lebih arif, mohon bantuan semua untuk jawab soalan saya plis ...

siputpepel Publish time 13-12-2020 01:18 PM

rumah tu kalau tak tukar nama atau hibah siap2, nanti akan difaraidkan. bila difaraidkan, ada bahagian untuk setiap waris yang berhak termasuklah isterinya.

better selesaikan semua semasa masih hidup.

sesungguhnya pengurusan harta pusaka lebih senang dilakukan ketika masih hidup berbanding setelah meninggal dunia.

shanew3stga1z Publish time 13-12-2020 03:20 PM

siputpepel replied at 13-12-2020 01:18 PM
rumah tu kalau tak tukar nama atau hibah siap2, nanti akan difaraidkan. bila difaraidkan, ada bahagi ...

Oky la .. esok nak g pejabat tanah .. amek borang siap2.. hmm .. moga dipermudahkan ...

siputpepel Publish time 13-12-2020 06:01 PM

shanew3stga1z replied at 13-12-2020 03:20 PM
Oky la .. esok nak g pejabat tanah .. amek borang siap2.. hmm .. moga dipermudahkan ...

nak tukar nama pun ambil masa + involved banyak proses. paling laju, buat hibah. Boleh cari agensi2 buat hibah atau pergi ke Amanah Raya buat wasiat.

Semoga dipermudahkan urusan TT sekeluarga.

adila39 Publish time 13-12-2020 11:47 PM

Xpayahla suh bapak ke sana, dah la x sihat... Nnt kena covid. Arrange wife sana dtg Malaysia...tanya pihak berkuasa cemana. If nak ke sana make sure ada yg teman. Kena buat PCR test je. And yes tukar nama rumah tu

awanysss Publish time 14-12-2020 11:19 AM

buat hibah la paling senang..

wasiat tak boleh utk waris (uols semua adalah waris so wasiat boleh dicabar)..

shanew3stga1z Publish time 14-12-2020 12:05 PM

buat hibah kos tinggi tak ? kalau tukar nama pun tinggi jugak kan kos dia ? alahai aku ni .. buat berduit sgt uwaaaaaaaaa

white_musk Publish time 15-12-2020 11:21 AM

Adik janganlah tamak harta sangat dik... berilah rumah itu kepada istrinya kerana adik mesti tahu ayah adik sayangkan dia... takkan ayah adik tergamak tidak memberi apa apa kepada isterinya yang tersayang

bersihkanlah hati adik dahulu ya

shanew3stga1z Publish time 15-12-2020 12:47 PM

white_musk replied at 15-12-2020 11:21 AM
Adik janganlah tamak harta sangat dik... berilah rumah itu kepada istrinya kerana adik mesti tahu ay ...

Saya tamak ke ? hmm ..


Ayah dah buat rumah utk Isteri dia kat indonesia .. tak cukup ke ? kat malaysia ni utk anak2 tak boleh ke ? tanye je ..


white_musk Publish time 15-12-2020 01:57 PM

shanew3stga1z replied at 15-12-2020 12:47 PM
Saya tamak ke ? hmm ..




Berikan saja kerana dia tiada rumah di malaysia. Jika dia datang ke sini mana nak tinggal nanti dik?

shanew3stga1z Publish time 15-12-2020 02:38 PM

white_musk replied at 15-12-2020 01:57 PM
Berikan saja kerana dia tiada rumah di malaysia. Jika dia datang ke sini mana nak tinggal nanti di ...
woo ... oky paham .. tq atas advise tersebut. :)

brego Publish time 16-12-2020 12:12 PM

Edited by brego at 16-12-2020 12:14 PM

shanew3stga1z replied at 15-12-2020 12:47 PM
Saya tamak ke ? hmm ..



u abaikan jer "nasehat" forumer yang ntah hapa2 tu ;P

uruskan apa yang patut sementara ayah u masih ada.
nanti bila dia dah takde, memang akan gaduh pasal duit dan harta.
nak pulak kalau si laki tu berpoligami, or kahwin lain.
dah banyak kes sana sini.

rumah belum habis bayar dengan bank ker?
nape tak refinance jer tukar nama dengan u.

kalau tak pasti dengan SOP covid sekarang,
boleh contact immigresen dan kedutaan indonesia.
SOP sekarang banyak berubah ubah.

belah sana boleh claim ke tak, itu tak penting.
kalau u dah tukar nama, sebelah sana tak boleh tuntut lagi.
buat hibah or refinance kan saja, tukar nama u.
Pages: [1]
View full version: Ada cara ke untuk keluar Malaysia?


ADVERTISEMENT