nananeno Publish time 14-12-2020 03:16 PM

stress belajar

hi , aku baru je sign in ke forum ni, lepas terbaca ada hamba allah ni buat threads psl nak berhenti kolej..

aku nk mnta pendapat korang,

selepas spm, aku bercdng utk lanjutkan pelajaran, dan alhamdulillah aku dpt, tpi kolej yg aku dpt tu atas khendak parents dan aku turutkan sebab pilihan ibuyang okay right? tpi aku nak plih untuk tinggal dihostel sebab malas nak ulang alik sana sini, but my mom refused untuk aku tinggal dihostel sbb dia tknk aku jauh2, plus aku anak sulung and byk kerja nak kena tlg dia dekat rumah..

fisrt day aku msuk blajar, alhamdulillah smua okay, tpi lepas seminggu aku rasa course tu tak kena dengan aku, even aku mnat utk melukis, tapi aku tak boleh nak buat, idk why. stress sangat, and at that time, aku dapat tawaran lain diploma in law. aku gembira sbb mmg aku mnat utk mnjadi pguam. aku dah mohon utk berhenti pengajian as a multimedia student, tapi pihak colllege tak benarkan. smpai kaunselor turun jumpa aku. aku frust, tktau nak buat apa. aku nak berhenti why diorg tk bg? and kalau nak kluar jgk kena byr 3k, pdhal org lain kluar elok je dpt and byr tk smpai 3k pun.

aku pun buntu sbb tknk susahkan lagi parent utk byr 3k tu, and aku pun teruskan pembelajaran. Sepanjang pngajian, aku kerap tak hadir sebab ada masalah keluarga and mslh pengangkutan (alangkah bestnya kalau dduk hostel, tkyah nk fkir semua tu). aand disebabkan musim covid, trpksa bljr online, and menambhkan lagi stress yang sedia ada, dengan masalah kluarga lagi, mmg betul2 buat aku tertekan smpai rasa nak cederakan diri, cause no one care... bila aku crita problem, aku yang diperslahkan.. and now aku kena barred dari sit final exam, aku kena buat rayuan, and dalam surat rayuan tu kata diorg tk guarantee yg aku akan boleh sit final exam. apa aku nk buat? aku stress. aku buntu, aku rasa nak berhenti pengajian, tpi nnti akan ada isu dengan mama. im worried, nnti bergaduh. and akan menyusahkan semua.

apa patut aku buat?

nananeno Publish time 14-12-2020 03:22 PM

please ada yang reply, i need pendapat T T

tagas Publish time 14-12-2020 04:43 PM

dun wasting ur time
quit n take ur interest course

dari melarat hujung2 kelaut :shakehead3:

rospinki Publish time 14-12-2020 04:50 PM

buat apa nk teruskan kalau rasa beban dan tak ikhlas nak belajar. baik hentikan jgn buang masa.
kena bayar 3k? cakap terus terang pihak kolej masalah dan buat rayuan. nanti lagi stress buat benda paksa paksa ni. taknak cakap taknak jgn simpan.

Innrukia Publish time 14-12-2020 08:36 PM

takde nak komen apa.. yg boleh di share, hakak happy sgt time belajar dulu.
Although amik course yg tak minat, tp dpt habiskan jugak course tu dlm tempoh 3 tahun.
Career pun takde kena mengena dgn apa yg belajar dulu:lol:

copy_paste Publish time 15-12-2020 07:07 PM

SIL aku benti belajar xde plak kena kuar duit,

pawie Publish time 16-12-2020 09:39 AM

simpati apa yang awak hadapi....semoga tabah
memang stress jika kita belajar....kita tak minat....plus...tekanan dari keluarga.
anyway apa keputusan....yang kita lakukan.....mencerminkan kebahagian kita masa hadapan.
susah senang, stress empunyai badan yg akan tanggung...

begini.....awak dapatkan option dalam pembelajaran....
sepatutnya.....awak terima utk belajar law....
lepas itu barulah....berhenti...sebab...kita dah ada halatuju

kesimpulannya....
bila ada 2 option.......kita rasa option ke 2 itu baik dan sesuai utk kita......maka usahakan dapatkanya.....lepas itu baru kita matikan option yang asal...

jangan tanya...org yg berkaitan dengan option no 1...sebab...sudah tentu...dia akan kata dia yg terbaik...dan bagi alasan utk kekalkan...

selagi awak...tiada option...maka kekalkan peluang yang ada...adjust diri...dan follow.

adila39 Publish time 16-12-2020 11:02 AM

Haishh...


Esok bila parents takde dah u yg akan continue life you. So be bold la..quit Now AND enrol pada course yang you suka. Explain kat your mama..your dad? plus duduk hostel. Xboleh jugak u cari keje part time and sara diri sendiri untuk belajar..if others can u can too.

siputpepel Publish time 17-12-2020 05:22 PM

kalau nak quit, quit dari semester 1st. jangan dah masuk final year baru nak quit. lagi membazir masa.
you duduk fikir betul2 dulu. u pergi jumpa kenalan2 yang ambik course law. tanya all out apa outcome yang they all dapatbila ambik course tu, cara study, course2 dalam program law, and see you boleh adapttak.

then you duduk bincang dengan mak u, convince dia yang multimedia bukan bidang u

all the best

ugly_duckling Publish time 18-12-2020 03:49 AM

1. kenapa kena bayar 3k? ni bayar pinjaman ke ape?

2. skrg dah sem/tahun berapa?

MenteriWanita Publish time 20-12-2020 09:55 AM

Salam TT,

Berhenti jer dan kejar kos yang kau minat, aku yakin kau akan cemerlang dalam kos yang kau minat. Manusia kalau buat benda yang dia minat, memang automatik fokus, happy, bersungguh2.

Soal kemarahan family kau, percaya lah ckp aku, sekejap jer dorang marah. Parents mana tak sayang anak, kau tak pernah uji parent kau, jadi kau fikir dorang jahat kat kau. Dah uji baru kau tau macam mana sayangnya dorang kat kau.

Masa muda lah kau nak kena belajar berdepan risiko besar untuk genggam impian kau. Kau nak, kau buat betul2, ada api di depan, lalu jer, ini soal masa depan kau. Tak ada masa nak lembik2 nak main2.

Dah boleh berhenti buang masa, tenaga dan umur untuk benda sia2 yang sikit pun tak ada dalam hati kau, kau nak jadi peguam. Go on. Only you can stop you, others issa BIG NO.

Good Luck TT {:thumbo

lattehazelnut Publish time 20-12-2020 09:10 PM

Edited by lattehazelnut at 20-12-2020 09:12 PM

Nak voice out u nk apa pun mcm susah.. ru sure u nak jd lawyer?
Ramai je study lain, kje lain.. dah brp sem? Klau first sem bole lg quit.. klau final year hbis kan je la.. diploma baru kan?
Bg tau je mak u da kne barred.. so nak xnak kne bg u duk hostel or quit..

nananeno Publish time 23-12-2020 02:08 PM

Edited by nananeno at 23-12-2020 02:20 PM

ugly_duckling replied at 18-12-2020 03:49 AM
1. kenapa kena bayar 3k? ni bayar pinjaman ke ape?

2. skrg dah sem/tahun berapa?
1. sebab pihak college kata kalau nak stop mmg kena bayar. and bukan duit pinjaman. sebab masa tu ptptn tak jalan lagi, bru lagi dekat situ, idk why diorg suruh bayar. yuran smua dah complete bayar.

2. baru sem 1 , hujung sem 1

nananeno Publish time 23-12-2020 02:13 PM

Edited by nananeno at 23-12-2020 02:15 PM

lattehazelnut replied at 20-12-2020 09:10 PM
Nak voice out u nk apa pun mcm susah.. ru sure u nak jd lawyer?
Ramai je study lain, kje lain.. dah ...
yup , cause mmg mnat yg berkaitan dgn undang2. hmm. bru sem 1 , hjung2 sem 1..tk berani nk ckp kena barred, im afraid with my mom. nk mngadu apa2 pun i takut, sbb nnti i yg kena marah balik,

nananeno Publish time 23-12-2020 02:18 PM

tagas replied at 14-12-2020 04:43 PM
dun wasting ur time
quit n take ur interest course



how? nak britahu psl kena barred pun tk berani. but now alhamdulillah dah unbarred sebab dah buat appeal utk sit final exam utk sem 1. but sy still dlm dilemma sma ada quit atau stay.

ugly_duckling Publish time 23-12-2020 03:29 PM

Edited by ugly_duckling at 23-12-2020 03:31 PM

nananeno replied at 23-12-2020 02:08 PM
1. sebab pihak college kata kalau nak stop mmg kena bayar. and bukan duit pinjaman. sebab masa tu...

like how i always advise pada my students: kalau ko jenis syg duit dan masa, dan willing to habiskan belajar, continue je dgn apa ko belajar skrg. belajar dlm bidang ko tak minat ni TAK BERMAKNA esok2 ko kena kerja dlm bidang ni jugak.

belajar properly, jangan miss kelas, jangan selalu complain "aku dah la tak minat benda ni" berulang-ulang kali, cuba untuk tanamkan minat, tak perlu banyak pun. just enough to pass every semester with average grades.

apa pun bidang kau belajar dik, anggap je untuk ilmu. mungkin berguna untuk masa depan, mungkin tidak. tapi percayalah, tak rugi belajar ni. takde istilah belajar sia-sia, even nanti masa depan kau kerja bidang lain.

but — kalau betul nekad nak quit/tukar bidang, NOW is the time. bukan masa nanti dah separuh jalan. bukan bila dah makan tahun. once dah buat decision tu, no turning back. live with the consequences, which kau akan rugi a bit masa dan probably duit jugak but it's ok. start over dgn course yg kau minat and jgn nanti halfway ckp susah atau tak minat pulak. jgn salahkan parents atau sesiapa. org lain boleh advise tapi decision tu terletak di tangan kita.

good luck.

fifie_olin Publish time 24-12-2020 08:51 AM

yup ko benti course tu
sblm ko jadi biol
byr skit2 la 3k tu x leh ke

addamnor Publish time 27-12-2020 03:02 AM

Sila quit course yang tak minat itu & belajar course yang anda minat sahaja. Sayangi diri sendiri baru sayangi ibu anda. Kalau anda kena sakit mental, yang menanggung sampai ke mati adalah diri anda bukan ibu anda.

zranger Publish time 30-12-2020 10:02 PM

Baru sem 1 year 1, klu betul takleh nak carry dah ko quit je sebelum terlambat.

Tp aku rasa aku paham kot susah nak cakap dgn parents sbb parents aku pon camtu. Dah la course tu dia (bapak) yg paksa aku amik, klu aku tak ikut dia ugut taknak bagi duit kat aku dah. As a 18y/o that time, seram la jugak so aku ikut je la (nasib baik aku ikut, sampai sekarang aku dok pau duit dia lagi walopun gaji aku lebih dari cukup hahahaha). Kuhadap bertaun-taun degree tu tanpa rela dgn penuh kebencian, kerja pon mmg berkait dgn course tu, aku mula2 tu rasa nak quit nak mati semua ada stress sampai hilang 10kg (regained back of course and more) tp kuhadap jugak, aku punya motivasi time tu: how suck can this be? Let’s see. I won’t quit on my own.
Fast forward >10 taun dari lepas study course yg aku tak minat tu: i fell in love, i love my current job, i even further my study. Berkat dengar cakap parents and doa diorg la kot .
Point nya aku rasa, awal2 mungkin kau benci course tu tak kena dgn jiwa la apa la, but who knows. Ko mungkin boleh jadi success story mcm aku or ko mungkin boleh jadi the other way round. Ko pikir la baik2, baik buruk semua.Klu aku, aku org yg pilih kesenangan (which is stay in your current course, tak gaduh dgn parents, takyah pening yuran apa bagai, tak payah nak adapt dgn new environment sekali lagi, study je leklok). Suka tak suka belakang kira, nnt dah lama2 terpaksa suka jugak. Macam la ko konfem ko akan 100% suka belajar law..dari luaran semuanya indah.

zranger Publish time 30-12-2020 10:08 PM

Oh, lagi satu, klu ko stay in your current course, ko kena bertegas skit kot dgn parents yg ko kena duk hostel sbb masalah pengangkutan tu. Dah bayar hostel tak duduk rugi la <— ko boleh ckp gini dgn your mom, biasa org tua akan cair dgn ayat ni.
Pages: [1] 2
View full version: stress belajar


ADVERTISEMENT