Kod10 Publish time 18-6-2022 11:59 AM

Jom Belajar Melukis!

Edited by Kod10 at 10-7-2022 06:24 PM

Salam sejahtera kepda forummer sekalian.
Ini ialah thread belajar melukis (teknik tangan bebas).   Saya berharap, dengan lukisan ini dapat memberikan idea, dorongan dan memupuk minat kepada sesiapa yang ingin melukis (khususnya kepada peminat jentera).

Untuk pengetahuan anda, harga perkakas lukisan saya murah sahaja, malah media yang saya gunakan boleh didapati di kedai alat tulis biasa. Kita tidak perlu memiliki tablet elektronik yang serba canggih untuk melukis.
Media saya basic sahaja. Ia meliputi :1) Pen felt-tip 0.2mm dan pen felt-tip 0.4mm(warna hitam, jenama “Artline”)2) Pensel mekanikal 0.5mm (saya syorkan grade 2B)3) Kertas biasa size A3 (atau A4 sekira ingin melukis gambar yangkecil sedikit). Saya guna kertas 80 gsm. Anda tidak perlu menggunakan kertas lukisan yang mahal & khusus.

Berikut ialah siri foto yang menonjolkan proses lukisansaya.
https://i.postimg.cc/8cp2Vx4G/T-1-p.jpg
Foto 1: Menghasilkan lakaran rangka awalan dengan pensel.



https://i.postimg.cc/85D3hxqv/T-2-p.jpg
Foto 2: Membuat garisan hitam (outline) dengan pen felt-tip,atas lakaran pensel tadi.


https://i.postimg.cc/xdVF2WjZ/T-3.jpghttps://i.postimg.cc/mrZpk7M3/T-4-p.jpghttps://i.postimg.cc/MTN994Lt/T-5.jpghttps://i.postimg.cc/664j8W7P/T-6.jpg

Foto 3 ke 6:Membuat pelbagaitona & lorekan awalan dengan pen felt-tip dan pensel, di bahagian bawahteduhan dan bayang (shade and shadow).



https://i.postimg.cc/MZB5W9N2/T-7-p.jpghttps://i.postimg.cc/Zq0PXHpQ/T-8-p.jpg
Foto 7 ke 8: Membuat tona dan lorekan yang lebih “gelap” denganpen felt-tip dan pensel. di bahagian bawah teduhan dan bayang (shade and shadow). Seterusnya,masukkan elemen-elemen keperincian (detailing).


https://i.postimg.cc/jjGfmbsW/T-9-p.jpgdell laptop spacebar problem
Foto 9:Prosesterakhir, iaitu memasukan “assesori” dalam lukisan seperti tubuh manusia (humanfigure) dengan pakaian yang bersesuaian, serta antenna kenderaan.Ini memberikan kesan realistik kepada lukisankeseluruhan.      



Disini saya juga sertakan video youtube untuk rujukankeselurahan proses melukis.Anda bolehmeneliti dan playback video tersebut sekira perlu.   
3MYwA9bbPQw



Nota ringkas:Ada kemungkinan subjek lukisan ini mencabar sedikit, tetapi anda boleh melatih melukis dengan kadar sederhana dahulu.Saya mencadangkan anda memilih sebahagian kecil untuk lukisan cubaan “trial & error”.   Anda boleh meneruskan cubaan lukisan ini sehingga anda yakin dan selesa, sebelum membuat lukisan yang berikutnya.


Kita belajar sedikit demi sedikit.Dengan latihan melukis yang berterusan,saya pasti hasil lukisan anda akan bertambah baik dalam jangka masa yang singkat.         Akhir kata, saya ucapkan selamat mencuba dan melukis :)


Terima kasih






Salam sejahtera kepada forummer sekalian.

Ini ialah thread belajar melukis (teknik tangan bebas) siri kedua.Subjek hari ini memaparkan kereta kebal era perang dunia ke-2 (WWII) yang ikonik bernama Tiger 131.Ia adalah buatan negara Germany, dan amat digeruni oleh pihak tentera Bersekutu pada masa itu.   
Seperti biasa, perkakas lukisan saya gunakan adalah basic sahaja.Ia meliputi:1. Pen felt-tip 0.2mm dan pen felt-tip 0.4mm(warna hitam, jenama “Artline”)2. Pensel mekanikal 0.5mm (saya syorkan grade 2B)3. Kertas biasa size A3

Berikut ialah siri foto yang menonjolkan proses lukisan saya.
https://i.postimg.cc/1zj0z2VT/Tiger-1.jpg
Foto 1: Menghasilkan lakaran rangka awalan dengan pensel.


https://i.postimg.cc/mrJM490W/Tiger-2.jpg
Foto 2: Membuat garisan hitam (outline)atas garisan pensel dengan pen felt-tip mata 0.4mm.Ini memberikan bentuk kepada kereta kebal,serta menghasilkan lukisan lebih jelas.


https://i.postimg.cc/VLKJ1MCZ/Tiger-3.jpgFoto 3:Membuat pelbagai lorekan hitam awalan (solid hatch & cross hatch) dengan pen felt-tip, di bahagian bawah teduhan dan bayang yang ketara (shade & shadow).


https://i.postimg.cc/wjP3RpFh/Tiger-4.jpghttps://i.postimg.cc/XYT77g7L/Tiger-5.jpgFoto 4 & 5: Membuat lorekan tambahan (solid hatch & cross hatch) dengan pen felt-tip. Gunakan juga pensel untuk membuat lorekan tambahan seperti yang tertera di foto 4 dan foto 5. Sedikit demi sedikit,tambahkan 2-3 lapisan lorekan pada lukisan.



https://i.postimg.cc/vTHGSq3Y/Tiger-6.jpgFoto 6: Gunakan pen felt tip 0.2mm dan pensel untuk menaikkan elemen “detail” seperti skru, “caterpillar track”, garis pertemuan (panel jointing lines) serta kesan-kesan calar.


https://i.postimg.cc/NMQt5Ch6/Tiger-7.jpgFoto 7:Gunakan felt tip pen untuk menghasilkan “marking” kereta kebal seperti nombor siri dan symbol tentera.Gunakan kombinasi pen felt tip dan pensel untuk menghasilkan kesan “weathering” dan kesan kekotaran pada bahagian depan, “caterpillar track” dan roda kereta kebal.


https://i.postimg.cc/dQHFV95C/Tiger-8.jpgFoto 8:Lukiskan paras bumi atau “ground line”.Kemudian, hiaskan lukisan kereta kebal dengan tubuh badan manusia serta pakaian seragam yang bersesuaian.Ini memberikan kesan realistik kepada lukisan keseluruhan.         


Proses melukis anda mungkin memakan masa.Sekiranya anda kesuntukkan masa, saya cadangkan anda membuat lukisan ini dalam beberapa sesi, mengikut keadaan dan masa yang mengizinkan.      


Di sini saya juga sertakan video youtube untuk rujukan keselurahan proses melukis.Anda boleh meneliti dan playback video tersebut sekira perlu.
wFpX8ymra0o


Akhir kata, saya ucapkan selamat mencuba dan melukis :)

Sekiranya anda ada pertanyaan (atau cadangan), anda boleh tujukan di thread ini, atau menghantar PM (private message) kepada saya.Saya sedia menjawab pertanyaan anda sebaik yang mungkin.
Terima kasih



Salam sejahtera kepada semua forummer sekalian.

Ini ialah sesi ketiga "jom belajar melukis", yang memaparkan subjek lukisan kerata kebal "Sherman". Untuk makluman forummer, ia digunakan secara meluas ketika Perang Dunia Kedua oleh tentera Amerika dan Negara Bersekutu.


Alat tulis yang digunakan adalah sama, seperti telah dinyatakan dahulu. Dari segi teknik lukisan, pendekatannya adalah hampir-hampir serupa.   


Berikut adalah beberapa foto menunjukkan urutan lukisan, untuk tujuan rujukan forummer.


https://i.postimg.cc/vHr0QFrk/sherman-1.jpg


https://i.postimg.cc/dVnny2S9/sherman-2.jpg


https://i.postimg.cc/256GF1sN/sherman-3.jpg


https://i.postimg.cc/qR6GS9Bm/sherman-4.jpg


https://i.postimg.cc/T32JfyY5/sherman-5.jpg


Disertakan di sini adalah rujukan video lukisan yang memberikan rujukan visual dari permulaan sehingga tamat lukisan. Sekira perlu, anda boleh "playback" bahagian-bahagian video untuk rujukan ulangan.


hzkN8gOCKC0

Saya ucapkan forummer berminat lukisan selamat mencuba dan melukis:D





Salam sejahtera Forummer sekalian.


Harap-harap forummer sihat sihat dan sentiasa ceria.Ini ialah sesi ke-3 "jom belajar melukis". Subjek lukisan hari ini ialah kereta kebal moden buatan Russia, bernama "Bumerang".


Seperti biasa, saya sertakan di bawah urutan gambar-gambar untuk memberikan "jalan-kerja" lukisan.



https://i.postimg.cc/xCD952Z0/bumerang-process-1.jpg


https://i.postimg.cc/fb44nvfC/bumerang-process-2.jpg


https://i.postimg.cc/yxp5fhNF/bumerang-process-3.jpg


https://i.postimg.cc/7L1Rvr6P/bumerang-process-4.jpg


https://i.postimg.cc/nVSPfkHm/bumerang-process-5.jpg




Juga disertakan di sini adalah rujukan video lukisan yang memberikan rujukan visual dari permulaan sehingga tamat.Anda boleh "playback" bahagian-bahagian video untuk rujukan ulangan.
vU8R8XJ1O08



Akhir kata, saya ucapkan forummer yang berminat lukisan selamat mencuba dan melukis:D

Kod10 Publish time 16-7-2022 12:57 PM

Hello dan selamat sejahtera warga forummer,


Di sini ada sedikit update dalam bebenang "jom belajar melukis". Kali ini, subjek lukisan adalah kereta kebal dari Jerman, bernama "Fuchs".
Seperti biasa, berikutan adalah urutan gambar yang menonjolkan proses lukisan kereta kebal tersebut.



https://i.postimg.cc/yxF3D6w8/fch-1.jpg



https://i.postimg.cc/DZHtYnpF/fch-2.jpg



https://i.postimg.cc/bwg4fQVm/fch-3.jpg



https://i.postimg.cc/Prh6fCw9/fch-4.jpg



https://i.postimg.cc/4xyQnVNL/fch-5.jpg



https://i.postimg.cc/W3vZmkTP/fch-6.jpg


Disertakan juga thumbnail video memaparkan final effect lukisan.   Sekiranya perlu, anda boleh klik video berikut untuk melihat proses keselurahan lukisan.

Sekian, terima kasih. Selamat mencuba & melukis. ;)


lMnhrdU_E_Q





Kod10 Publish time 18-7-2022 12:06 PM

Edited by Kod10 at 18-7-2022 12:12 PM

Salam sejahtera dan selamat tengahari sekalian,


Di sini ada update dalam bebenang "jom belajar melukis". Kali ini, subjek lukisan adalah kereta kebal dari Russia, "Typhoon".


Berikutan ialah urutan gambar gambar yang menonjolkan proses lukisan kereta kebal tersebut.

https://i.postimg.cc/W1kBzn9m/1-1.jpg

https://i.postimg.cc/CKC9HKpz/1-2.jpg

https://i.postimg.cc/50nGTk0J/1-3.jpg


https://i.postimg.cc/TYZszbRK/1-4.jpg
https://i.postimg.cc/TPcH5Hnb/1-5.jpg
https://i.postimg.cc/Pf7VDDvS/1-6.jpg
https://i.postimg.cc/bwc6CjTb/1-7.jpg


Disertakan juga thumbnail video memaparkan final effect lukisan.Sekiranya perlu, anda boleh klik video berikut untuk melihat proses keselurahan lukisan.

Selamat mencuba & melukis. ;)

r6HjIdg0ggM

Kod10 Publish time 21-8-2022 06:37 PM

"Jom belajar melukis" kali ini memaparkan subjek lukisan kereta perisai "Typhoon II" dari negara Russia. (Hebat namanya bukan?)


Berikut ialah proses melukis kereta perisai.


https://i.postimg.cc/htR5gRRY/ty2-1.jpg

https://i.postimg.cc/hvxNbDq9/ty2-2.jpg

https://i.postimg.cc/PJmFvSmy/ty2-3.jpg

https://i.postimg.cc/NFwdtRWH/ty2-4.jpg

https://i.postimg.cc/3rCBp4st/ty2-5.jpg

https://i.postimg.cc/1XJwd6PP/ty2-6.jpg

https://i.postimg.cc/2y8Bn6Wt/ty2-7.jpg

https://i.postimg.cc/J7fs1P6g/typ1-14.jpg
Setelah selesai melukis, anda boleh mewarna kereta perisai dengan skema warna "camouflage olive drab".

Berikut ialah video proses melukis dari permulaan sehingga akhir, untuk rujukan.
W-nbh13UQL4

Sekian, selamat mencuba dan melukis!




Pages: [1]
View full version: Jom Belajar Melukis!


ADVERTISEMENT