LomaPrieta Publish time 14-3-2016 02:02 PM

Kes khalwat & turun naik mahkamah.

Edited by LomaPrieta at 14-3-2016 02:08 PM

Assalammualaikum..
Aku ada beberapa perkara yang menjadi pertanyaan sampai tak boleh tidoq malam
sebab dok pikiaq ja. Macam ni, aku baru ja kena tangkap khalwat pasai berdua-duaan
dengan kekasih kat dalam kereta.Kena dengan Jabatan Agama dah tu kami kena
angkut naik van sekali, kebetulan depa tengah buat operasi sekitar hotel & pusat
perjudian berdekatan. Terkedu jangan cakaplah walaupun tak buat apa tapi depa soal
"tahu dak apa kesalahan ampa?" Aku jawab "kesalahan saya ialah berdua-duaan dengan
bukan muhrim di tempat yang mencurigakan" Punyalah skema. Hahaha

Jadi aku kenalah tahan lebih kurang 12jam kat Jabatan Agama sana umpama dalam
lokap hidup kat dalam sana :'( Pukul 10 pagi macam tu nama aku kena panggil
untuk ambil statement kemudian call parents. Then dalam pukul 3pm macam tu
kakak aku yang mai jamin aku. Malu jangan habaqlah, rasa nak melutut minta maaf
kat semua pasai malukan depa. Aku ni langsung tak pernah buat masalah apalagi
keluarga aku dihormati jiran sekeliling. Lagi hiba lepaih jumpa mak kepada pakwa aku,
sebab depa anggap aku ni gadis sesuci lebaran dan pemalu, tapi dimalukan dengan
kes macam ni. Huaaaa :'(:'(

Jadi persoalan aku kat sini, masa naik mahkamah nanti perlu ka aku bawa kakak
(penjamin) aku sekali? Kot depa nak sekali ka sebab akak aku bising dia takda masa
nak layan aku punya kes, sebab memalukan. Kalau dia tak datang takpa ka sebab
aku nak dia dengaq sendiri kes aku. Sebab lani family aku tak percaya cakap aku,
depa ingat aku kena tahan kat hotel sebab masa call parents untuk jamin tu orang
tu boleh kata aku kena tangkap khalwat kat hotel. Terkedu aku.
Lagi masalah satu family aku tak layan & dengaq cakap aku. Sob sobssss.

Aku kena denda 3K. Jadi boleh bayaq ansur ka atau selepuk macam tu?
Kalau aku buat rayuan dikurangkan jumlah denda tu pun boleh kan?
Lagi satu, surat dari mahkamah akan sampai dalam masa berapa lama lepas kes ni?


Itu saja. Terima kasih.



shielammb Publish time 14-3-2016 02:17 PM

Standby je 3K utk duit denda, sambil tu buat rayuan dik

LomaPrieta Publish time 14-3-2016 02:32 PM

shielammb replied at 14-3-2016 02:17 PM
Standby je 3K utk duit denda, sambil tu buat rayuan dik

Saya tengah gigih kumpul ni. Tapi dalam masa berapa lama dia akan panggil lepas kena tangkap tu? Tahu tak? Huhu.

4everMore Publish time 14-3-2016 02:51 PM

LomaPrieta replied at 14-3-2016 02:32 PM
Saya tengah gigih kumpul ni. Tapi dalam masa berapa lama dia akan panggil lepas kena tangkap tu? T ...

Tgk jbtn agama islam masing2,klu kt selangor biasanya dlm jangka ms sbulan, plg lama 2 bulan dr tarikh kena tgkp.
Bsabar la tt,nnt boleh buat rayuan ms kes bjalan.

pr3ttytw33ty Publish time 14-3-2016 03:19 PM

3k tu ko dh leh gune wat kawen dek. gegel woo nk byr selepuk byk tu. penat je kumpol kan. sobsss. tabah lh ye.

CikNia Publish time 14-3-2016 03:58 PM

alamak camno sampai ditangkap ni..huhu...

jelitayu Publish time 14-3-2016 04:17 PM

Walaupun tak buat apa2, tapi keadaan berdua2an dng bukan mahram tu janganlah diulang lagi. jadikan perkara yg dah jadi ni satu pengajaran. kalau betul suka sama suka....halalkanlah apa yg haram cepat2...lepas ni takdak sapa kesah hangpa dua nak khalwat lagu mana pun.

Elle_mujigae Publish time 14-3-2016 04:27 PM

kesian tt...:(maybe it;s about time I should forgo totally the idea of dating dating ni...{:decideo

Elle_mujigae Publish time 14-3-2016 04:29 PM

I tak fahamlah..kalau tak buat apa2 kenapa kena tangkap juga? {:questiono

dan tt taknak pertahankan diri tt kat family ke..sebab mereka dah salah anggap kan...takkan nak biarkan je..

nuryakmal Publish time 14-3-2016 04:31 PM

http://www.jksm.gov.my/jksmv2/index.php?option=com_content&view=article&id=68:prosedur-mahkamah-mengikut-peringkat-mahkamah-rendah-&catid=29:prosedur-a-proses-mahkamah&Itemid=10

hope this helps.

lain kali jaga la maruah. kalau tak nak jaga maruah diri, jaga maruah mak ayah dan keluarga.

its a wake up call kan.

Abangwahab Publish time 14-3-2016 05:02 PM

kesian adik ni.

next time nk park tu tgk2 sekeliling ya!

LomaPrieta Publish time 14-3-2016 05:11 PM

4everMore replied at 14-3-2016 02:51 PM
Tgk jbtn agama islam masing2,klu kt selangor biasanya dlm jangka ms sbulan, plg lama 2 bulan dr ta ...

Okay sis. Terima kasih.

LomaPrieta Publish time 14-3-2016 05:12 PM

pr3ttytw33ty replied at 14-3-2016 03:19 PM
3k tu ko dh leh gune wat kawen dek. gegel woo nk byr selepuk byk tu. penat je kumpol kan. sobsss. ta ...

Saya memang dah nak nikah. Tapi tak sangka benda ni jadi pulak. Sobsobsss

LomaPrieta Publish time 14-3-2016 05:17 PM

jelitayu replied at 14-3-2016 04:17 PM
Walaupun tak buat apa2, tapi keadaan berdua2an dng bukan mahram tu janganlah diulang lagi. jadikan p ...

Tak lama lagi nak nikah pun. Silapnya lepaih tengok bola kat mamak, pukul 1 lebih tu naik kereta. Kereta park belakang mamak, kira kat lorong lah. Duduk tak sampai 10 minit pun sebab pakwa nak habiskan rokok dulu. Sekali kena. Mungkin sebab pengakuan saya tu lah saya kena angkut pi sana. Wuuu sedihnya.

LomaPrieta Publish time 14-3-2016 05:20 PM

Elle_mujigae replied at 14-3-2016 04:29 PM
I tak fahamlah..kalau tak buat apa2 kenapa kena tangkap juga?

dan tt taknak pertahank ...

Benda ni tak pernah jadi kat family saya. Sebab tu susah nak terima. Jadi pakwa saya ambil keputusan untuk jumpa & cakap sendiri dengan family saya. Lepaih tu terpulanglah depa nak percaya ka tak. Dia tetap nak nikah dengan saya.

LomaPrieta Publish time 14-3-2016 05:23 PM

nuryakmal replied at 14-3-2016 04:31 PM
http://www.jksm.gov.my/jksmv2/index.php?option=com_content&view=article&id=68:prosedur-mahkamah-meng ...

Terima kasih sis. Ya benda yang jadi ni menyedaqkan saya dari leka. Saya pun suka ambik remeh segala benda & kurang rasa bersalah. Allah nak tunjuk kan, sat ja jadi.

LomaPrieta Publish time 14-3-2016 05:24 PM

Abangwahab replied at 14-3-2016 05:02 PM
kesian adik ni.

next time nk park tu tgk2 sekeliling ya!

Ye abang wahab. Terima kasih atas nasihat. :)

mami2x Publish time 14-3-2016 05:42 PM

Sabar banyak2 TT. Tengok benda ni dgn hikmah. Allah remind TT supaya tak terus tersilap langkah

sally03tomato Publish time 14-3-2016 06:05 PM

Dah nak nikah pun x blh jumpa.. Apatah lg jumpa selalu... Taubat nasuha ye.. semoga segalanya berjalan lancar

Intanmahsuri Publish time 14-3-2016 06:27 PM

Elle_mujigae replied at 14-3-2016 04:29 PM
I tak fahamlah..kalau tak buat apa2 kenapa kena tangkap juga?

dan tt taknak pertahank ...

Berdua-duan dalam keadaan mencurigakan memang lah kena tangkap. Manusia boleh menipu cakap tak buat pape, tapi buat something. Kalau sebab cakap tak buat pape, then lepas..ramai lah yang buat maksiat cakap I tak buat apa2...ekekekekek..
Pages: [1] 2 3 4 5
View full version: Kes khalwat & turun naik mahkamah.


ADVERTISEMENT