CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2658|Reply: 3

Canon EOS R3 baru dilancar. Harga body anggaran RM24,970

[Copy link]
Post time 14-9-2021 11:44 PM | Show all posts |Read mode
Canon EOS R3 Dilancarkan Dengan Sensor 24.1 MP dan Rakaman 6K 60p RAW
Diterbitkan pada 14 Sep 2021. oleh Effi Saharudin.



Canon EOS R3 dilancarkan secara rasmi sebentar tadi sebagai kamera digital profesional yang mementingkan kepantasan mengambil gambar. Sensor BSI 24.1 MP CMOS yang digunakan mampu merakam gambar pada sehingga tetapan 30 bingkai sesaat ataupun video sehingga tetapan 6K 60p RAW.



Sensor yang digunakan adalah bersaiz kecil tetapi menurut Canon ini adalah kerana kamera direka untuk menangkap gambar dengan pantas dan tajam sepanjang masa. Ini dipadankan pula dengan cip pemprosesan imej DIGIC X. Sistem pengatup digital membolehkan sehingga 30 bingkai diambil sesaat tetapi pengatup mekanikal masih disertakan dengan kemampuan menangkap 12 bingkai sesaat.



Sistem pemfokusan Dual Pixel CMOS AF II digunakan dengan 1,053 titik autofokus. Dengan penggunaan sistem kecerdasan buatan, sistem yang sama juga boleh mengenal pasti perbezaan di antara manusia, haiwan, kenderaan, tubuh dan mata yang ingin dijejak. Dengan sistem ini, kamera dengan pantas menumpukan perhatian kepada helmet pemandu kereta yang bergerak pantas sebagai titik pemfokusan misalnya bagi mengelakkan imej kabur diambil.



EVF yang disertakan ialah skrin OLED 120Hz dengan 5.76-juta titik. Apabila pengatup ditekan, EVF akan terus memaparkan apa yang dilihat sepanjang masa tanap waktu gelap. Pada bahagian belakang juga terdapat skrin LCD sebesar 3.2-inci yang boleh dilaras. Terdapat port pengecasan USB-C, bicu audio, sokongan WiFi 5Ghz dan dua slot kad memori CFexpres serta UHS0II.

Di Malaysia Canon EOS R3 akan mula dijual pada bulan November hadapan tetapi hargai belum diumumkan. Di Amerika Syarikat Canon EOS R3 tanpa lensa dijual pada harga $6000 (~RM24970) sebuah.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-9-2021 12:51 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2021 04:02 PM | Show all posts
Canon EOS R3: Gabungkan roh 1DX dan R5 dalam satu badan
    OLEH Hanif Azrai
    2:37 pm
    17/09/2021



Canon ingin bawakan badan seperti siri EOS-1DX mereka masuk ke dunia mirrorless menerus EOS R3 ini. Daripada sudut spesifikasi, saya lihatnya berada antara EOS R5 dan 1DX dengan beberapa manfaat diambil antara kedua model itu dan digabungkan dalam satu pakej.



Fizikaliti seperti 1DX bermakna ia ditujukan pada pengguna professional contohnya yang menjana pendapatan melalui kameranya. Badan besarnya turut bertindak seperti grip tambahan dan di dalam grip tersebut ada bateri berkapasiti besar untuk hayat guna yang lebih panjang.



Pada teras kamera ini tersemat sensor 24MP daripada jenis Stacked CMOS. Sensor ini dibangunkan sendiri Canon dan pertama kali muncul dalam produknya. Ia turut menyokong teknologi Dual Pixel Autofocus, fungsi mercu pada jenama Canon yang berikan keupayaan membidik fokus pada kelajuan tinggi dan jitu.



Ada satu fungsi menarik yang mungkin berguna kepada jurugambar subjek aksi. Melalui Eye Control, pengguna boleh menala titik fokus menggunakan penglihatan sahaja. Ia membebaskan kesemua jari pengguna untuk tujuan lain selain mencari fokus.

Memberi kestabilan sewaktu merakam gambar ataupun video, kamera ini dielngkapi penstabil imej dalam badan 5 paksi. 2 slot kad storan diberikan, satu yang menyokong format SD dan satu lagi CFexpress jenis B.

Semasa membidik, skrin LCD dan Viewfinder digital boleh digunakan. LCD jenis boleh kilas menempatkan skrin 4.15MP sebesar 3.2” dan EVF-nya penggunakan panel OLED berefresh rate 120Hz dengan reolusi hampir 8MP.

Canon EOS R3 diperkasa bateri yang sama digunakan pada EOS-1DX. Penarafan CIPA untuk bateri ini pada EOS R3 ialah sekitar 440 gambar, agak tinggi untuk kelasnya.

Di A.S, kamera ini dijual pada harga USD6,000 (~RM25,000) untuk badan sahaja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2021 04:05 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-12-2022 06:38 AM GMT+8 , Processed in 0.092188 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list