CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
View: 265|Reply: 0

Peniaga Pakaian Tak Mengaku Menipu Pemulangan Bayaran Kerja Cerucuk

[Copy link]
Post time 27-5-2022 03:49 PM | Show all posts |Read mode
Seorang peniaga pakaian mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang individu berhubung pemulangan semula wang pembayaran kerja-kerja cerucuk bernilai RM1.5 juta, dua tahun lepas.


Ooi Yee Ling, 46, didakwa menipu Wong Kam Poh dengan memperdayakannya untuk mempercayai bahawa dia akan memulangkan semula wang pembayaran kerja-kerja cerucuk bernilai RM1.5 juta itu yang mendorong mangsa memasukkan wang berjumlah RM900,000 ke dalam akaun RHB Bank syarikat milik tertuduh.




Gambar hiasan




Wanita itu dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah premis di 276A, Jalan Sultan Nazrin Shah, Gunung Rapat, di sini antara 10 hingga 27 Okt 2020.


Pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.


Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus membenarkan Ooi diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin serta perlu melapor diri di balai polis berhampiran pada setiap 15 haribulan selain pasport diserah kepada mahkamah.


Mahkamah menetapkan 25 Julai ini untuk sebutan semula kes.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sufi Aiman Azmi manakala tertuduh diwakili peguam Kenzaly Goik.




Sumber: BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

8-8-2022 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.085796 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list