CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 724|Reply: 0

Balai bomba tertinggi di dunia di Gunung Kinabalu

[Copy link]
Post time 14-7-2022 07:32 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 14-7-2022 07:34 PM

Balai bomba tertinggi di dunia di Gunung Kinabalu
| | 14 Julai 2022




Hajiji (dua dari kiri) melakukan pemeriksaan perbarisan anggota pelatih bomba yang menamatkan latihan Sijil Sains Kebombaan di Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu pada Khamis. - Foto Bernama


KOTA KINABALU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bakal mencipta sejarah apabila membina balai bomba di Gunung Kinabalu, sekali gus menjadi balai bomba terletak di lokasi paling tinggi di dunia.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, proses untuk mewujudkan balai bomba berkenaan di ketinggian lebih 3,382 meter dari paras laut di Gunting Lagadan Hut, Gunung Kinabalu sedang dalam peringkat dokumentasi.


"Kawasan berkenaan merupakan kawasan warisan dunia dan ada beberapa perkara yang perlu dilakukan sebelum pembinaan dilaksanakan. Saya difahamkan peruntukan untuk melaksanakan projek ini juga sudah ada," katanya.


Beliau berkata kepada pemberita selepas Majlis Tamat Latihan Kursus Sijil Sains Kebombaan KB 19 Siri 1/2022 yang dirasmikan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor di sini pada Khamis.


Masidi berkata, balai bomba itu akan menjadi pusat operasi Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (Mosar).


"Apabila siap kelak ia akan memudahkan pasukan Mosar yang kini berpusat di Balai Bomba Ranau menjalankan operasi sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini di Gunung Kinabalu," katanya.
Sementara itu, Hajiji dalam ucapan perasmian berkata, kerajaan negeri menghargai komitmen JBPM dengan penempatan dan kesiapsiagaan Mosar di Gunung Kinabalu.


"Mosar merupakan anggota bomba yang mempunyai kepakaran yang khusus dan kompeten bagi melaksanakan tugas penyelamatan di gunung.


"Berdasarkan kepada statistik penyelamatan yang dihadiri oleh Mosar, bermula dari Januari hingga Jun lepas, sebanyak 26 kes penyelamatan telah dilaksanakan oleh pasukan ini," katanya.



Mosar ditubuhkan pada 2015 susulan insiden gempa bumi di Gunung Kinabalu pada 5 Jun 2015. - Bernama



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -di-Gunung-Kinabalu
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-12-2022 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.085951 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list