CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 682|Reply: 0

Bomba bawa pulang 15 pingat emas

[Copy link]
Post time 3-8-2022 06:16 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 3-8-2022 06:21 PM

Bomba bawa pulang 15 pingat emas
TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN | | 03 Ogos 2022




Mohammad Hamdan - Foto Bernama


SEPANG - Kontinjen Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mencatatkan pencapaian membanggakan dengan membawa pulang 15 pingat emas dalam temasya Sukan Polis dan Bomba Dunia yang berlangsung di Rotterdam, Belanda dari 22 hingga 31 Julai lalu.


Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, kontinjen JBPM yang terdiri daripada pegawai dan anggota turut meraih 11 pingat perak serta 11 pingat gangsa.


Menurutnya, kesemua pingat ini dimenangi dalam lima acara yang disertai oleh 35 atlet JBPM.


"Kejayaan yang dicatat oleh kontinjen JBPM kali ini didorong oleh tahap disiplin serta semangat juang tinggi dipamerkan sepanjang kejohanan.


"Ia sekali gus melonjakkan prestasi dan pencapaian mereka dalam kesemua acara yang disertai kali ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyambut ketibaan pasukan itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).


Beliau berkata, pencapaian itu bukan sahaja melebihi jangkaan awal sembilan emas yang disasarkan, bahkan kejayaan tersebut mengatasi pencapaian JBPM ketika kejohanan sama di Chengdu, China pada 2019.


"Acara dart dan tenpin boling menyaksikan pencapaian terbaik JBPM apabila masing-masing berjaya meraih enam pingat emas dalam enam kategori yang dipertandingkan, diikuti golf (dua) dan push and pull (satu)," katanya.


Mohammad Hamdan berkata, 11 pingat perak diraih JBPM menerusi acara tenpin boling tiga pingat, dart (tiga), golf (dua) pingat dan masing-masing satu bagi badminton, bench and press serta push and pull.


"Acara badminton menjadi penyumbang terbanyak pingat gangsa bagi kontinjen JBPM dengan empat gangsa pada temasya kali ini diikuti tenpin boling (tiga), golf (dua) manakala dua lagi diperoleh menerusi acara sukan dart," katanya.


Tambah Mohammad Hamdan, pengumuman mengenai insentif kepada kontinjen akan dibuat dalam masa terdekat.


"Kita akan bagi insentif kepada mereka yang bawa pulang pingat kepada negara. Berapa jumlahnya kita akan umumkan," katanya.


Sementara itu, Mohd Nasir Jantan yang bertugas di bahagian alat pemadaman Zon Petaling berkata, beliau amat gembira dapat memenuhi sasaran empat pingat emas.


"Keluarga dan rakan sepasukan adalah pendorong kepada kejayaan ini," katanya.


Sebelum ini, JBPM membawa pulang tujuh emas, dua Perak dan tiga gangsa dalam temasya sama di Chengdu, China pada tahun 2019.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... lang-15-pingat-emas
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


BOMBA


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-12-2022 08:57 PM GMT+8 , Processed in 0.211244 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list