CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 651|Reply: 0

Mior Faridalathrash akan bergelar peguam

  [Copy link]
Post time 4-8-2022 08:02 PM | Show all posts |Read mode
Mior Faridalathrash akan bergelar peguam

BERNAMA




MIOR Faridalathrash Wahid dan isteri Datin Nor Qhadhijah Abdul Wahab melambaikan tangan kepada pegawai serta anggota polis ketika menaiki kenderaan khas sempena persaraan beliau di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak. FOTO L. Manimaran.



Ipoh: Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid yang bersara wajib hari ini selepas berkhidmat selama 40 tahun dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menceburi profesion baharu sebagai peguam.

Mior Faridalathrash berkata, beliau akan terbabit secara aktif dalam bidang perundangan dengan membuka firma guaman.

"Saya berkelulusan undang-undang, jadi saya akan terlibat dalam bidang yang diminati iaitu sebagai peguam bela.

"Saya akan tetap membantu pasukan PDRM kerana sudah sebati dalam jiwa dan masih terpahat di sanubari sebagai pegawai kanan polis sejak 40 tahun," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Perhimpunan Khas Sempena Persaraan Ketua Polis Perak yang turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Negeri Datuk Azizi Mat Aris di perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mior Faridalathrash berkata, beliau berpuas hati dengan kerjasama daripada semua ketua jabatan, ketua polis daerah serta pegawai dan anggota IPK Perak sepanjang menerajui kontinjen negeri sejak dua tahun lalu.

"Saya berpuas hati dengan prestasi yang mereka pamerkan termasuk pengamal media dalam membantu saya melaksanakan tugas sebagai Ketua Polis Perak," katanya.

Terdahulu, satu majlis serah terima tugas telah berlangsung pagi tadi di Mes Pegawai Kanan Polis di sini antara Mior Faridalathrash dengan Azizi yang akan memangku jawatan Ketua Polis Perak mulai esok dengan disaksikan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.






Disiarkan pada: Ogos 4, 2022 @ 7:49pm








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-11-2022 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.076105 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list