CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 624|Reply: 0

Wan Azlan kini Ketua Polis Daerah Subang Jaya

[Copy link]
Post time 22-8-2022 06:56 PM | Show all posts |Read mode
Wan Azlan kini Ketua Polis Daerah Subang Jaya

oleh MUHAMMAD AMINNURALIFF 22 Ogos 2022 05:44pm






Abdul Khalid (kiri) menyerahkan tongkat kuasa kepada Wan Azlan (kanan) sambil disaksikan Arjunaidi dalam Majlis serah terima tugas yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya pada Isnin.




SUBANG JAYA - Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Wan Azlan Wan Mamat dinaikkan pangkat kepada Asisten Komisioner dan dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Subang Jaya baharu berkuat kuasa bermula Isnin.

Wan Azlan menggantikan Senior Asisten Komisioner Abdul Khalid Othman yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan.

Majlis serah terima tugas yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya itu disaksikan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed.

Arjunaidi ketika berucap berkata, pihaknya merakam sepenuh penghargaan yang dicurahkan bekas Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Senior Asisten Komisioner Abdul Khalid Othman sebelum ini.

"Sepanjang tempoh Abdul Khalid bertugas di Subang Jaya ini, pelbagai kejayaan telah dilakarkan sekali gus menaikkan imej PDRM.

"Saya merakamkan setinggi penghargaan atas khidmat bakti yang dicurahkan," katanya.

Dalam pada itu, Wan Azlan berikrar akan melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh dedikasi.
"Insya-Allah saya serta warga Polis Subang Jaya akan memberikan sepenuh komitmen dalam usaha membanteras jenayah.




"Selain itu, Polis Subang Jaya akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat di kawasan ini," katanya.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-12-2022 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.095688 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list