CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 603|Reply: 0

Baharuddin pangku jawatan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman

[Copy link]
Post time 22-8-2022 07:07 PM | Show all posts |Read mode
Baharuddin pangku jawatan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman

oleh MUHAMMAD AFHAM RAMLI 22 Ogos 2022 05:47pm






Baharuddin (kanan) dilantik bagi memangku jawatan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman menggantikan Zamri (kiri) yang bersara wajib.




KUALA LUMPUR - Datuk Baharuddin Ahmad dilantik sebagai pemangku Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman menggantikan Datuk Seri Zamri Yahya yang bersara wajib pada Isnin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, beliau dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengucapkan terima kasih di atas kepimpinan cemerlang dan menyanjung tinggi kesetiaan serta khidmat bakti Zamri sepanjang 36 tahun perkhidmatan.

"Syabas dan tahniah kepada Baharuddin di atas pelantikan sebagai pemangku Pengarah Cawangan Khas.

"Saya yakin dengan berbekalkan pengalaman yang luas dalam bidang penugasan cawangan khas, beliau (Baharuddin) mampu memikul amanah yang diberikan ini dengan cemerlang," katanya dalam kenyataan, pada Isnin.

Majlis pelantikan yang berlangsung di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur itu disaksikan oleh Acryl Sani.

Selain itu, majlis menyaksikan penyerahan jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Cawangan Khas antara Datin Seri Dr Sazilah Tun Ahmad Sarji kepada Datin Hasimah Yon Abdul Latif.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-12-2022 08:26 PM GMT+8 , Processed in 0.286401 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list