CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 564|Reply: 0

'Jaga imej pasukan, kesihatan diri'

[Copy link]
Post time 25-8-2022 11:40 AM | Show all posts |Read mode
'Jaga imej pasukan, kesihatan diri'

Oleh Noor Hidayah Tanzizi - Ogos 25, 2022 @ 11:26am  bhnews@bh.com.my





Ketua Polis Perak yang baharu, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri (kiri) beramah mesra dengan Ketua Polis Daerah pada Perhimpunan Khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, Ipoh - Foto NSTP/Noor Hidayah Tanzizi.




IPOH: Ketua Polis Perak yang baharu, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri mahu pegawai dan anggota di negeri itu mempunyai keterampilan dan imej yang baik serta melakukan tugas dengan profesional.

Beliau turut menasihatkan semua pegawai dan anggotanya supaya terus meningkatkan serta menjaga integriti dan kewibawaan pasukan Polis Diraja Malaysia Malaysia (PDRM) sebagai penguat kuasa undang-undang utama di negara dan negeri.

"Saya menasihatkan kepada semua pegawai dan anggota agar mempertingkatkan dan menjaga integriti, kewibawaan dan janganlah salah guna kuasa, penyelewengan dan sebagainya.

"Saya berharap kerjasama terutama Timbalan (Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris), barisan pegawai, ketua jabatan dan Ketua Polis Daerah untuk membantu saya dalam menjalankan tugas dan mencapai objektif serta misi visi Polis," katanya pada Perhimpunan Khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini, hari ini.

Mohd Yusri berkata, beliau juga mahu Polis Perak menjaga imej pasukan sebagai barisan hadapan dan terus menjaga kesihatan, pemakanan selain mencari masa melakukan aktiviti fizikal.

"Saya mudah didekati dan jenis yang telus, 'yes is yes, no is no, black is black, white is white' (tetapi) jika ada apa-apa keperluan dan perkara boleh dibincang saya sedia terima kunjungan untuk kerjasama bagi meningkatkan penugasan PDRM," katanya.

Mohd Yusri, 52, dilantik sebagai Ketua Polis Perak baharu bagi menggantikan Datuk Mior Faridalathrash Wahid yang bersara wajib pada 4 Ogos lalu.

Terdahulu, majlis serah terima tugas antara beliau dan Azizi dilangsungkan di IPK Perak, semalam disaksikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-12-2022 09:04 PM GMT+8 , Processed in 0.090525 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list