CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 449|Reply: 0

Baharuddin dilantik Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman

[Copy link]
Post time 23-9-2022 11:49 PM | Show all posts |Read mode
Baharuddin dilantik Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman

Oleh Nor Azizah Mokhtar - September 23, 2022 @ 10:07pm  norazizah@bh.com.my




Baharuddin (tengah) dilantik Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, mengetuai senarai 26 pegawai kanan polis terbabit pertukaran. Turut disenarai Muhamad Zaki (kiri) sebagai Ketua Polis Kelantan dan Kok Chin (kanan) selaku Timbalan Pengarah KDNKA Bukit Aman.




KUALA LUMPUR: Timbalan Pengarah Cawangan Khas I Bukit Aman, Datuk Baharuddin Ahmad, dilantik sebagai Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman yang baharu berkuat kuasa 25 Oktober ini.

Perkara itu diumumkan Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, melalui satu kenyataan, hari ini dengan Baharuddin antara 26 pegawai kanan yang terbabit dalam pertukaran berkuat kuasa tarikh sama.

Berikutan pertukaran ke jawatan baharu itu, Noorsiah berkata, Baharuddin akan memangku Gred VUYA5 (JUSA A)

Baharuddin sejak 22 Ogos lalu memangku jawatan Pengarah Cawangan Khas susulan persaraan Datuk Seri Zamri Yahya.

Kekosongan jawatan Timbalan Pengarah Cawangan Khas I Bukit Aman akan diisi Datuk Mohd Khalid Ismail yang kini memegang jawatan Ketua Penolong Pengarah E4 Cawangan Khas Bukit Aman. Beliau akan memangku pangkat CP.

Mengenai pertukaran lain, Noorsiah berkata, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun akan mengisi kekosongan jawatan Ketua Polis negeri itu dengan memangku pangkat Komisioner Polis (CP).

Kekosongan ditinggalkan Muhammad Zaki akan diisi Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayob, dengan memangku pangkat CP.

Pertukaran juga membabitkan Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Khaw Kok Chin, sebagai Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, dengan memangku pangkat CP.

"Ketua Cawangan Khas Johor, Senior Asisten Komisioner (SAC) Jalaludin Hamid akan mengisi jawatan Ketua Penolong Pengarah E4 Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat Deputi Komisioner Polis (DCP).

"Jawatan Timbalan Ketua Polis Johor pula akan digantikan Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Pelucuthakan Harta) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, SAC S M M Kumar yang akan memangku pangkat DCP," katanya.

Menurut Noorsiah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak, Datuk Anuar Othman dilantik sebagai Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur dan memangku pangkat DCP.

"Ketua Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Maktab Teknik PDRM Bakri di Muar, Johor, Asisten Komisioner (ACP) Md Khair Othman, pula ditukarkan kepada Ketua Penolong Pengarah (Agama dan Kaunseling), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman dan memangku pangkat SAC.

"Selain itu, Penolong Pengarah Perkhidmatan Bahagian Perkhidmatan Perjawatan, Jawatan Pengurusan Bukit Aman, ACP Mohd Faisal Yahya ditukarkan kepada Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Pelucuthakan Harta), JSJN Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC," katanya.

Kata Noorsiah, pertukaran juga membabitkan Timbalan Ketua Cawangan Khas Risikan dan Operasi Pulau Pinang, ACP Nor Azizi Maarof kepada Ketua Cawangan Khas Johor dan memangku pangkat SAC.

"Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Osman Mamat ditukarkan kepada Ketua Penolong Pengarah (Perancangan dan Pembangunan Dasar Strategik) Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pengurusan Bukit Aman dan turut memangku pangkat SAC.

"Turut ditukarkan, Ketua Unit Penguatkuasaan Seksyen Wang Awam II, Bahagian Dasar Saraan Wang Awam dan Khidmat Pengurusan, Kementerian Kewangan, ACP Luqman Abdul Rahman kepada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak dengan memangku pangkat SAC," katanya.

Katanya lagi, pertukaran juga membabitkan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP Rupiah Abd Wahid yang ditukarkan sebagai Ketua JPJKK Johor dengan memangku pangkat SAC, manakala jawatan Ketua Polis Daerah Taiping akan diisi Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Razlam Ab Hamid dengan memangku pangkat ACP.







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-12-2022 07:13 PM GMT+8 , Processed in 0.138350 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list