Anwar Ibrahim berkata, walaupun orang lain bertindak zalim terhadapnya, tetapi beliau tidak membalasnya.
PETALING JAYA: Ketua pembangkang, Anwar Ibrahim berkata, beliau berpendirian tegas terhadap Dr Mahathir Mohamad kerana bekas perdana menteri itu tidak pernah insaf.
“Mahathir kalau dia hentam saya 10 kali, saya jawab sekali. Sekarang saya akan tegas sikit kerana kawan ini, dia (Mahathir) tidak pernah nak insaf,” katanya dalam program Sembang Kencang anjuran Kelab Wartawan Kuala Lumpur dan Selangor malam tadi.Mengimbau tempoh dia dipenjarakan, Anwar berkata, perkara itu menimbulkan kemarahan rakyat terhadap Mahathir, tetapi dendam itu reda seketika apabila Mahathir bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bagi menumbangkan Barisan Nasional (BN).
Ketika itu, katanya, semua bersetuju menamakan Mahathir sebagai perdana menteri, tetapi dengan syarat jawatan berkenaan perlu diserahkan kepadanya sebaik saja dia keluar dari penjara.Namun, presiden PKR itu berkata, apa yang dirancang tidak berlaku, sebaliknya berlaku Langkah Sheraton membabitkan bekas pemimpin kanan PKR yang menggulingkan kerajaan PH.
“Sebab itu saya minta rakyat sokong saya kerana saya rasa, saya buat perubahan dan kebaikan, tapi kalau saya dendam, nak tendang orang, nak zalim pada orang, saya tidak setuju. Walaupun orang itu zalim kepada saya, tetapi saya tidak,” katanya.
Mengambil contoh pemenjaraan Najib Razak dalam kes SRC International, Anwar berkata, Ahli Parlimen Pekan itu tidak seharusnya menerima layanan sepertinya, dengan mengambil kira faktor kemanusiaan yang perlu ada pada setiap individu.
“Perlukah Najib dilayan sebegitu rupa? Tidak. Saya tidak setuju. Tak payahlah letak atas simen, bagilah katil. Sebab apa? Sebab kita kena ada tekad moral lebih baik, lebih tinggi.”Najib dipenjarakan sejak 23 Ogos lalu, selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukumannya dalam kes SRC International.
Beliau dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas disabitkan bersalah atas tujuh tuduhan penyalahgunaan kuasa, pengubahan wang dan pecah amanah membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Mengambil contoh pemenjaraan Najib Razak dalam kes SRC International, Anwar berkata, Ahli Parlimen Pekan itu tidak seharusnya menerima layanan sepertinya, dengan mengambil kira faktor kemanusiaan yang perlu ada pada setiap individu.
Mabok ketum ke mabok jubo bangnon ? Yg dlm gomen skrg ni pun org2 dari parti Najib which is ameno, so ???
Anyway, iols mmg x suka bangnon. Tiap kali dia berucap berdegar2, mcm pak lobai jua lah... tak ada isi... kalau ada isi pun something yg kita sendiri pun boleh fikir baik buruk.... berbeza kalo dgar Tun berucap, tenang jah... contoh lain, dengarkan lah rakaman ini.... Nak jadi PM tapi bercakap persis pakcik2 felda
Satu sebab ja aku boleh setuju bangnon jadi PM kot la dia berjaya bawa duit kembali ke Malaysia kasi up sikit RM yg dah nak jadi toilet paper ni. Dia kan cable mantap katanya
Post time 29-9-2022 03:04 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Anwar ni sbnarnya baik sgt dlm politik sbb tu asyik kena khianat, pijak kepala jah..
Latest,fitnah hadi awang yg edar surat satu dunia canang anwar ahli yahudi freemason tu pun dia x saman sbb dia anggap hadi tu kawan lama dia dlm Pakatan Rakyat dulu..so tak heran la kalo dia redho je masuk jel kena fitnah kes liwat jadah sume tu sbb bangnon mmg jenis cepat maafkan org..
PETALING JAYA: Ketua pembangkang, Anwar Ibrahim berkata, beliau berpendirian tegas terhadap Dr Mahathir Mohamad kerana bekas perdana menteri itu tidak pernah insaf. “Mahathir kalau dia hentam saya 10 kali, saya jawab sekali. Sekarang saya akan tegas sikit kerana kawan ini, dia (Mahathir) tidak pernah nak insaf,” katanya dalam program Sembang Kencang anjuran Kelab Wartawan Kuala Lumpur dan Selangor malam tadi. Party City Feedback Survey
macam ko tau plan Allah kann?jadi jurucakap??atok kesayangan ko gila nak jadi PM kali ke3 tu... apa plan Allah gerakan bau tanah atok ko tu pulak?agak2 boleh lepas deposit tak nanti