CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 799|Reply: 9

[Tempatan] Anwar tidak bercadang menjadi Menteri Kewangan

  [Copy link]
Post time 25-11-2022 08:29 PM | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bercadang untuk menjadi Menteri Kewangan.



Menurutnya, ketika ini beliau berhadapan pelbagai cabaran besar yang perlu diselesaikan dan berharap ada jalan tuntas bagi masalah tersebut.

“Saya tak bercadang untuk pertimbang jawatan itu (untuk saya). Tapi kita akan perinci semula apa yang menjadi keperluan,” katanya hari ini.

Perdana Menteri ke-10 itu berkata demikian selepas ditanya adakah beliau akan menjawat jawatan itu memandangkan pernah diiktiraf sebagai Menteri Kewangan Terbaik Dunia sebelum ini.

Anwar mendapat pengiktirafan itu oleh EuroMoney pada tahun 1993 selain dinobatkan sebagai Menteri Kewangan Terbaik Asia oleh AsiaMoney.

Dalam pada itu, jemaah Masjid Putra, di sini, mengerumuni Anwar untuk berswafoto selepas beliau selesai menunaikan solat Jumaat.

Pengerusi Pakatan Harapan itu tiba di masjid berkenaan pada jam 1 tengah hari diiringi Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Beliau kemudian beredar ke Bangunan Perdana Putra jam 2.10 petang dan sempat bersalaman dengan jemaah yang hadir diiringi laungan takbir dan reformasi.

Dalam khutbah solat Jumaat, Imam Besar Masjid Putra, Salahuddin Ghozali menitipkan pesanan dengan menyentuh tanggungjawab seorang pemimpin yang harus dipikul dengan amanah.

Anwar memulakan tugas secara rasmi sebagai Perdana Menteri ke-10 hari ini.

https://malaysiagazette.com/2022/11/25/anwar-tidak-bercadang-jadi-menteri-kewangan/


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2022 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 25-11-2022 09:35 PM

Hahaha . Nostalgia
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahun depan ekonomi merudum.. Anwar awsl2 dah cuci tangan.. Tak nak kena blame gagal sebagai Menteri Kewangan
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Perwira2022 replied at 26-11-2022 10:19 AM
Tahun depan ekonomi merudum.. Anwar awsl2 dah cuci tangan.. Tak nak kena blame gagal sebagai Menteri ...

Tak per, kita tunggu jer. Kalau janji dikotakan, alhamduillah, kita ucap terima kasih. Kalau janji dicapati, then guna alasan jenis2 atau setaraf level ‘menifesto buka kitab suci’, selayaknya la dihencap berjemaah .
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 03:54 PM | Show all posts


calon menteri kewangan pujaan anda

waaaaaaaaaaaaaaarghkahkahkahkahkahkah


Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 03:55 PM | Show all posts
Solokkk replied at 27-11-2022 03:32 PM
Tak per, kita tunggu jer. Kalau janji dikotakan, alhamduillah, kita ucap terima kasih. Kalau janji ...

jangan dia cakap

kitab suci pun belum tentu kitab suci udah

alamat sepangkat dengan etis berkulop la dia

waaaaaaaaaaaaarghkahkahkahkahkah


Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
SonicSiLandak replied at 27-11-2022 03:54 PM
calon menteri kewangan pujaan anda

waaaaaaaaaaaaaaarghkahkahkahkahkahkah

Dia byk formula, mungkin itu salah satu kriteria jadi Menteri Kewangan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2022 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
SonicSiLandak replied at 27-11-2022 03:55 PM
jangan dia cakap

kitab suci pun belum tentu kitab suci udah

Hehehe….
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-1-2023 02:33 PM GMT+8 , Processed in 0.100140 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list