CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10292|Reply: 178

[Tempatan] Penduduk terkejut kawasan perumahan elit dan bernilai tinggi Eco Majestic Dilanda banjir

  [Copy link]
Post time 1-12-2022 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 1-12-2022 09:24 AM

Banjir kilat dilapor melanda beberapa kawasan di sekitar Kajang ekoran hujan lebat yang berterusan pada petang ini hingga beberapa kawasan perumahan ditenggalami air.



Kebiasannya fenomena banjir akan berlaku di kawasan-kawasan tertentu yang mungkin pernah mengalaminya sebelum ini, namun kali ini ia dikatakan berlaku di sebuah kawasan perumahan ‘bernilai tinggi’.

Menerusi perkongsian Niena Samsir di Facebook, kawasan perumahan Eco Majestic di Semenyih yang didudukinya didakwa dinaiki air hingga dipercayai mencetuskan suasana panik segelintir penduduk.

Malah apa yang lebih mengejutkan, banjir di kawasan itu dikatakan baru pertama kali berlaku selepas beberapa tahun dia menetap di situ.

“Innalillahi wainna ilaihi rojiun.

“Jiran update dalam group WhatsApp, banyak kawasan di Eco Majestic banjir.

“Selama empat tahun lebih saya dekat Semenyih ini, baru pertama kali nampak rumah di Eco Majestic banjir,” katanya menerusi kapsyen hantaran Facebook itu tadi.

Dalam hantaran tersebut, Niena turut memuat naik beberapa keping gambar dan rakaman video memaparkan suasana banjir yang melanda sebahagian kawasan perumahan tersebut.

Ujarnya, walaupun ramai yang tidak menjangka kawasan itu akan banjir tetapi cuaca pada waktu ini tidak menentu hingga kawasan yang tinggi juga dipercayai boleh dinaiki air.

“Hari ni hujan sangat lebat. Sekarang ni banjir bukan saja kawasan kampung sahaja, kawasan bandar pun jangan nak rasa takkan banjir.

“Semoga mereka yang terlibat dipermudahkan segala urusan,” memetik komentar orang ramai

Sumber: Niena Samsir via Facebook


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2022 09:18 AM | Show all posts
Edited by Nurdianah at 1-12-2022 09:24 AM

Susut la nanti value umah ko...


Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 09:20 AM | Show all posts
Nurdianah replied at 1-12-2022 09:18 AM
Susut la nanti value umah ko...

tidak juga kalau majlis perbandaran buat retention pond berdekatan mana2 kawasan perumahan...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Parit situ tersumbat ke
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 1-12-2022 09:29 AM

Ptg semalam highway silk menghala sungai ramal pun banjir teruk dh mcm sungai mana penah banjir situ tiba banjir sbb longkang tersumbat. Menjawab laaa yee sian keta2 yg tersadai rosak tu dahla banjir waktu puncak org duk balik keje belaka.

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 09:28 AM | Show all posts
Suchi replied at 1-12-2022 09:26 AM
Ptg semalam highway silk hala sungai ramal pun banjir teruk dh mcm sungai mana penah banjir situ tib ...

mak bapak budak2 yg mak iolss jaga ni. sebelum ni tak pernah lambat ambil anak2 dorang.
semalam lambat dorang ambil.
ni kat area condo yg under construction tu kan? yg kat sekolah maahad tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
pic first tu taman kwn iols. air masuk sipi2 smpai dlm umah jugak.
hujan lebat betul semlm. area iols ni pun sakan
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Asal banjir je tak lain tak bukan wajiblah kerana PEMBALAKAN HARAM.

Kerajaan PH Selangor perlu disiasat!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2022 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
kechikchomel replied at 1-12-2022 09:28 AM
mak bapak budak2 yg mak iolss jaga ni. sebelum ni tak pernah lambat ambil anak2 dorang.
semalam la ...

Yup kat situ sblm bangi square 2 tu lepas country height tu, kemain tinggi air.

Jem teruk dr putrajaya menghala ke kajang.Masa suami iols lalu air dh mula surut tp ada la keta2 yg rosak tersadai.

Org kata punca drpd projek pembinaan kat sebelah maahad tu yg sbbkan longkang tersumbat.ntahlaa
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
hahaha ramai tercedok beli area semenyih
ecrl pun xjd lalu sana
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
popeti sure go hup
ada watertheme park
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 09:51 AM | Show all posts
Cantik yer rumah situ.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ibugarang at 1-12-2022 09:59 AM
Suchi replied at 1-12-2022 09:26 AM
Ptg semalam highway silk menghala sungai ramal pun banjir teruk dh mcm sungai mana penah banjir situ ...


Sg ramal ni mmg kalau hujan non stop confirm banjir kwsn situ.. kwn yg duduk kwsn situ dh tak tau nak cakap ape dh..

Jalan lama bangi- semenyih smlm pokok tumbang & tanah runtuh.. area nk ke serene height tu..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 09:58 AM | Show all posts
Bencana banjir tidak mengira tempat
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Eloklah jadi pengajaran kepada mereka yg kemain keji mangsa banjir thn lepas...mentang2 masing2 punya rumah atas bukitlah, kawasan elitlah, takkan kena banjir katanya..harap insaf2 lah masing2
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 10:03 AM | Show all posts
minggu ni setiap petang di ramal ribut ptg.. sana sini banjir
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2022 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
ibugarang replied at 1-12-2022 09:53 AM
Sg ramal ni mmg kalau hujan non stop confirm banjir kwsn situ.. kwn yg duduk kwsn situ dh tak tau  ...

Kat atas highway tu sblm ni rasanya tak penah banjir sampai air tinggi mcm sungai.
Kalau kat kawasan dlm kg atau perumahan tu taktau laa

Biasanya setiap kali hujan lebat non stop belah jalan reko kat komuter ukm tu yg biasanya banjir kilat.
Pastu area sungai merab tu pun selalu gak banjir kilat dulu ada kawan duk situ tiap kali hujan esok tak gi la dia keje sbb nk tolong mak dia kemas umah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 1-12-2022 10:05 AM
Kat atas highway tu sblm ni rasanya tak penah banjir sampai air tinggi mcm sungai.
Kalau kat kawas ...

Yg selalu banjir sg ramal tue kwsn kg tu, situ tanah rendah, plus situ kwsn penduduk padat kan.. kawan selalu mengeluh sbb air masuk rumah selalu kene cuci.. plus pakej ikan, ular pun ada masuk..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
msdummy.2018 replied at 1-12-2022 10:03 AM
Eloklah jadi pengajaran kepada mereka yg kemain keji mangsa banjir thn lepas...mentang2 masing2 puny ...

Ooh ada yg keji ker?
Iols terkejut gak eco majestic ni pun kena banjir nih,dahla baru lagi kawasan nih.

Dulu masa tgh pembinanaan rajin laa usyar2 tgk umah situ tp rega mahal sgt jd mampu tgk jelaa


Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcam sek kebangsaan bandar seri putra tu kesian kt cikgu2 dan students kalau hujan non stop confirm balik sekolah ptg kene harung air atas dari buku lali..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

31-1-2023 09:11 PM GMT+8 , Processed in 0.131586 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list