CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 808|Reply: 13

[Tempatan] Frasa 'Wawasan Kemakmuran Bersama 2030' dalam surat rasmi kerajaan dimansuhkan

  [Copy link]
Post time 3-12-2022 02:30 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengumumkan pemansuhan frasa 'Wawasan Kemakmuran Bersama 2030' yang digunakan dalam penyediaan surat kerajaan berkuat kuasa serta-merta.

JPA memaklumkan perkara itu menerusi surat edarannya bertarikh hari ini yang ditandatangani Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) JPA, Datuk Kamel Mohamad.

"Kerajaan melalui surat JPM.100-15/3/9 Jld.2 (11) bertarikh 12 Julai 2021 telah memutuskan penggunaan frasa 'Wawasan Kemakmuran Bersama 2030' sebagai tambahan kepada frasa 'Berkhidmat Untuk Negara' yang telah diperkenalkan sejak 1979 dalam surat rasmi kerajaan.

"Dalam hubungan ini, Perdana Menteri bersetuju agar penggunaan frasa 'Wawasan Kemakmuran Bersama 2030' dikeluarkan, manakala frasa 'Berkhidmat Untuk Negara' dikekalkan bagi format penyediaan surat rasmi kerajaan," katanya dalam surat berkenaan.

JPA memaklumkan perkara itu menerusi satu hantaran di Facebook rasminya malam ini.

Pekeliling itu turut dihantar kepada semua Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Jabatan Persekutuan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Ketua Pengurusan Pihak Berkuasa Berkanun Persekutuan, Ketua Pengurusan Pihak Berkuasa Berkanun Negeri dan Ketua Pengurusan Pihak Berkuasa Berkanun Tempatan.


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/12/1034552/frasa-wawasan-kemakmuran-bersama-2030-dalam-surat-rasmi-kerajaan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2022 05:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh bukan dua2 frasa kena mansuh ke
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 05:18 AM From the mobile phone | Show all posts


Surat yang ni kan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 05:51 AM | Show all posts

Surat edaran yang ni bernombor rujukan JPA.100-1/4/1(9) dibatalkan diganti degan surat edaran bernombor rujukan JPA.100-1/4/1(10) pada hari yang sama 2 Disember 2022
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 06:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa signifikannya pemansuhan frasa tu?
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 06:10 AM | Show all posts
Edited by Roan at 3-12-2022 06:12 AM
renko replied at 3-12-2022 06:00 AM
Apa signifikannya pemansuhan frasa tu?

Tukar Kerajaan tukar frasa la kot kita tunggu frasa apa plak lepas ni digunakan oleh Kerajaan baharu

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 06:33 AM From the mobile phone | Show all posts
renko replied at 3-12-2022 06:00 AM
Apa signifikannya pemansuhan frasa tu?

Biasalah tukar2 ikut kerajaan yg memerintah tp berkhidmat untuk negara tu dah lama guna dah berpuluh tahun
Wawasan2 tu dah mcm tagline tun sorry ler dia nk guna huhu
Ntah apa tagline kerajaan bangnon ni taktaulaa yg pasti bukan keluarga malaysia dah laaa
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 08:07 AM | Show all posts
tagline kerajaan Bangnon senang je, "You Suka?"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2022 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
domestobot replied at 3-12-2022 08:07 AM
tagline kerajaan Bangnon senang je, "You Suka?"

"You suka, I suka"

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Dalam diam diam ku jatuh cinta.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Roan replied at 3-12-2022 05:51 AM
Surat edaran yang ni bernombor rujukan JPA.100-1/4/1(9) dibatalkan diganti degan surat edaran bern ...

Pulakkk.. Haah aku tebaca ada yang latest
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 08:42 AM | Show all posts
Roan replied at 3-12-2022 06:10 AM
Tukar Kerajaan tukar frasa la kot  kita tunggu frasa apa plak lepas ni digunakan oleh Kerajaan ba ...

you ulang, saya saman

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 08:43 AM | Show all posts
Suchi replied at 3-12-2022 06:33 AM
Biasalah tukar2 ikut kerajaan yg memerintah tp berkhidmat untuk negara tu dah lama guna dah berpul ...

mesti masuk kan frasa perpaduan plak
perpaduan tonggak negara

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 08:45 AM | Show all posts
tak  apa  , nak buat tagline  ape pun tak kisahlah...yg penting wow barisan kabinet semalam ...hmm...interesting.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-1-2023 01:09 PM GMT+8 , Processed in 0.109248 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list