View: 2025|Reply: 31
|
[Tempatan]
Banyak negeri catat bilangan kes satu digit, ke mana Covid menghilang?
[Copy link]
|
|
Edited by JoyahMengayah at 27-1-2023 11:17 PM
Jumlah jangkitan baharu harian Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Rabu, 25 Januari 2023) meningkat sedikit kepada 132 kes, berbanding 101 yang direkodkan pada Selasa, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).
Dalam tempoh semalam juga, negara tidak melaporkan sebarang kes kematian akibat komplikasi Covid-19 – empat hari berturut-turut.
Ini menjadikan kumulatif kematian sejak 17 Mac 2020 di seluruh negara kekal kepada 36,932 mangsa, termasuk 7,866 kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).
Pada masa sama, KKM juga memaklumkan bahawa lapan kes semalam turut melibatkan kanak-kanak, dengan tiga daripada kes itu membabitkan kanak-kanak berusia 0 hingga empat tahun, dan lima lagi berusia lima hingga 11 tahun.
Daripada jumlah jangkitan baharu semalam, 81 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan vaksin dos penggalak, diikuti 25 (individu yang lengkap divaksinasi); satu kes melibatkan individu belum lengkap divaksinasi; dan 25 kes (individu tidak divaksinasi).
Jumlah terbaharu itu menjadikan kumulatif positif sejak kes pertama dikesan pada 25 Januari 2020 sebanyak 5,035,205 dengan 4,988,489 pesakit telah sembuh, termasuk 346 yang pulih semalam.
Data laman sesawang KKMNOW yang dikemas kini tengah malam tadi menunjukkan sehingga semalam sebanyak 9,783 kes masih aktif, turun berbanding 9,998 kes pada Selasa.
Sementara itu, 9,402 pesakit Covid-19 dilaporkan masih menjalani kuarantin di rumah, turun berbanding 9,635 yang dicatat pada Selasa. Tiada pesakit yang ditempatkan di PKRC.
Bagaimanapun menurut KKM, jumlah pesakit yang menerima rawatan di hospital meningkat lagi kepada 370 orang berbanding 351 pada Selasa dan 337 (Isnin).
Seramai 11 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (12 pada Selasa), dengan 10 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Berikut adalah pecahan kes baharu semalam mengikut negeri dan wilayah, serta kumulatif kes positif:
Selangor – 33 (1,547,816);
Kuala Lumpur – 21 (467,824);
Sabah – 7 (406,783);
Johor – 5 (398,177);
Sarawak – 13 (324,235);
Kedah – 7 (318,502);
Pulau Pinang – 6 (307,436);
Kelantan – 4 (260,024);
Perak – 4 (238,885);
Negeri Sembilan – 10 (230,892);
Pahang – 1 (182,590);
Melaka – 13 (144,807);
Terengganu – 1 (132,919);
Putrajaya – 5 (32,374);
Labuan – 0 (22,952); dan
Perlis – 2 (18,989).
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/kes-semalam-meningkat-sedikit-sifar-kematian-empat-hari-berturut-turut/
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Nasib peneraju kobid pun hari ni baru tau..samada kena pecat atau join lebai. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhmdlh.. moga kobik terus mampus |
|
|
|
|
|
|
|
Iols wonder beksin yg iols amik ni g mana dlm body i |
|
|
|
|
|
|
|
Covid berehat dlu penat
Bagi chance kat puak2 semput sesak nafas kanser sakit jantung beramai2 penuhkan wad kecemasan |
|
|
|
|
|
|
|
Tiber..kemain rituh kecoh varian baru la..pelancong china la |
|
|
|
|
|
|
|
Orang dah tau dah..kobid ni ibarat demam biasa je sekarang. Just ambik ubat demam. Tunggu je demam kebah. Tak payah nak kalut2 mcm dulu dah. Nikmati hidup mcam biasa. |
|
|
|
|
|
|
|
Seratus lebih tu 3-digit lah TT @JoyahMengayah
Korang kerja senang ya, copy paste berita, tukar tajuk ikut pemahaman kelas belakang punya level.
|
|
|
|
|
|
|
|
masa kobit ni la baru aku tau maksud ditidurkan....tuuuu apaaa |
|
|
|
|
|
|
|
bukan patutnya naik ke?
haritu kemain siap nak halang pelancong china bagai... |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin sebab yang nak sambut Krismas perlu ikuti perkembangan harian Covid-19. Yang sambut Hari Raya Puasa dan Haji pun sama juga..
Yang nak sambut Tahun Baru Cina tempoh hari pun terpaksa juga ikuti perkembangan harian Covid-19 setiap hari biarpun bukan syarat utama. Deepavali tahun lepas pun sama jugak..
|
|
|
|
|
|
|
|
Akak rasa akak pernah kena covid, namun akak anggap demam panas jah and then akak sengaja keluar ke hulu ke hilir dengan harapan virus demam itteww tersebar dengan jayanya sissy. |
|
|
|
|
|
|
|
pooh~key replied at 27-1-2023 06:10 PM
Akak rasa akak pernah kena covid, namun akak anggap demam panas jah and then akak sengaja keluar ke ...
Bravo sissy...ini lah semangat yg kita mau..
Tak payah nk takut sgt dgn covid nibdah...mcm demam biasa je..telan pandol, duduk dlm selimut, lps tu kebah.. |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 27-1-2023 07:23 PM
Bravo sissy...ini lah semangat yg kita mau..
Tak payah nk takut sgt dgn covid nibdah...mcm demam b ...
Thanks sissy. |
|
|
|
|
|
|
|
mojarean_X replied at 27-1-2023 12:17 PM
Iols wonder beksin yg iols amik ni g mana dlm body i
degrade dengan jangkamasa pendek. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada je. MCM aku kena tapi tak report. Malas |
|
|
|
|
|
|
| |
|