View: 877|Reply: 12
|
[Politik]
KJ bakal masuk PKR?
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR – Pelbagai spekulasi timbul berhubung hala tuju politik Khairy Jamaluddin selepas bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu dipecat oleh parti.
Penganalisis politik, Lim Sian See meramalkan Khairy mungkin menyertai PKR sekiranya parti itu mahu menerimanya.
Beliau berpandangan, bekas Ahli Parlimen Rembau itu tidak mungkin menyertai Pas kerana parti itu tidak bersesuaian dengan imejnya.
“Namun PKR boleh menyebabkan UMNO tidak gembira sekiranya parti itu menerima Khairy sekali gus menyebabkan kerajaan sedia ada tumbang,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.
Selain Khairy, mesyuarat Majis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dipengerusikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi malam tadi turut membuat keputusan memecat bekas Ketua UMNO Bahagian Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar.
MKT UMNO juga memutuskan tindakan penggantungan terhadap Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Shahril Hamdan; Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Mohd. Salim Mohd. Sharif dan Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang.
Selain itu, Ahli MKT UMNO, Datuk Fathul Bari Mat Jahya diberikan surat tunjuk sebab.
Berhubung pemecatan Khairy, Sian See menyifatkan tindakan itu wajar dilakukan ekoran sabotaj yang dilakukan oleh bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau berkenaan.
Menurut beliau, seorang pemimpin sejati tidak sepatutnya mensabotaj parti sendiri secara terbuka semasa kempen pilihan raya umum (PRU) semata-mata untuk mememangi kerusinya sendiri.
“Seorang pemimpin sejati sepatutnya mengangkat imej parti dan rakan-rakan seperjuangannya bukan melakukan sabotaj.
“Siapa mahu mengundi sebuah parti yang dikatakan ‘sesat’, lebih-lebih lagi jika ia diisytiharkan sedemikian oleh seorang menteri dari parti yang sama?” soalnya.
Sian See menambah, perbuatan Khairy itu juga dianggap mementingkan diri sendiri dan lebih memburukkan keadaan, kenyataannya disiarkan secara meluas oleh media dan dibaca oleh semua pengundi di negara ini menjelang hari pengundian.
“Itu sahaja sudah cukup untuk pemecatan walaupun beliau dilihat agak popular dalam kalangan rakyat,” jelasnya.
https://malaysiagazette.com/2023/01/28/penganalisis-ramal-kj-mungkin-masuk-pkr/
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Masuk PKR=masuk PH. Masuk PH=umno?? |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Aku rs sengaja je spekulasi ni disebarkan..yg pecat dia wak jahit .lps tu konon2 msk pkr..dah Sama jugak la jumpa gak Pak Non dan wak jahit... |
|
|
|
|
|
|
|
Masuk pkr pehtu mintak nuart lantik jd senator pehtu bg jwtn muntri janji blh duduk semeja dgn wak jahit |
|
|
|
|
|
|
|
Parti yg menang paling sikit kerusi yg plg ada kuasa tentukan jatuh bangun kjaan.only in Msia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nk ke bang non benarkan. Kalo KJ msk pkr join rafizi hbslah kedudukan bang non. |
|
|
|
|
|
|
|
Selagi babah hidup mana boleh ex budak pejabat tingkat 4 join parti lain
Dia boleh tubuh parti umngok 2.0 |
|
|
|
|
|
|
|
Masuk DAP laaa dia pun takde rupa nusantara.
Takpun Makkal Sakti ke benda tah tp parti tu sekutu umno dlm BN |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 29-1-2023 06:39 PM
Zuraida dengan Azmin Ali bakal masuk UMNO? {:ml ...
Pelacur politik.
Bukan setakat thread call girl kat forum cari.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|