View: 721|Reply: 5
|
[Tempatan]
Lelaki macam herlokk baling botol kaca dari balkoni kondo
[Copy link]
|
|
Edited by mojarean_X at 5-2-2023 04:36 PM
Sebelum ini, sebuah video tular memaparkan seorang lelaki membaling botol kaca dari balkoni dari sebuah premis kediaman ke arah jalan raya. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis menahan tujuh individu termasuk tiga wanita disyaki terbabit dalam kes membaling botol kaca ke arah jalan raya dari balkoni sebuah kediaman di Jalan Cendana, Kampung Baru di sini, yang tular di media sosial baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata kesemua mereka yang berusia 21 hingga 31 tahun itu, ditahan semalam dan hari ini di sekitar Dang Wangi.
Beliau berkata ujian saringan air kencing mendapati seorang daripada tujuh individu itu positif dadah jenis ketamin dan disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta DadahMenurutnya dua daripada tujuh individu itu ditahan reman tiga hari hingga Selasa ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 268/336 Kanun Keseksaan, serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
"Permohonan reman bagi lima individu lain ditolak dan akan dibebaskan," katanya dalam kenyataan hari ini.Noor Dellhan turut menyarankan orang ramai yang menerima kesan daripada kejadian tersebut untuk tampil membuat laporan di balai polis berhampiran.
Sebelum ini, sebuah video tular memaparkan seorang lelaki membaling botol kaca dari balkoni dari sebuah premis kediaman ke arah jalan raya.
-- BERNAMA |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 5-2-2023 04:34 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Ooooo..
Dh jumpa setan² nii |
|
|
|
|
|
|
|
sengal budak2 ni.. tgh mabuk ke buat benda tu? |
|
|
|
|
|
|
|
mojarean_X replied at 5-2-2023 04:34 PM
Mata TT kero.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mental tahap kronik betul la dak2 ni.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|