View: 2249|Reply: 40
|
[Dunia]
Tiada rakyat Malaysia terlibat gempa bumi di Turkiye, 76 penduduk terbunuh, manakala 440 lagi cedera. Jumlah korban terkini melebihi 28,000 di Turkiye dan Syria
[Copy link]
|
|
Edited by Highflyer19 at 12-2-2023 01:28 PM
Gempa bumi berukuran 7.4 skala Richter itu telah meragut nyawa 76 penduduk, manakala 440 lagi cedera. Foto AP
PUTRAJAYA - Tiada laporan mengenai rakyat Malaysia terlibat dalam gempa bumi berukuran 7.4 pada skala Richter yang melanda wilayah Kahramanmaras, Turkiye awal Isnin setakat ini.
Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan ringkas dikongsi melalui aplikasi WhatsApp memaklumkan, Kedutaan Besar Malaysia di Ankara dan Konsulat Jeneral di Istanbul kini sedang berhubung dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat terkini.
"Setakat ini, misi kami belum menerima sebarang laporan mengenai rakyat Malaysia terlibat dalam gempa bumi itu," menurut kenyataan itu.
Kedutaan Besar Malaysia di Ankara boleh dihubungi melalui talian +(90) 312 4463547/ 48 atau +(90) 534 4571006 (selepas waktu pejabat) atau e-mel mwankara@kln.gov.my.
Sementara itu, Konsulat Jeneral di Istanbul boleh dihubungi melalui talian +(90) 212 9891001/ 09 atau +(90) 551 7112174 (selepas waktu pejabat) atau e-mel mwistanbul@kln.gov.my.
Menurut laporan media, sekurang-kurangnya 76 orang terbunuh manakala 440 lagi cedera selepas gempa bumi kuat melanda selatan Turkiye pada 4.17 pagi Isnin.
Gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 7 kilometer, diikuti dengan dua gempa susulan yang melanda wilayah Gaziantep, masing-masing berukuran 6.4 dan 6.5 pada skala Richter.
Negara jiran Syria turut terjejas dengan 237 orang dilaporkan maut manakala sekurang-kurangnya 639 cedera akibat gegaran kuat melanda wilayah Idlib, Aleppo, Hama, Latakia, dan Raqqa. - Bernama.
https://www.sinarharian.com.my/article/243934/berita/nasional/tiada-rakyat-malaysia-terlibat-gempa-bumi-di-turkiye |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
innalillah..
aleppo dimana kisah cinta serkan bolat dan eda bermula |
|
|
|
|
|
|
|
Dekat fb komen murni je
Cuba negara lain
Laju je gelak n komen bala |
|
|
|
|
|
|
|
ramai ummah pegi sana sebab murah. Teringin pulak feeling pegi Cappadocia apa semua tu. Sebab terpengaruh dengan filem yang kaka faz n lisa berlakon tu, 2 filem berbeza. |
|
|
|
|
|
|
|
Kat syria lg ramai terkorban ek? |
|
|
|
|
|
|
|
Level gempa kategori sgt kuat ni..mesti kawasan terjejas sgt luas dan teruk sbb turki dah minta penyelamat antarabangsa masuk tolong. Pasukan smart msia dlm 75 org p turki mlm ni .. |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 6-2-2023 08:02 PM
Ingat Türkiye ingat burger benjol, apa punya turrrrrr..., inilah akibatnya kalu buku bertemu dengan ...
Adoyaiii...
Takziah turkiye |
|
|
|
|
|
|
|
Baca dah ribu ribu meninggal, Al-Fatihah untuk dorang |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kena kat bandar, penduduk sana padat huhu... |
|
|
|
|
|
|
|
Skang pun masih berlaku gempa susulan...dlm kul 8pm waktu msia tadi baru jadi 6 skala Richter...kul 6pm tadi lagi kuat 7.5..plat tektonik kat situ betul2 x stabil...kemungkinan akan ada gempa kuat akan jadi lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah lebih 1500 terbunuh  |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
kat reddit ada discussion orang ni predict Turkey earthquake 2-3 hari lepas.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahi.....takziah buat keluarga mangsa2 yg terkorban.....
7.8 skala hektar is considered enormous..... |
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 6-2-2023 09:16 PM
Dah lebih 1500 terbunuh
Masih tak insaf lagi? |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 6-2-2023 08:02 PM
Ingat Türkiye ingat burger benjol, apa punya turrrrrr..., inilah akibatnya kalu buku bertemu dengan ...
edaylidizz kensel order mamat turkiye ler macam ini?
Poo key beralih arah......
Kahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
Harap pasukan penyelamat kita selamat la kat sana...biasa dorg hantar bomba ke tentera ye? |
|
|
|
|
|
|
| |
|