Seorang lelaki Thailand menjadi tular selepas berkongsi pengalaman ngerinya di Facebook, nyaris mati selepas minum teh ketum.
The Thaiger melaporkan, Jaonai yang menyiarkan gambar dirinya terbaring di atas katil hospital dengan balutan menutup parut pembedahan yang panjang, memberi amaran kepada orang lain supaya tidak menyalahgunakan daun itu.
 Seorang lelaki Thailand dikenali sebagai Jaonai nyaris mati selepas dia minum air teh ketum dan terpaksa menjalani pembedahan. - Foto Thaiger
“Saya telah menjalani pembedahan. Saya tidur di hospital selama 10 hari sejak itu. Jika saya menunggu lebih lama untuk menjalani pembedahan, saya sudah mati. Lima hari sebelum pembedahan adalah kesakitan. Saya sangat sakit. Saya tidak dapat berbuat apa-apa. Saya tidak mempunyai apa-apa kekuatan.
“Usus saya tersumbat dan busuk. Saya tidak boleh makan apa-apa selama 10 hari. Sebabnya saya banyak minum teh ketum berbanding air,” kata Jaonai di akaun Facebooknya.
Jaonai kemudian berpesan kepada sesiapa yang memilih untuk minum kratom untuk memastikan ia ditapis dengan baik dan membelinya dari kedai yang bersih.
“Awak boleh berhenti. Berhati-hati supaya anda tidak menjadi seperti saya. Ia adalah dua minggu yang sangat sukar. Berat saya 60 kilogram kini hanya 48 kilogram,” tulisnya lagi.
Sumber: Kosmo |