CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3493|Reply: 50

[Tempatan] Jualan Rahmah 99 Speed Mart tawar lebih 150 barangan

  [Copy link]
Post time 23-3-2023 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Highflyer19 at 23-3-2023 04:58 PM


Orang awam membeli barang keperluan di 99 Speed Mart sempena Kempen Jualan Rahmah Hari Raya 99 Speed Mart. - FOTO NSTP

Kuala Lumpur: 99 Speed Mart menyertai inisiatif di bawah Payung Rahmah dengan mengadakan Jualan Rahmah Hari Raya yang berlangsung selama sebulan bermula hari ini sehingga 22 April nanti.

Pengarah Operasi Cawangan 99 Speedmart Sdn Bhd, Yong Eng Kwan berkata, sebanyak 150 barangan ditawarkan dalam Jualan Rahmah Hari Raya dengan potongan harga bermula 5.0 hingga 30 peratus.


"Sebanyak 2,300 cawangan terbabit dengan Jualan Rahmah ini di mana pelanggan boleh mendapatkan barangan dengan lebih mudah di semua cawangan berhampiran.

"Untuk makluman, kempen Jualan Rahmah ini tidak akan berhenti setakat ini kerana akan ada lagi kesinambungan jualan ini pada masa akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Jualan Rahmah Hari Raya 99 Speed Mart yang dirasmikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub di Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1AM) Bukit Jalil, di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KPDN Datuk Azman Muhd Yusof; Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN, Datuk Azman Adam dan Pengarah KPDN, Kuala Lumpur Ariffin Samsudin.

Eng Kwan berkata, pihaknya akan sentiasa memberikan sokongan kepada usaha yang akan dijalankan oleh kerajaan bagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup dihadapi masyarakat terutama golongan B40.

"Kami sedia maklum segala program yang dijalankan kerajaan akan dapat memberikan manfaat kepada semua pihak yang memerlukan.

"Ini terbukti dengan keprihatinan kerajaan yang komited memastikan semua pihak dilindungi dan tidak terbeban dengan peningkatan kos sara hidup sekali gus memastikan kestabilan ekonomi dalam mendepani situasi mencabar ketika ini," katanya.

Beliau berkata, inisiatif dilaksanakan kerajaan itu mewujudkan suasana perniagaan kondusif yang memberikan keuntungan kepada pembeli dan peniaga.

"Kita sentiasa menyokong dan menjadi tulang belakang kepada kerajaan dalam memastikan semua inisiatif itu dapat dilaksanakan untuk merancakkan ekonomi sektor peruncitan selain membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat terutamanya golongan B40 dan juga asnaf.

"Diharapkan kerjasama yang terjalin antara pihak KPDN dan 99 Speed Mart akan diteruskan pada masa akan datang," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2023 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus..99 speed mart ni harga kadang murah dr shopping mall besar tu. Senang parking pulak tu..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
@inardni replied at 23-3-2023 07:24 PM
Bagus..99 speed mart ni harga kadang murah dr shopping mall besar tu. Senang parking pulak tu..

Aah, antara paling murah
1. Santan kara - rm9-rm10.90
2. Kicap kipas udang rm7.9-rm8.90
3. Tepung bestari - rm6.90
4. Susu pekat below rm3 ada lagi kat sini
5. Indocafe
6. Nutella

Ni antara brg yg mmg wajib beli kat speedmart
Aku p ganu garu pale sbb x jumpa speed marr hahahaha mahei brg2 kat sana.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
betul. murah dan byk cawangan yg dkt2 area taman perumahan. brg mmg tk byk tp cpt dtg stok baru..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Lobai yg serang speed mart sbb jual arak haritu dah bukak kedai utk tunaikan fardhu kifayah sesama islam kerr?
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
fairiza replied at 23-3-2023 08:25 PM
Aah, antara paling murah
1. Santan kara - rm9-rm10.90
2. Kicap kipas udang rm7.9-rm8.90

- naturel olive oil
-  maepranom thai chili sauce
- kopi moccona

Pun lg murah banding dgn lotus. Murah byk pulak tu. Eh lotus tak de moccona. Hat Tu compare dgn jaya grocer
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2023 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 23-3-2023 08:30 PM
Lobai yg serang speed mart sbb jual arak haritu dah bukak kedai utk tunaikan fardhu kifayah sesama i ...

Benci aku org mcm ni tau. Baru ada lg sekor listkn industri yg haram org islam keje.. bab* betoi. Cakap pongpangpongpang tp sendiri pun makan tak lepas. Ingat kn kot la nk buka company sendiri offer semua org islam kt msia ni keje under dia, hampeh tong kosong je. Yg pelik industri hiburan tak masuk pulak list dua.
Kalau semua dh haram, org islam kna harapkn gomen je la. Mohon pmx buka jawatan utk org islam je. Buka byk², takde keje takpe, janji gaji onzzz
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
fairiza replied at 23-3-2023 08:25 PM
Aah, antara paling murah
1. Santan kara - rm9-rm10.90
2. Kicap kipas udang rm7.9-rm8.90

Kedai speedmart kt area rumah iols..barang selalu cepat habis.
Huhu..laku keras.
Iols selalu beli biskut la kt sana. Jenama munchy
Murah sikit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2023 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 23-3-2023 08:30 PM
Lobai yg serang speed mart sbb jual arak haritu dah bukak kedai utk tunaikan fardhu kifayah sesama i ...

Mall yg kata nak bantu org islam & BMF pun tak boleh nak lawan harga kedai cina speedmart. Sudahnya sendu manakala speedmart makin lama makin byk, segala ceruk taman, kampung dia wujud.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 10:45 PM | Show all posts
ada satu kedai 99speedmart bakal bukak 26/3 ni kat area rumah meols, jarak dia dengan lottus's dalam 500meter je uols harusla iols pegi 99spdmart khuenz
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
pittjie replied at 23-3-2023 09:09 PM
- naturel olive oil
-  maepranom thai chili sauce
- kopi moccona

Kopi mocona tu mmg murah byk kat speedmart…SG suka bekas dia cantik dan boleh re-use…nak letak kuih raya pon cun
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
akies replied at 23-3-2023 10:19 PM
Kedai speedmart kt area rumah iols..barang selalu cepat habis.
Huhu..laku keras.
Iols selalu beli  ...

Cepat habis ni bagus nya ialah kita dpt barang fresh n baru…xdelah barang outdated dan nak expired dah
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
SalenaGomez replied at 23-3-2023 10:51 PM
Kopi mocona tu mmg murah byk kat speedmart…SG suka bekas dia cantik dan boleh re-use…nak letak k ...

Iyaa. Botol dia cantik. I mmg kumpul botol2 moccona tu. Konon nak buat bekas kuih raya haha.tapi takut tak berapa kedap la penutup dia.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
pittjie replied at 23-3-2023 10:59 PM
Iyaa. Botol dia cantik. I mmg kumpul botol2 moccona tu. Konon nak buat bekas kuih raya haha.tapi t ...


Kalau bekas tu boleh simpan kopi, mmg kompom kedap…SG biasa guna letak biskut chipsmore comel tu…so far mmg ok
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 02:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Seronok banyak barang murah
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 02:53 AM | Show all posts
fairiza replied at 23-3-2023 08:25 PM
Aah, antara paling murah
1. Santan kara - rm9-rm10.90
2. Kicap kipas udang rm7.9-rm8.90

area mne uols pegi  ? K.T ke ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2023 02:56 AM | Show all posts
Makanan kucing harga Rahmah ada tak eh..
kucing aku demok2 kuat makan
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 02:58 AM | Show all posts
fairiza replied at 23-3-2023 08:25 PM
Aah, antara paling murah
1. Santan kara - rm9-rm10.90
2. Kicap kipas udang rm7.9-rm8.90

Indocafe tu pilihan kedua iols  if nescafe abis.., cepat abis kopi kt Speedmart nih
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 02:59 AM From the mobile phone | Show all posts
akies replied at 23-3-2023 10:19 PM
Kedai speedmart kt area rumah iols..barang selalu cepat habis.
Huhu..laku keras.
Iols selalu beli  ...

Aq suka beli biskut cream o,kat tempat lain mahal sikit banding ngan speedmart ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 08:20 AM | Show all posts
speedmart ni aku suka beli tisu KNK ke apa ntah tu..lembut je tisu dia,,,pembekal dia jenama onwards rasanya buat nama lain. dulu murah rm8 lebih jer, kotak besar 180 pcs 1 kotak..

lepas tu naik harga rm9 lebih.. baru2 ni aku nk g beli dah naik rm10 lebih pulak... adoi, tapi tisu jenama lain lak lagi mahall.. kesat plak tu...


benda lain cam beras, susu ok la murah la juga...speedmart & giant je jumpa susu F&N yg betul2 susu yg tin kuning kecik sikit... yg lain dijual tu krimer pekat manis jer, tak sedap cam susu pekat manis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-6-2023 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.113627 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list