View: 6636|Reply: 10
|
Pusat Penyembelihan Kucing Berskala Industri, Sembelih 500 Kucing Sehari!
[Copy link]
|
|
Campur tangan pihak berkuasa berjaya menghentikan semua operasi sebuah pusat penyembelihan kucing berskala industri di wilayah Dong Thap, Vietnam, yang mampu menyembelih sehingga 500 ekor kucing sehari.
Rumah penyembelihan yang sudah beroperasi lebih sedekad lalu itu diarah tutup susulan serbuan polis beberapa minggu lalu, selepas mendapati pemiliknya tidak mempunyai kertas kerja yang diperlukan.
 KUCING yang diselamatkan dari sebuah pusat sembelihan. FOTO Soi Dog Foundation International.
Thethaiger melaporkan, lebih lima tan daging kucing beku turut dimusnahkan di hadapan pemilik yang masih cuba merayu.
Kes itu dianggap detik penting bagi pusat kebajikan haiwan Vietnam, Soi Dog Foundation International, sebuah organisasi kebajikan haiwan berpangkalan di Thailand yang berjuang untuk menamatkan perdagangan daging anjing dan kucing di seluruh Asia.
Organisasi itu turut menjaga 197 kucing yang diselamatkan dari rumah sembelihan itu.
"Ini kali pertama kami melihat operasi ini ditangani dengan sebaiknya, dan kami sangat gembira dengan hasilnya.
"Kucing yang ditemui di pusat sembelihan itu kemudian diberi rawatan segera.
"Ketika mula ditemui, 90 peratus kucing ini dilihat dalam keadaan tertekan, namun kini haiwan itu bertambah baik.
"Kebanyakan haiwan itu sudah dibersih dan disterilkan membuatkan kami percaya ia dicuri untuk dijual," kata," kata jurucakap yayasan itu.
Rumah penyembelihan Dong Thap itu dipercayai menyembelih sehingga 500 ekor kucing sehari menggunakan jentera perindustrian.
Selepas disembelih, badan kucing akan dimasukkan ke dalam air mendidih dan bulu dikeluarkan menggunakan mesin 'defurring'.
Media tempatan melabelkannya sebagai 'pencuri hebat' dan pembunuh haiwan peliharaan.
Malah, bagi memastikan bekalan kucing mencukupi pemilik pusat sembelihan itu mencuri haiwan peliharaan atau yang sesat itu menggunakan jerat khas.
Sesetengah kucing disembelih, dibekukan dan dijual untuk kegunaan perubatan, manakala yang lain disumbat ke dalam sangkar hidup-hidup dan dihantar ke utara Vietnam serta China, yang mana permintaannya lebih tinggi berbanding Selatan.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
sblm baca isi, china my 1st pick
2nd vietnam
3rd, telen
mmm ternyata x jauh tersasar
cat, rabbit, dog...ergghhh
2 cute to consume
|
|
|
|
|
|
|
|
keharaman apakah laaa nak mentekedarah kucing ni |
|
|
|
|
|
|
|
Hipokrit & double standard la sape2 yg bantah sembelih kucing anjing. Lembu kambing ayam boleh pulak kena sembelih? |
|
|
|
|
|
|
|
okla dpt kawal populasi haiwan kesayangan abu hurairah |
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok replied at 24-3-2023 03:59 PM
okla dpt kawal populasi haiwan kesayangan abu hurairah
"Kebanyakan haiwan itu sudah dibersih dan disterilkan membuatkan kami percaya ia dicuri untuk dijual,"
dorang curi kucing bertuan dah dimandulkan, sah2 dorang aim yg gemok gedempol banyak isi. bukannya pungut stray yg kurus tak ketahuan status kesihatan. risau lak ngan kucing tnr jd mangsa vietnam yg ada kat malaysia
|
|
|
|
|
|
|
|
Patut laa payah nau nak jumpa anjing & kucing liar kat vietnam...
Tak kira lah kat da nang, hanoi, saigon (hcm), phuquoc... semua tpt aku pi ni tak jumpa anjing & kucing liar... semua dah dilaukkan Vietnamese
|
|
|
|
|
|
|
|
Silap2 daging manusia pun dia ada jual. Baik cek btl2 kat sana. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nak bela anjing kucing, bela betul2. Kawal pembiakan. Jangan jadi macam malaya ni ko pergi kedai makan pun kena kongsi kerusi meja dengan kucing yang dibuang.
Elok lagi jadi macam vietnam, bersih pun bersih.
|
|
|
|
|
|
|
|
jap lagi negara tu jadi macam malaysia laa.. bila dah ada undang2 & ambush macam ni.. pegi mana pun chances utk terpijak taik kucing mmg tinggi, termasuk baru nak lepak makan pun dah mengiau2 atau melompat naik riba kita |
|
|
|
|
|
|
|
tekunjat iols ingatkan dkt sini. kalau kt sana mmg not surprised la |
|
|
|
|
|
|
| |
|