View: 5667|Reply: 7
|
Akibatkan Kerugian RM182.3 Bilion,Raja Mata Wang Kripto Berjaya Dicekup!
[Copy link]
|
|
Zagreb: Warga Korea Selatan yang disyaki seorang daripada pelarian paling dikehendaki dan pengasas mata wang kripto, Terra ditahan pada Khamis, lapor Menteri Dalam Negeri Montenegro Filip Adžić.
Do Kwon, 32, yang juga bekas 'raja mata wang kripto' dipercayai bertanggungjawab atas kerugian lebih AS$40 bilion (RM182.3 bilion), kata menteri menerusi ciapan di akaun Twitternya.
Katanya, pengesahan rasmi identiti sedang dilakukan.
 Foto: AP
Menurut Adžić, Do ditangkap di lapangan terbang Podgorica dengan dokumen palsu.
Dia dikehendaki di Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Singapura.
Pendakwa raya Korea Selatan percaya Do Kwon bertanggungjawab atas kejatuhan AS$40 bilion dua mata wang, terraUSD dan Luna, yang mana ramai pelabur memperoleh keuntungan berjuta-juta pada akhir Mei 2021.
Pada Mei tahun itu, kedua-dua mata wang ini menjunam dan nilainya jatuh kepada sifar.
Interpol mengeluarkan waran tangkap untuk Do pada September lalu. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Kesilapan besar dia bukan sebab dia cipta platform kripto. Tapi kesilapan besar dia cabar sindir untuk jatuhkan kripto dia
Gila dia ni isap gam tahi lembu. Duk cabar2 xkena tempat. Sama dengan top g yang duduk dalam penjara. Masing2 rasa hebat sedangkan ramai lg org hebat power money kuasa kt luar sana untouchable. |
|
|
|
|
|
|
|
Raja Kripto.?..Do Kwon raja kripto?...Wartawan HM dgn wartawan CARI ni sama bodoh takda ubat |
|
|
|
|
|
|
|
Kdg2 kita memang tak lah nak terjebak dgn skim2 begini. Masalahnya kita bagi duit pada instrument yang kita percaya tapi depa pulak yang buat taik di belakang kita. Possible kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
Lebih baik di tangkap dari di bunuh... |
|
|
|
|
|
|
|
Dia dikehendaki di Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Singapura. |
|
|
|
|
|
|
|
Kadang kita memang tak nak nak terjebak dgn scammer begini tapi tu lah |
|
|
|
|
|
|
| |
|