View: 10907|Reply: 3
|
Tak Serik Kena Tangkap, Geng Patah Tengkuk Pindah Buat 'Kerja' Di PJ Pula!
[Copy link]
|
|
Bermodalkan pendakap leher untuk menagih simpati ramai, sindiket peminta sedekah tidak serik ditahan pihak berkuasa, malah kegiatan mereka semakin berleluasa.
Terbaharu, simpang lampu isyarat di Seksyen 13, Petaling Jaya menjadi lokasi lelaki berpakaian putih dilengkapi pendakap leher, giat menjalankan kutipan wang di lokasi berkenaan.
 TikTok
Menerusi video dikongsikan di laman TikTok pada Rabu itu, individu dipercayai warga asing berkenaan bergerak ke setiap kereta sambil membuat isyarat mahu meminta sedekah.
Berbekalkan bungkusan tisu sebagai pertukaran wang, si perakam seolah-olah tertipu dengan taktik tersebut apabila pengemis terbabit terus beredar sebelum memberikan tisu kepadanya.
Tersentak dengan situasi itu, pemuda terbabit terus menyergah dan meminta bungkusan tisu yang sepatutnya diterima.
Ruangan komen dipenuhi dengan kecaman warganet berhubung isu tersebut.
Namun, setakat ini polis belum membuat sebarang kenyataan berhubung isu itu. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta hadir ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan.
Sumber: Majoriti |
|
|
|
|
|
|
|
Geng patah tengkuk ni pernah buat meolss terpercaya tahun lepas. Bagi big amount jugak sebab kesian. Tahun ni modus operandi terbaru meolss detect diorang guna kad oku. Pun meolss terkena juga awal tu, sebab org tua India tapi dia jual mask. 5 kpg rm 10. Dia kata dia oku pendengaran. Sebelah telinga rosak, tak blh mendengar. Sekali minggu berikutnya jumpa pulak sorang lagi guna kad oku. Tapi kali ni oku mental. Yg ni lenggang kangkung minta2 duit je. Meolss sempat soal siasat sikit sebab nampak sebalik kupiah rambut dia warna oren2. Memang fishy. Kata dia adik dia dtg hantar kat lokasi untuk minta derma. Adik dia pergi pasaraya beli brg dapur. Meolss saspek sindiket je ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau halal langgar manusia macam ni, memang aku langgar jahhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Dibuatnya betul2 patah leher baru tahu erti penyesalan.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|