CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15949|Reply: 80

[Tempatan] Tidak patut timbul istilah ‘jemaah haji B40’

  [Copy link]
Post time 24-3-2023 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Highflyer19 at 24-3-2023 10:27 PM


DARI segi hukum syaraknya, pendeposit B40 tidak diwajibkan pergi haji sekiranya deposit mereka masih belum mencukupi tanpa subsidi.

SAUDARA PENGARANG,

ISU subsidi haji merupakan polemik yang sering diwacanakan saban tahun. Bahkan ia semakin mendapat perhatian setelah Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) terpaksa menaikkan bayaran untuk tahun ini kepada RM10,980 bagi kumpulan B40 dan RM12,980 (M40).

Justeru, tanggungan Bantuan Kewangan Haji (HAFIS) atau subsidi haji bagi setiap jemaah ialah sebanyak RM5,575 atau 35.84 peratus daripada kos sebenar.

Meskipun begitu, menurut Pengarah Eksekutif Tabung Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, kos haji bagi tahun ini dijangka mencecah RM31,000.

Secara statistiknya, kos haji pada tahun ini meningkat hampir 100 peratus berbanding sedasawarsa lalu (RM15,555 pada 2013 dan RM31,000 pada 2023).

Di sinilah berlaku kejanggalan pertama kerana bakal haji sepatutnya membayar harga penuh dan bukannya harga subsidi. Ini kerana syarat wajib haji ialah berkemampuan.

Meskipun terdapat mekanisme rayuan haji, namun bakal haji yang merayu hanya dapat menunaikan haji sekiranya kuota asal ‘dilepaskan’ oleh bakal haji yang tidak dapat menunaikan ibadah itu pada tahun tersebut.

Dalam erti kata lain, perlu ada satu iltizam bagi pihak-pihak berautoriti untuk mengeluarkan satu ketetapan (atau fatwa) untuk mengutamakan bakal haji yang mampu dengan bayaran penuh.

Sekiranya dilanjutkan sedikit perbahasan ini, dari segi hukumnya, apakah dibenarkan untuk Tabung Haji mendahulukan orang yang belum berkemampuan melainkan hanya setelah dibantu dengan subsidi Tabung Haji?

Bermakna jemaah dengan subsidi Tabung Haji telah ‘mengambil hak’ bakal haji yang sememangnya sudah cukup belanja untuk ke tanah suci tahun ini. Sekiranya kita faham mengenai hakikat tuntutan berkemampuan, maka istilah canggung ‘jemaah haji B40’ tidak sepatutnya timbul sama sekali. Ini kerana dari segi hukum syaraknya, pendeposit B40 tidak diwajibkan pergi haji sekiranya deposit mereka masih belum mencukupi tanpa subsidi.

Oleh yang demikian, Tabung Haji dicadangkan merombak sistem subsidi haji dengan memberi keutamaan kepada mereka yang benar-benar mampu.

Pun begitu, ia perlu berdasarkan kuota tanpa meminggirkan sepenuhnya jemaah haji yang masih memerlukan subsidi.-UTUSAN

DR. MOHD ZAIDI MD. ZABRI & DR. MOHAMED HADI ABDUL HAMID
Fakulti Perniagaan & Ekonomi
Universiti Malaya


https://www.utusan.com.my/rencana/forum/2023/03/tidak-patut-timbul-istilah-jemaah-haji-b40/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2023 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kasta
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 10:33 PM | Show all posts
Auntie setuju.
Yg mampu lebih patut diutamakan utk pergi haji => first timer.
Yg tak mampu, tak diwajibkan mengerjakan haji.
Sesiapa yg ada RM 30,850 di dlm akaun TH yg patut diutamakan => yg tak perlu subsidi
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 10:40 PM | Show all posts
apakah dibenarkan untuk Tabung Haji mendahulukan orang yang belum berkemampuan melainkan hanya setelah dibantu dengan subsidi Tabung Haji?


Mcm iols tahun 2075 sok, tapi savings cukup..so logiknya hanya tunggu giliran saja tapi adakah bermaksud kalau B40 x diberi subsidi bermaksud giliran i akan fast forward sbb byk seat kosong? Dont think so..

Then ada sorg kenalan tu dah pergi haji dulu2 sekali ikut kuota TH, then years after that dapat lagi sekali buat haji guna kuota TH jugak..kisahnya dia kenal org dlm tu..time tu my dad yg lagi tua masih dok tunggu2 surat x dpt, few years after that lepas buat rayuan baru lulus..i doubt sistem giliran ni ada integriti..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 10:53 PM | Show all posts
bila mentaliti subsidi sudah halal, yang harus boleh jadi wajib, yang haram boleh jadi harus, tiada yang mustahil.

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2023 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Tulah ..giliran aku 2029 . Dah mampu tapi giliran Tak sampai lagi . Dulu jenuh nak merayu . Sekarang tunggu je..aku just jadi mampu ,kalau Tak dapat giliran n Tak dapat buat haji nanti aku mati buat lah badal haji. Sapa2 yang terlibat permain giliran tu .....
Kuota terhad,ramai nk pi . Haji pertama tu je wajib . Kalau dah pi Kali ke2 ,ambik giliran orang lain tu dapat apa yek.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2023 07:41 AM | Show all posts
setuju penulisan ini...jika berkasta2 begini ada B40 kampung(sipi2 nk ke m40) boleh pergi dulu berbanding T20 bandar (sipi2 nk ke M40) sbb B40 kampung dibantu oleh kerajaan (subsidized). pdhal B40 kampung tu masih tidak mampu kalau ikut kos sebenar.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2023 07:45 AM | Show all posts
pendek kata kalau tak mampu dan miskin, tak usah la gigih nak pegi haji. nasib baik dalam rukun Islam dah kata "menunaikan haji kalau mampu", itu pun gigih nak cari jalan sailang giliran dengan macam2 helah. last2 orang miskin B40 jelah layak pegi haji, yang kaya2 korang tak boleh pegi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2023 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 25-3-2023 08:18 AM

Bubuh duit tabung haji 90k je lah sambil tunggu giliran, sambil tu register haji swasta punya, jika x dipanggil duit tu pergi umrah, tahun dpn x dpt giliran lagi duit tabung haji pergi umrah sampai bbrp kali, bila dah dibuang kerja sakit2 ka time tu baru panggil mau kena hempuk aja, time sihat kaya ada duit x dpt giliran, time miskin tua xde wang kudrat xde stop kerja dpt pulak. So utamakan siapa byk wang tabung haji dan mereka sihat dan bekerja. Time tua x bekerja duit makin susut time tu la dpt panggilan time kaya time sihat x mau panggil. Itu belum lagi yg register lambat masa ada duit baru register berbanding bayi dah diregister kan awal atau wanita tiada mahram x register sehingga arab keluar berita yg tanpa mahram boleh pergi yg sblm ni korang kena sponsor haji anak lelaki or adik beradik lelaki sbb syarat mahram
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2023 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
domestobot replied at 25-3-2023 06:45 AM
pendek kata kalau tak mampu dan miskin, tak usah la gigih nak pegi haji. nasib baik dalam rukun Isla ...


Yang kaya ada option pegi dengan swasta kan.. in a way i rasa th mintak bayaran penuh utk t20 so that t20 akan pegi je ngan swasta dah alang2 kena bayar 30k..

Jangan lah dihina2 org miskin dan golongan b40 tu.. i percaya ada je b40 yg dapat pun akan terpaksa tolak sebab 10980 pun bukan angka yang sikit untuk diorang..lagipun orang yang berniat nak pegi haji ni rasanya memang dah siap2 menyimpan sebab dah terap niat tu.. kalau x cukup ada yang sedia bergolok gadai barang kemas bagai..subsidi haji tu mmg ada dalam wakalah tabung haji masa kita buka akaun..berlapang dada lah.. insyaallah ada bahagian kita bila org2 dapat menunaikan haji dengan ada bahagian kita dalam tu..

Kalau duit dalam acc kita dah melebihi 30k atau lebih buatla rayuan dan terus daftar dengan pakej swasta.. sebab pakej swasta pun ada kuota yg tersendiri.. pokok pangkalnya nanti, sampai kita ke sana pun dengan izin Allah jua…mampu tu bukan hanya dari segi duit semata2..

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2023 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
APABILA... ore2 isle dah berbalah pasai subsidi,BERkasta b40,BERkasta m40,BERkasta t20.......ISLE mendenya???
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2023 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Sokong. Menunaikan haji bg yg mampu. Apakehal bg subsidi pulak. Mcm aku ni, tak mampu, chill2 sudah. Satu lagi, haji wajib 1x je. Yg gatai nak pi byk kali tu buat pe? Lebih byk pahala klu haji ke2 tu duitnya ko pi belanja org yg kurang kemampuan utk haji 1st time. Yg ni aku pnh dgr ceramah agama kt radio yg biasa ada kui 1.30 tengahari tu. Radio selangor kot
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2023 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
glump replied at 25-3-2023 07:34 AM
Tulah ..giliran aku 2029 . Dah mampu tapi giliran Tak sampai lagi . Dulu jenuh nak merayu . Sekarang ...

Laki iols 2027..hoho...dia kata nak lg cepat tp tetibe iols dah beranak ni..tunggu jelah gilirna sampai
Hahaha..


Kalau haji kedua..dpt la haji Marlboro..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2023 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
sweetpea911 replied at 25-3-2023 08:42 AM
Yang kaya ada option pegi dengan swasta kan.. in a way i rasa th mintak bayaran penuh utk t20 so t ...

Chuols tahu ke pakej swasta dah naik slps kuar notis psl ni? Iols tgk paling murah swasta rm60k...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2023 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
sweetpea911 replied at 25-3-2023 08:42 AM
Yang kaya ada option pegi dengan swasta kan.. in a way i rasa th mintak bayaran penuh utk t20 so t ...

Kak..t20 pun bkn semua mampu nk pegi dgn swasta..setakat gaji rm16k...rasanya semput jugak nk byr package swasta tu..lain la gaji rm40k
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2023 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat msia ni dah jd kasta gini..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2023 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan ada kasta2 macam ini, takut ada persepsi - ve daripada orang luar
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2023 01:11 PM | Show all posts
sweetpea911 replied at 25-3-2023 08:42 AM
Yang kaya ada option pegi dengan swasta kan.. in a way i rasa th mintak bayaran penuh utk t20 so t ...

Ni yg aku maleh dgn golongan miskin b40 ni.
Sampai menekan golongan t20 suruh ambik option pakej swasta pulak, serupa sekolah mrsm tu.

Hg ingat t20 ni takdak komitmen lain? Kadang2 dgn anak ramai pun, baki gaji tinggal berapa je?

Mmg sampai bila2 b40 akan terus minta tongkat lagu ni.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2023 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang patut letakkan diorang ni dlm sistem Kasta Sunni Melayu Islam.

Baru diorang tahu level diorg tu apa nak comparing dgn T20
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2023 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 25-3-2023 10:39 AM
APABILA... ore2 isle dah berbalah pasai subsidi,BERkasta b40,BERkasta m40,BERkasta t20.......ISLE me ...

Tu yg akak heran tu.padahal kalo pi haji nanti bila berkumpul wukuf di arafah, sume manusia sama je.......dah takde kasta2 pun
Yg beza cuma rupa paras je.....Kalo yg mmg muka hodoh berkerak nusantara VS muka ereb parsi kokesen hidung terpacak kulit putih melepak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

5-6-2023 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.122393 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list