Bella Astillah dedah sering diambil kesempatan – “Pernah disuruh duduk atas peha dia”
Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah mendedahkan segelintir individu sering mengambil kesempatan terhadap dirinya sejak membabitkan diri dalam industri hiburan.
Menurut laporan Xtra, Bella atau nama lengkapnya Dayang Nabellah Awang Astillah berkongsi perkara tersebut menerusi sebuah podcast dikendalikan pengacara Hazeman Huzir dan penerbit, Hanan Mansor di saluran YouTube.
“Sejujurnya, saya pernah orang suruh saya duduk atas peha dia. Masa tu dia cuma cakap ‘duduklah atas peha abang’.
“Waktu saya umur 18 tahun. Saya selalu diambil kesempatan dalam dunia hiburan sejak kecil, dan perkara ini dipersetujui oleh ibu saya,” katanya yang berkongsi pengalaman menjejakkan kaki sebagai anak seni.
Walau bagaimanapun, penyanyi berusia 29 tahun itu kini sedar sekali gus mahu menjadi lebih tegas selain berani untuk menolak sekiranya terdapat individu yang ‘mempergunakan‘ dirinya lagi.
“Saya sedar diambil kesempatan. Jadi sampai hari ini saya dalam industri saya nak belajar jadi seorang yang lebih kuat dan tegas dari dulu.
“Kalau dulu saya tak tahu nak cakap ‘tidak’, saya hanya akan mengiyakan dan ikut saja. Walaupun hati tu rasa tak boleh, tapi saya buat juga. Itu yang saya nak ubah,” ujarnya.
Sementara itu, Bella memaklumkan dia pernah membuat 10 album lagu kanak-kanak bersama adiknya Didi Astilah yang dihasilkan oleh bapa mereka Awang Astillah Abdullah @ Dullah.
Masa kecil, nak menyanyi tak senang dapat peluang. Selalu menyanyi dekat mall.. tapi masa tu kami tak tertanya pasal payment.
“Saya tak tahu rupanya penjualan album lagu kanak-kanak ini sampai ke Brunei dan Singapura. Mereka dapat banyak duit, tak setimpal dengan apa yang kami raih.
“Contohnya dalam muzik video semua lagu tu akan ada props kan. Itu semua ayah saya yang buat
“Tapi apa yang membuatkan saya sedih sebab saya tahu ayah banyak bekerja keras untuk semua album ni. Tapi dia tak dapat apa sepatutnya yang dia dapat,” kongsinya lagi.
jangan harap kaka nak percaya cerita ko ni dik... muka pun macam tin beskot penyet cap tip tap keluaran bersaudara... kalau peah baqarah tu paham juga especially kalau laki ko yang suruh dia duduk atas peha dia...
dari percaya cerita ko ni baik lagi haku percaya cerita pakcik pengikut setia ayoh pink yang katanya dia duduk atas gunung... lepastu dia nampak kaki ayoh pink kat bawah gunung... tup tup dongak kat atas... ayoh pink lagi tinggi dari dia... ayoh pink naik air asia gamaknya... geng sama2 kacip dan lalok dengan fk kot....
Post time 26-3-2023 11:25 PMFrom the mobile phone|Show all posts
rayray28 replied at 26-3-2023 09:43 PM
Lepas dh jd artis ni..agak2 x kisah dh dgn husband eh?? Kot2 dh tercapai cita2 jadi artis akhirnyaaa ...
Bukan ke dia mmg dr kanak2 dah jd artis.
Ade video youtube dia nyanyi lagu diari ramadhan rafique tu.
Pastu nyanyi lgu apatah ngn adik dia, kira dorang ada album kn 2 beradik nih dulu
Post time 26-3-2023 11:29 PMFrom the mobile phone|Show all posts
rayray28 replied at 26-3-2023 09:43 PM
Lepas dh jd artis ni..agak2 x kisah dh dgn husband eh?? Kot2 dh tercapai cita2 jadi artis akhirnyaaa ...
cop! dia asalnya bukan retis ke? abes yg selama ni dia berlakon & menyanyi tu baru lah ke. sorry i rajin kepoh kat porom tapi in real life tk bukak tibi