View: 3366|Reply: 34
|
[Dunia]
Bukan tidak dialukan, perubahan jadual punca Anwar tidak bertemu Raja Salman
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR - Adalah salah bagi pengkritik mendakwa bahawa lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi baru-baru ini tidak berhasil hanya kerana beliau tidak bertemu Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman, kata penganalisis.
Pensyarah Kanan Pusat Perdana, Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata, kunjungan Perdana Menteri ke negara itu selama tiga hari baru-baru ini adalah atas jemputan pemimpin tertinggi Arab Saudi itu sendiri.
"Kalau tuduhan mengatakan Raja Salman dan Putera Mahkota seperti tidak mengalu-alukan Anwar, kenapa Anwar mendapat undangan? Dan lawatan itu mendapat komitmen sepenuhnya daripada konglomerat Saudi.
"Ini menunjukkan walaupun tak bertemu dengan Raja Saudi dan Putera Mahkota, bukanlah bermaksud Anwar tak direstui dan sebagainya. Tetapi disebabkan situasi tentatif menyebabkan pertemuan itu tidak dapat dilakukan,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata, sebagai Penjaga Dua Kota Suci umat Islam, adalah perkara biasa apabila terdapat perubahan pada jadual Raja Salman terutamanya apabila memasuki bulan Ramadan.
Perkara itu juga katanya, telah dijelaskan sendiri oleh Perdana Menteri yang memberitahu beliau diminta untuk melanjutkan keberadaannya di Arab Saudi, namun tidak dapat berbuat demikian disebabkan komitmen lain serta jadual yang ketat.
“Raja Saudi ini biasa begitu, bila masuk musim Ramadan dia ada perubahan yang ada kaitan dengan tatacara mereka. Dan mereka minta supaya Perdana Menteri melanjutkan lagi dua hari. Tetapi oleh kerana Perdana Menteri ada jadual ketat termasuk bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong dan akan berlepas ke Kemboja, jadi beliau tak dapat,” katanya.
Pendapatnya itu disokong Profesor Politik dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani yang berkata pembatalan atau penangguhan jadual lawatan adalah perkara biasa sekiranya terdapat keadaan yang memaksa perubahan jadual di saat akhir.
Beliau berkata, kemungkinan terdapat perkara yang lebih perlu diberikan perhatian berkaitan negara sehingga terpaksa membatalkan pertemuan dengan Anwar selain masa lawatan yang singkat selama tiga hari.
"Kalau tidak jumpa, itu isu biasa berlaku sekiranya ada keadaan-keadaan yang memaksa perubahan jadual di saat akhir, kalau ada hal-hal kecemasan, kadang-kadang benda ini di luar jangkaan yang agak sukar untuk kita jangka," katanya.
Mohd Azizuddin berkata, lawatan tersebut tidak boleh dilabel sebagai lawatan yang gagal kerana sekiranya dilihat dari segi pihak Arab Saudi menyambut ketibaan Anwar, ia merupakan sambutan rasmi diiringi oleh para tentera.
"Oleh itu, Perdana Menteri diminta lanjutkan lagi dua hari untuk melengkapkan perjumpaan, tetapi beliau ada jadual yang padat sebab perlu ke Kemboja dan China," katanya.
Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff dalam satu kenyataan pula berkata, walaupun tidak sempat bertemu dengan pemimpin tertinggi negara itu, Anwar tetap mencatat kejayaan termasuk dari segi ekonomi.
Beliau turut mempersoalkan apakah yang dimaksudkan gagal oleh pembangkang yang mengkritik lawatan tersebut.
"Adakah ia tidak berjaya hanya kerana Anwar tidak dapat berjumpa dengan Raja Salman dan Putera Mahkota atau ada hujah lain yang lebih substantif? Dalam hal ini, Perdana Menteri telah menjelaskan sebabnya," katanya.
Sementara itu Penganalisis Keselamatan dan Politik, Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, lawatan tersebut adalah berjaya kerana telah membuka satu bentuk dasar hubungan dengan negara Arab Saudi.
"Kejayaan itu kerana Perdana Menteri telah membentuk satu hubungan diplomasi luar perhubungan awam yang lebih baik dengan kuasa strategik dunia ataupun perhubungan elemen geostrategik di timur tengah seperti Arab Saudi iaitu sebuah kepimpinan kuasa yang diiktiraf di rantau tersebut," katanya.
Selain itu, beliau berkata, kerjasama perhubungan diplomasi tersebut turut terkandung dalam aspek teras keselamatan negara yang kesembilan iaitu mendapat pengiktirafan antarabangsa yang menjadi penting untuk mewujudkan satu bentuk keyakinan dan diplomasi perhubungan awam. - Bernama |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Baiklah bang non. Kami percaya. Hidup bang non hidup Wak Zahid |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mojarean_X at 28-3-2023 03:01 PM
Btw kalo nk g oversea next time jgn lupa ajak Wak Zahid. Passport dia pun dh dipulangkan mahkamah secara kekal. Kesian Wak dh bertahun x g oversea. Kalo bawa Wak ari tu mungkin wak bole jumpa king salman mcm di bawah |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
So maknakata bangnon tak penting lah wpun dia PM apanama boleh tukar2 jadual…apanama hes being snubbed…ohh gitu  |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Highflyer19 at 28-3-2023 03:07 PM
Kalau bangnon masih lagi rasa trauma sbb tak dilayan blh attend kursus How to handle being snubbed and feeling hurt…moga bermanfaat |
|
|
|
|
|
|
|
Berpeluh academician pro PH cuba membekap kemaluan besar Nuar  |
|
|
|
|
|
|
|
Beza golongan educated beri penjelasan dengan warga forum level PPRT batu api.. |
|
|
|
|
|
|
|
sonic-bertaik replied at 28-3-2023 03:04 PM
Beza golongan educated beri penjelasan dengan warga forum level PPRT batu api..
Tu jilat namanya tu… |
|
|
|
|
|
|
|
Highflyer19 replied at 28-3-2023 03:06 PM
Tu jilat namanya tu…
Eh.. terasa ke? Sian.. gigih buat benang sebelum PRU tapi.. at the end jadi SORE LOSER!
|
|
|
|
|
|
|
|
Bangkem speku, jemputan itu dibuat sebelum anwar jadi PM lagi.. jemputan secara am jer contohnya "lawatan rasmi dari PM malaysia" pada sekian2 tarikh
Tapi bila MBS dan king salman dapat tahu anwat yang jadi PM, dorang bolayankan adjah |
|
|
|
|
|
|
|
aku tertunggu juga jwpan dia....boleh la.... |
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 28-3-2023 03:21 PM
Bangkem speku, jemputan itu dibuat sebelum anwar jadi PM lagi.. jemputan secara am jer contohnya "la ...
Munasabah.
Ingatkan lelaki straight yg akan datang. Tapi tiba2 peliwat bersiri yg muncul. Elok lari jauh2 la. |
|
|
|
|
|
|
|
Suka.. suka tengok geng pembangang jiwa kacau tak boleh move on! Pegi parlimen la woi!! |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tripleid at 28-3-2023 03:33 PM
Dah jadi krisis dunia bila pm negara melayu tak dapat sembah ratu dgn bangsa arab
|
|
|
|
|
|
|
|
Perwira2022 replied at 28-3-2023 03:24 PM
Munasabah.
Ingatkan lelaki straight yg akan datang. Tapi tiba2 peliwat bersiri yg muncul. Elok la ...
Kiranya malaysia diberi keistimewaan la kan dijemput ketika minggu pertama ramadhan
Betul kata kamu, MBS ingatkan pak mael yang datang, maybe kerajaan saudi dah sedia nak bagi kiswah, nak jemput masuk kaabah, ajak terawih dan berbuka bersama sambil bincanv FDI bilion2 dan derma ke malaysia..
Ujung2 rupanyaaaa anwattt yang datang.. hmmm..
Bolayan aja lah |
|
|
|
|
|
|
|
So, adanya kenyataan penerangan begitu, akan terbungkamkah sindiran dn cercaan drp PM haters? Beghe laa.... tapi tunggu akan ada lagi next other episod.
|
|
|
|
|
|
|
|
So far pihak Arab Saudi sana waima pihak kedutaan pun belum buat apa2 kenyataan lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tanya aku... Aku lebih condong percaya pada statement KJ kali ni... Sbb dia mmg berpengalaman secara langsung dlm hubungan atau arrangements diplomatik ni compare dgn Prof2 tu semua |
|
|
|
|
|
|
|
I believe Anwar who had undergone a major operation, so what is there a minor cut.
Alang2 tajinya patah, Ayam jaguh tetap berlaga
Mujur lalu melintang patah, Petir samudera ditempuh juga
|
|
|
|
|
|
|
|
kemain jadi issue ea...beria bang non bekejar masuk parlimen ingat nak jawab soalan2 bodoh ni sekali parlimen pun tak dtg...esok bangnon nak pegi China plak mesti si midin kemain terjojol2 bgtau visit tak berjaya
dah faham MO pembangkang cane 
|
|
|
|
|
|
|
| |
|