View: 8208|Reply: 129
|
[Tempatan]
Rakyat Malaysia berisiko mati dalam keadaan tidak berduit
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia berisiko mengalami kehabisan wang simpanan persaraan 19 tahun sebelum dijangka meninggal dunia, demikian kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Risiko simpanan persaraan yang tidak mencukupi kini semakin meruncing dan keadaan ini diburukkan lagi oleh pengeluaran simpanan sebelum persaraan secara besar-besaran baru-baru ini.
Di Malaysia, simpanan median sebelum pandemik untuk kohort kumpulan umur antara 51 hingga 55 tahun hanya dapat bertahan selama lima tahun selepas mereka membuat pengeluaran pada umur 55 tahun.
“Bagaimanapun, tempoh bertahan simpanan median ini telah berkurang lagi kepada sekitar tiga tahun berikutan pengeluaran simpanan sebelum persaraan semasa pandemik.
“Bagi lebih memahami kesan hal ini, purata jangka hayat global dijangka meningkat melebihi 77 tahun menjelang tahun 2050 (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, 2022).
“Berdasarkan anggaran ini, seseorang rakyat Malaysia berisiko mengalami kehabisan wang simpanan persaraan 19 tahun sebelum dijangka meninggal dunia,” katanya dalam laporan Tinjauan Ekonomi & Monetari 2022.
Bank pusat berkata, jurang yang besar antara tempoh median simpanan persaraan bertahan dengan jangka hayat median selepas persaraan menggariskan keperluan segera untuk membina semula penampan simpanan persaraan.
Katanya, berlatarkan persekitaran ini, dasar untuk mempertingkatkan pengumpulan simpanan melalui lanjutan fasa pengumpulan perlu segera dilaksanakan.”Berdasarkan tanda aras antarabangsa, pengasingan dan pelaburan semula menawarkan potensi penyelesaian.
Langkah ini membabitkan pelaburan semula sebahagian daripada simpanan persaraan yang sepatutnya akan dikeluarkan apabila mencapai umur pengeluaran, lantas melanjutkan tempoh pengumpulan simpanan.
“Sebagai contoh, di Singapura, sebahagian daripada simpanan individu pada usia 55 tahun dipindahkan kepada akaun simpanan persaraan mereka lantas membolehkan simpanan itu terus bertambah selama 10 tahun lagi.
“Di Chile, pesara diberikan pilihan untuk mengeluarkan sepenuhnya atau sebahagian daripada simpanan terkumpul mereka melalui pembelian anuiti.
Tindakan ini membolehkan peningkatan baki simpanan berbanding dengan pengeluaran sekali gus. Kedua-dua negara ini telah berjaya mengurangkan risiko kelanjutan usia,” katanya.
Di Malaysia, pengasingan akan memberikan manfaat yang ketara, khususnya untuk ahli-ahli yang terus mencarum selepas mencapai umur pengeluaran pada 55 tahun.
“Ahli KWSP yang berumur antara 50 hingga 54 tahun dengan pendapatan pada paras ambang B40 akan mendapat manfaat hingga RM36,800 tambahan simpanan jika mereka menangguhkan pengeluaran simpanan dan terus mencarum selama lima tahun lagi hingga umur 60 tahun.
“Jumlah ini bersamaan dengan 16 peratus daripada Simpanan Asas KWSP dan boleh melanjutkan kecukupan simpanan terkumpul selepas persaraan selama tiga tahun lagi, lantas meningkatkan daya tahan pesara terhadap kejutan ekonomi dan kewangan.
“Peningkatan kecukupan simpanan juga boleh dicapai dengan meningkatkan kadar caruman.
Bagaimanapun, langkah ini mungkin lebih mencabar kerana halangan faktor struktur seperti upah yang rendah, atau mengakibatkan kesan yang tidak diingini seperti mengurangkan insentif untuk mengambil pekerja baharu.
“Dasar ini boleh diteliti pada masa hadapan di samping dasar-dasar untuk mempertingkatkan pendapatan dan insentif bagi majikan untuk memadankan dengan caruman yang lebih tinggi,” katanya. – BERITA HARIAN |
|
|
|
|
|
|
|
Maksudnya camne...kalau mati umur 80, 19yrs before that duit pencen dh abes...kata la pencen umo 60... maknanya umur 61 duit pencen dh licin..betul ke pemahaman i ni...kalau ikut current situation yg asyik dok menyalak nk kuar epf tu...i rasa tak mustahil laj.. |
|
|
|
|
|
|
|
Btw..thread camni i suka nk baca discussion para poromer... Byk dpt ilmu utk my retirement plan |
|
|
|
|
|
|
|
Cadangan katanya lanjutkan tempoh penyimpanan sebahagian simpanan supaya simpanan tu jadi banyak.
Habis kalau dah bersara tapi tak dapat duit kwsp maka mcm mana nak survive dan plan kehidupan dia selepas bersara...
tetapi kita patutnya jadi sangsi kenapa mereka concern part tak ada duit slps bersara, dan mahu pesara laburkan duit tu balik, tapi tak concern dengan bagaimana pesara nak survive selepas tak ada kerja... patutnya kena cadangkan juga lanjutkan tempoh bekerja sehingga umur 65 tahun ker..
Ini cakap-cakap dari fikiran orang yang bukan nak bantu pesara secara tulus tetapi lebih kepada nak kayakan diri mereka sendiri..
|
|
|
|
|
|
|
|
jgn memain
ramai terpaling juara dlm ni ckp2 pasal investment bagai tauuuu
kut chuols was2 mintak temfek account statment pun nanti ada yg kasi 
|
|
|
|
|
|
|
|
https://www.facebook.com/211591442051/posts/pfbid0mz3azUssM4vKoiUYZmnQTxQZKJpP8PN9hVc4LAniUPcJ8UnNx1Bj9i3g8gFWW8vBl/?mibextid=Nif5oz
Sedih baca komen melayu |
|
|
|
|
|
|
|
Kitty_catz replied at 29-3-2023 05:36 PM
jgn memain
ramai terpaling juara dlm ni ckp2 pasal investment bagai tauuuu
Ye...i suka je baca they all nk tempek apa pun..ada yg elok i ambik ilmu..yg syok sendiri ignore je... |
|
|
|
|
|
|
|
hahahaha.. baguih chuols
ini yg kita maukan 
|
|
|
|
|
|
|
|
gaji minima rm1500....bersih rm1300++ jer..dgn kos hidup semakin naik.....banyak mana la bebudak diy,kedai 2 ringgit,7E nk simpan tuuu.... |
|
|
|
|
|
|
|
nw111 replied at 29-3-2023 05:36 PM
https://www.facebook.com/211591442051/posts/pfbid0mz3azUssM4vKoiUYZmnQTxQZKJpP8PN9hVc4LAniUPcJ8UnNx1 ...
gigih i kopipes pastu letak kat google paste and go… i tkde fb tapi mujur boleh baca. Kdg fb ni tak boleh bukak langsung kalau tkde acc. kdg fb suruh log in baru boleh bukak
tepuk dahi baca komen memasing. apa lah nak jadik… cara dorang berfikir tu baik takyah tulis la… tak malu ke pakai acc sendiri real self semua org kenal tapi tulis merapu |
|
|
|
|
|
|
|
plywood replied at 29-3-2023 05:30 PM
Cadangan katanya lanjutkan tempoh penyimpanan sebahagian simpanan supaya simpanan tu jadi banyak.
...
zaman dulu2 tujuan epf mmg utk simpanan hari tua. tapi zaman dulu2 manader scammer bagai, pilihan utk membeli pun tak brp sgt pilihan… nak melancong pun agak payah
Zaman skrg kalau umur 60 terus keluar semua epf, usahkan nak dpt pakai brp tahun, entah2 tak sampai setahun dah dijolikatakkan ., kalau tak kena scam, kena tipu (macam pakcik yg atm tersangkut), belum citer anak2 merengek nak pinjam tak pulang2… etc… mmg seseorang yg mahir pasal kewangan kena tolong gomen buat 1 solution utk rakyat |
|
|
|
|
|
|
|
btw i tkde epf berkepuk2. in other words epf tu i boleh abaikan kalau nak kata simpanan utk hari tua mmg tk berlaku kihkihkihh… saja je menyibuk dlm tered ni mana tahu ada ilmu2 berguna yg i boleh cedok… epf masa muda dah guna utk buat full settlement loan utk elak penalti bayar cepat masa masih dlm lock in ke apa lupa laa term zaman dulu2… zaman tu kalau settle property yg masih tempoh lock in (tolong betulkan term ini kalau i salah) pakai epf je exempted dari penalty.. now i never care utk check ada brp inggit dlm tu hehehee |
|
|
|
|
|
|
|
kepompong replied at 29-3-2023 08:13 PM
gigih i kopipes pastu letak kat google paste and go… i tkde fb tapi mujur boleh baca. Kdg fb ni t ...
Beza betul bila baca comments non bumi pasal epf ni... Yg melayu asyik2 dok ckp pasal nk merasa duit sendiri takut mati dulu sebelum pencen |
|
|
|
|
|
|
|
kepompong replied at 29-3-2023 08:22 PM
btw i tkde epf berkepuk2. in other words epf tu i boleh abaikan kalau nak kata simpanan utk hari tua ...
U bisnes sendiri ke |
|
|
|
|
|
|
|
Simpan duit byk2 dah tua kena sakau scammer la anak ka biawak la bini muda la bini indon la |
|
|
|
|
|
|
|
Org yg masuk syurga kebanyakkan nya org miskin2 |
|
|
|
|
|
|
|
plywood replied at 29-3-2023 05:30 PM
Cadangan katanya lanjutkan tempoh penyimpanan sebahagian simpanan supaya simpanan tu jadi banyak.
...
kesinambungan hidup pekerja2 kwsp..padahal segalanya dah on9...nak kluar masa umur 55 tu x yah g kaunter dah...asnb pun blh kluar on9...apa beza kluar on9 utk tujuan pelaburan dgn kluar masuk akaun bank |
|
|
|
|
|
|
|
ninja boy replied at 29-3-2023 08:27 PM
Simpan duit byk2 dah tua kena sakau scammer la anak ka biawak la bini muda la bini indon la
so kalau sengkek camne nak hidup? Yg tered ada pencen 1800 + bantuan jkm duk bandar kecik pun menjaja no acc kot ada yg nak bank in.. ish ishh… tangan yg memberi lebih baik dari yg menerima
apooo sampai meratib kena sakau friska pulak dah. iman dah terebang ka? kubur dah panggil pun tak risau ka
tu la isunya… KENAPA comment kat link fb yg poromer dah tepek tu org komen sama macam yg u komen.. something must be not right
so skrg ni keje gomen ke nak betulkan cara org berfikir & juga cara org bertindak jgn sampai kena sakau…
gali kubur memasing je la senang |
|
|
|
|
|
|
|
ninja boy replied at 29-3-2023 08:29 PM
Org yg masuk syurga kebanyakkan nya org miskin2
redha miskin ok je. hidup dgn apa yg ada. Tapi sampai meminta2 , esp yg betul2 harap taxpayers’ money, loser okehhh |
|
|
|
|
|
|
| |
|