CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 811|Reply: 35

[Tempatan] Langkah Sheraton punca prestasi atlet merosot kerana kurang latihan- Hannah Yeoh.Anda setuju

  [Copy link]
Post time 25-5-2023 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mendedahkan sebanyak 220 atlet negara terkesan akibat daripada Langkah Sheraton yang dilakukan bagi menjatuhkan kerajaan ketika itu.

Menurut beliau, setelah pertukaran kerajaan, didapati pembentangan Belanjawan 2022 tidak memperuntukkan dana kepada Program Podium yang menyebabkan atlet tidak dapat meneruskan latihan.

Jelasnya, perkara tersebut telah menyebabkan Majlis Sukan Negara (MSN) terpaksa untuk menyusun semula program persediaan atlet ketika itu sebagai persediaan ke arah temasya sukan utama seperti Sukan Sea, Komanwel, Asean Games dan Asia Games.

Tambahnya lagi, ia menyebabkan MSN terpaksa mengagih dan menggunakan peruntukan dalaman bagi memastikan elaun latihan atlet dan gaji jurulatih diteruskan tanpa penangguhan.

“(Seramai) 220 atlet tidak dapat meneruskan latihan memandangkan tiada peruntukan khusus diberikan untuk pelaksanaan program latihan senior di bawah Program Podium.

“Setiap kali ada perubahan, apabila ada elaun tertangguh dan gaji jurulatih tertangguh sebab bajet tiada, ini beri kesan kerana ada yang perlu ke luar negara.

“Saya ada bincang dengan atlet dan persatuan, mereka mengakui dalam empat tahun ini, negara kita sibuk berpolitik dan negara jiran telah maju kehadapan.

“Kita mesti mengakui bahawa selepas Langkah Sheraton, memang ada banyak usaha yang kerajaan telah lakukan masa itu untuk bantu ekonomi, pendidikan, semuanya terganggu kerana ketidakstabilan politik. Itu adalah fakta,” katanya di Dewan Rakyat semasa sesi pertanyaan menteri pada Rabu.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan daripada Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang ingin mengetahui langkah yang dilakukan Kementerian Belia dan Sukan bagi memastikan ketidakstabilan politik tidak menjejaskan sektor sukan negara.

Tambah Hannah, kementerian ketika itu telah mengambil inisiatif memohon kepada Kabinet untuk mendapatkan peruntukan bagi program tersebut dan dipersetujui di bawah Rancangan Malaysia ke-12 dengan memperuntukkan sebanyak RM240 juta dari tahun 2022-2025.

Jelasnya, langkah yang telah diambil oleh KBS adalah dengan mewujudkan jawatankuasa Road To Gold melibatkan bekas atlet, Persatuan Sukan Kebangsaan dan pentadbir sukan yang berpengalaman.

Tambah beliau, melalui kerjasama dengan Majlis Olimpik Malaysia, meskipun kerajaan berubah atau tidak stabil, atlet masih boleh menjalankan latihan dan mendapatkan infrastruktur yang mencukupi.

“Dengan adanya Majjlis Olimpik Malaysia, walaupun tidak ada menteri, jawatankuasa tetap berjalan dan tidak ada lagi gangguan terhadap atlet kita,” ujarnya

SumberSinarHarian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2023 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman najib dulu mh370 hilang, mh17 ditembak, serangan lahad datu, ringgit tak laku diluar negara, 1mdb kemaluan negara, malaysia bankrup setiap bulan, najib jadi pembunuh bersiri, rosmab main bomoh etc

Elok je prestasi atlet
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg dah ada lama kann majlis olimpik malaysia tu. Tp tgk sukan sea tahun ni mcm ada tak ada je je. Rasanya ramai yg tak tahu pun
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 03:40 PM | Show all posts
Edited by zjen at 25-5-2023 03:43 PM

ceit,  sampai situ plak ....  ala,  terus terang jadi atlet masa depan tak cerah ...  akhirat pon xde pahala tambahan,  semua agama sama,   pasal zaman agama wujud xde atlet lagi,   Nabi semua agama x reti tulis something sedap utk jadi ahli sukan berapa bidadari boleh dpt

kang olimpik pon dah tak segempak cam zaman belum ada internet,  asalkan dpt pingat emas pon negara lain tak kenal pon,   semua negara punya media hanya focus atlet negara sendiri

media omputih semua pakat kalu negara lain amik pingat emas,  dorang akan keluar ayat spt :  entah ada amik dadah atau ubat pape utk menang ke tak,   xde bahasa yg elok dr mulut syaitan

iols zaman 80 tonton olimpik,   atlet wanita german timur masa tu sgt hebat,  lumba lari menang kulit hitam amerika,   acara berenang lagi dasat,  amerika susah kalahkan East German ... sampai kang kat youtube masih amerika tak habis habis ckp german timur amik dadah


Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
bukan x biasa dgn falsafah 'dorang ni'......'semuanya salah orang lain'.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 03:50 PM | Show all posts
membazir je dana2 utk persatuan sukan nie. xde impak utk negara. sukan sea pun mcm xde apa2 nak dibanggakan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2023 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Ofkoslah setuju..prestasi terhauk Msia kat sukan sea ialah pada SeaGames 2021 Hanoi zaman kjaan tebok atap langkah Shairaton..

seagames kemboja ni cuma kesinambungan drpd kegagalan pentadbirran terdahulu..makan tahun jugak utk kbs repair balik mana yg rosak..semoga Msia kembali bangkit di sukan Asia dan olimpik Paris
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Alasan bodoh apo ni? Baik ko salahkan pendudukan jepun di tanah melayu je yg jadikan semangat sukan Mati di malaysia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2023 04:07 PM | Show all posts
Ketahian apakah ini
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 25-5-2023 04:02 PM
Alasan bodoh apo ni? Baik ko salahkan pendudukan jepun di tanah melayu je yg jadikan semangat sukan  ...

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha…hannah hannah…lu nampak bijak kalau lu tatak bukak mulut…hopefully bangnon dh tau sapa dia nak buang nanti selain rafiji…enuffff alredi…cannot take it anymore
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 05:16 PM | Show all posts
semua salah najib
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 05:31 PM | Show all posts


apa punya menteri la cakap bekas lawyer, rupanya bodo dan beri alasan mcm2
indonesia 10 tahun je dan berganti setiap parti dan pemimpin, xde pula merosot sukan atlet mereka
dulu waktu pembangkang mcm2 fitnah , bila dah ada kuasa dan jadi kerajaan, becakap byk jadi benda bodo
dasar mentaliti sampah...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
mast3rshad0w replied at 25-5-2023 05:31 PM
apa punya menteri la cakap bekas lawyer, rupanya bodo dan beri alasan mcm2
indonesia 10 tahun je d ...

Bekas loyer ka loyer buyuk jahh???

Alasan vodow takleh nak brain.. degree beli ka apa?
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 05:39 PM | Show all posts
hahahahahahahaahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 05:39 PM | Show all posts
bodoh2 belaka muntri PH ini yach ! katanyehh yg x sokong PH ni pendidikan tak bagus mana, rupa2nya muntri PH lg bodoh bertingkek2... bijak lagi org yg x sokong PH
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2023 05:40 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 25-5-2023 05:37 PM
Bekas loyer ka loyer buyuk jahh???

Alasan vodow takleh nak brain.. degree beli ka apa?



kann, tgk dok cakap pandai dlm parlimen
dia xtahu rakyat lagi bijak dok tgk dia geram je dlm tv...
dah berapa lama dok Mesia ni tapi cakap melayu beterabur, cina indonesia pon lagi fasih
kalau tak reti cakap Melayu takyah berangan nak jadi menteri la, celaka betol....
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 05:43 PM | Show all posts
kemaruk replied at 25-5-2023 01:52 PM
Zaman najib dulu mh370 hilang, mh17 ditembak, serangan lahad datu, ringgit tak laku diluar negara, 1 ...



kannn
nampak beza sgt la ....benda2 kerajaan dulu dah buat sejak merdeka semua menikmati hasil usaha sendiri
sepet ke gelap ke apa bangsa semua harmoni dan jadi kaya, ape lagi yg depa tak puas hati ni
dasar ejen zionis ....
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa pasal komen menteri menteri madani ni terencat akal? Tak paham aku..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbukti bodoh mcm pengundi²nya
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi V77
NadiabellaHanis Haizi V77
Views : 80977 Replies : 2379
[JTBC/Netflix 2023] BEHIND YOUR TOUCH - Han Ji Min, Lee Min Ki, Suho
Rahah[JTBC/Netflix 2023] BEHIND YOUR TOUCH -
Views : 6611 Replies : 215
Iraq: Lebih 100 Tetamu Hangus Dalam Dewan Kahwin! ~ Akibat Dengki?
tumpanglalu74Iraq: Lebih 100 Tetamu Hangus Dalam Dewa
Views : 2226 Replies : 35
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 189032 Replies : 1238
Elak berhutang untuk pelaburan ASB - Asyraf Wajdi
mojarean_XElak berhutang untuk pelaburan ASB - Asy
Views : 6767 Replies : 174
Mahaldahni:Baru bulan September naik harga,Produk Gardenia naik lagi 10 sen hingga 20 sen Oktober ini.Ditambah dengan kenaikan harga beras,adakah rakyat Malaysia akan mati kelaparan?
YgBenarMahaldahni:Baru bulan September naik har
Views : 2061 Replies : 49
Datin Sri Zizie Izette
Burong_HantukDatin Sri Zizie Izette
Views : 23961 Replies : 72
kebarangkalian sangat tinggi apabila individu dijangkiti COVID-19, ia akan mendapat kanser-kajian
YgBenarkebarangkalian sangat tinggi apabila ind
Views : 13615 Replies : 9
8.3 juta lelaki, wanita bujang selesa hidup sendirian
Highflyer198.3 juta lelaki, wanita bujang selesa hi
Views : 19487 Replies : 482
Fattah Amin sambut hari kelahiran ke-40 Fazura dalam suasana romantik makan malam berdua. Netizen tumpang bahagia.
FORUMCARIIIFattah Amin sambut hari kelahiran ke-40
Views : 21490 Replies : 534

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-10-2023 11:22 AM GMT+8 , Processed in 5.302594 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list