CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1927|Reply: 17

[Tempatan] “Ingatkan Ikan” – Pemancing Terkejut Lihat Kapal Selam Muncul Depan Mata Di Pulau Jarak

  [Copy link]
Post time 21-9-2023 11:51 PM | Show all posts |Read mode


Menurut individu yang merakam video berkenaan mereka terpaksa memberi laluan kepada kapal selam berkenaan kerana bimbang terkena mata kail.

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan beberapa pemancing terkejut apabila melihat kapal selam ketika sedang memancing di Pulau Jarak, Perak.

Menerusi video dikongsikan oleh Insang Merah Fishing Charter By Lebai Mael di Facebook, kelihatan kapal selam berkenaan bergerak secara perlahan menghampiri mereka.

Kali pertama lihat kapal selam di Pulau Jarak
Malah individu di dalam video tersebut mengatakan ia adalah pertama kali dia melihat kapal selam di kawasan tersebut.

“Ini pertama kali ya tengok kapal selam di perairan Pulau Jarak.

“Kita terpaksa beri laluan kepada dia takut terkena mata kail kita. Ini bukan ilusi ini memang realiti punya tengok kapal selam,” ujarnya dalam video berkenaan.

Individu di dalam video itu turut menunjukkan beberapa kapal yang berada berdekatan dengan kapal selam berkenaan.

Dakwa joran milik salah seorang pemancing tersangkut pada kapal selam

Dia turut mendakwa salah satu joran milik pemancing mungkin tersangkut pada kapal selam berkenaan selepas dia sukar untuk menariknya semula naik ke darat.

“Aku rasa dia memang dah kena pancing kawan tu, tengok dia punya tarik tadi. Memang tak boleh naik, tak boleh kawal aku rasa dan memang pasti dia (kapal selam) lalu menyelam dekat bawah.

“Memang dia punya tarik memang padu. Ingat ikan rupanya dia,” ujarnya dalam video tersebut.



Tunjuk rakan berusaha tarik pancing
Pada durasi 3:04 dia turut menunjukkan keadaaan rakan pancingnya yang sedaya upaya cuba menarik jorannya dari dalam laut.

Walau bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang maklumat lanjut berhubung kapal selam itu adalah milik Malaysia atau sebaliknya.




Ada minta buat laporan kepada pihak keselamatan laut negara
Melihat di ruangan komen, ada yang meminta agar individu yang merakam video tersebut untuk membuat laporan kepada pihak keselamatan laut Malaysia.

Tidak kurang ada yang berseloroh mengenai kapal selam itu dengan mengatakan ia mungkin mahu singgah untuk minum di kawasan tersebut.

“Malaysia ada kan kapal selam, Pulau Jarak dengan base Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut tu dah dekat”




“Pasang pukat dapat bawa balik kapal selam tu bang”



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2023 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Scorpene kettew..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2023 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia ada kapal selam lain ke

Itu bukan scorpene
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2023 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Indon punya rasanya
Scorpene tak macam tu kot
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2023 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Rarenya jumpa kapal selam gini. Malaysia punya kah atau luar punya?
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2023 09:40 AM | Show all posts
scary nya klu jumpa depan mata
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-9-2023 09:42 AM | Show all posts

omg
prc punya ka
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2023 09:48 AM | Show all posts
cercek dgn tldm tgk
yer ke kome pny

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2023 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Diesel-electric? Tengah caj bateri kut.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2023 10:28 AM | Show all posts
wawww besarnya ikan
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2023 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
jgn submarine negara lain sudah…loboh sgt dah security negara mcm ni….
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2023 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Rohingya dah kaya...tak main dah bot kayu...kapai selam terus...berkat kad unhcr kat Msia...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2023 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
matamata replied at 22-9-2023 09:26 AM
Indon punya rasanya
Scorpene tak macam tu kot

BILA:
PATI INDON tak naik tongkang dah...kapal selam terus...cakap lu...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2023 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Elok la kalau scorpene. manatau dah bole menyelam
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2023 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Pihak berkuasa Msia sepatutnya amik tindakan/reaksi serius  terhadap perkara ini.Cukup2la arini perintah..sok rega minyak turun.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2023 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Kapal tu kat perairan antarabangsa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2023 11:44 AM | Show all posts
kemaruk replied at 22-9-2023 12:09 AM
Malaysia ada kapal selam lain ke

Itu bukan scorpene

tu model kapal apa kemaruk? nampak semua sama je cm ikan haruan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2023 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Tentera Indonesia tu tengah tangkap ikan kekek.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-12-2023 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.128827 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list