CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5188|Reply: 7

[Dunia] Rakyat Malaysia ditahan di Oslo disyaki ada kaitan jenayah terancang

  [Copy link]
Post time 25-9-2023 07:37 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 24-9-2023 03:39 PM

Rakyat Malaysia ditahan di Oslo disyaki ada kaitan jenayah terancang
Lelaki itu dipercayai terlibat dalam penipuan meluas, mungkin mempunyai hubungan antarabangsa.

22 Sep 2023, 10:26pm


Pelajar Malaysia itu ditahan pada 8 Sept selepas kereta sewanya dikesan berhampiran pejabat Perdana Menteri Norway, Jonas Gahr Store. (Gambar Reuters)


OSLO: Seorang pelajar Malaysia yang ditahan di Oslo awal bulan kerana memiliki alat pendengaran elektronik tidak lagi disyaki mengintip tetapi mungkin terlibat dalam jenayah ekonomi, kata penyiasat hari ini.


Lelaki berusia 25 tahun itu ditahan pada 8 Sept di Oslo selepas kereta sewanya diperhatikan berhampiran pejabat perdana menteri dan kementerian pertahanan, pada masa sama ketika isyarat elektronik luar biasa dikesan di lokasi tersebut.


Perkhidmatan perisikan PST mengendalikan kes itu kerana disyaki berlaku pengintipan.

Hipotesis tidak lagi menunjukkan pengintipan haram, tetapi jenayah ekonomi terancang,” tulis PST di X, sebelum ini Twitter, pada hari Jumaat.

Oleh itu, kes telah diserahkan kepada unit jenayah ekonomi dan alam sekitar polis Norway, yang dikenali sebagai Okokrim.


Menurut unit itu, lelaki terbabit dipercayai terlibat dalam penipuan yang mempunyai kaitan dengan jenayah terancang, mungkin mempunyai hubungan antarabangsa.


Ketika ditahan, lelaki itu dipercayai menggunakan “Imsi-catcher”, alat curi dengar telefon yang digunakan untuk memintas trafik telefon bimbit dan menjejak data lokasi.


Dia sejak awal menolak dakwaan pengintipan, menurut peguamnya.


https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/dunia/2023/09/22/rakyat-malaysia-ditahan-di-oslo-disyaki-ada-kaitan-dengan-jenayah-terancang/



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2023 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Sapa bdk ni? Apa agenda dia sebenorny?
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai students and academicians di recruit... Ada yang di tangkap atau tidak saja... MO hampir sama seluru dunia..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Terancang tak apa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak, selagi ada ter memang tak apa
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Jenayah ekonomi..dkt pejabat menteri..apa jadah budak ni buat
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 08:16 AM | Show all posts
aku syak ada kaitan dengan Tanah Besar sebab pelajar tu mata sepet
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-9-2023 10:50 AM | Show all posts
hadi bawang ke budak tu?? penggodam penjaga cc dan raja multinick porum cari

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 05:16 PM | Show all posts
jenayah ekonomi?

Economic crime, also known as financial crime, refers to illegal acts committed by an individual or a group of individuals to obtain a financial or professional advantage. The principal motive in such crimes is economic gain.


https://www.europol.europa.eu/cr ... reas/economic-crime
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-12-2023 01:04 AM GMT+8 , Processed in 0.103086 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list