CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1841|Reply: 0

[Tempatan] ASNB umum agihan pendapatan 4.50 sen untuk ASM 3

[Copy link]
Post time 30-9-2023 02:40 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 29-9-2023 10:44 AM

ASNB umum agihan pendapatan 4.50 sen untuk ASM 3

Oleh Mohd Zaky Zainuddin
September 29, 2023 @ 10:32am






Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan 4.50 sen seunit untuk Amanah Saham Malaysia 3 (ASM 3) bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2023.

Pengagihan pendapatan sebanyak 4.50 sen seunit mengatasi penanda aras pulangan Deposit Tetap 12 Bulan Maybank pada paras 2.86 peratus sebanyak 164 mata asas bagi tahun kewangan sehingga 27 September 2023.


Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan 4.50 sen seunit untuk Amanah Saham Malaysia 3 (ASM 3) bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2023.


Pengagihan pendapatan sebanyak 4.50 sen seunit mengatasi penanda aras pulangan Deposit Tetap 12 Bulan Maybank pada paras 2.86 peratus sebanyak 164 mata asas bagi tahun kewangan sehingga 27 September 2023.


Pengagihan itu akan memanfaatkan 563,460 pemegang unit yang kini memiliki 15.2 bilion unit.

“Dana tersebut juga meneruskan strategi kepelbagaiannya sementara pasaran ekuiti tempatan mendapat manfaat daripada lonjakan keyakinan oleh pelabur asing dan pasaran global mengalami pulangan positif daripada revolusi AI generatif,” menurut kenyataan itu.

Pengiraan pengagihan pendapatan untuk ASM 3 adalah berdasarkan purata baki bulanan minimum yang dipegang sepanjang tahun kewangan dana tersebut.


Pengagihan yang diisytiharkan oleh ASM 3 akan dilaburkan semula secara automatik sebagai unit tambahan ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Oktober 2023.


Urus niaga ASM 3 di semua cawangan dan ejen ASNB, termasuk semua saluran dalam talian dan perbankan internet, telah ditangguhkan buat sementara waktu dari 27 hingga 30 September 2023.


Pemegang unit boleh melakukan semula urus niaga di portal myASNB (www.myasnb.com.my), atau melalui aplikasi mudah alih myASNB pada 1 Oktober 2023, atau di mana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara bermula 2 Oktober 2023.​


https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2023/09/1158792/asnb-umum-agihan-pendapatan-450-sen-untuk-asm-3




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-12-2023 01:35 AM GMT+8 , Processed in 0.090170 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list