CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19086|Reply: 5

AGENSI PERISIKAN MALAYSIA

  [Copy link]
Post time 1-10-2015 02:39 PM | Show all posts |Read mode
Edited by ultramantujuh at 1-10-2015 02:41 PM






Nota Penulis :  Ancaman terhadap negara datang dari luar dan dalam. Untuk memudahkan perancangan musuh Islam, agenda utama mereka ialah menimbulkan kekacauan dari dalam negara dan menyebabkan kesatuan umat Melayu Islam berpecah. Ini sedang berlaku dan kerajaan terpaksa menghabiskan ratusan juta ringgit untuk menjalankan perang saraf bagi mengelakkan Malaysia terus terjerumus dalam kancah ini.

Malaysia sehingga kini berjaya menepis perancangan halus dan terancang dari luar kerana mempunyai jaringan perisikan yang sangat ampuh dengan dibantu oleh pasukan risik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Cawangan Khas Polis Di Raja Malaysia (PDRM). Hanya negara yang mempunyai jaringan risikan dan rangkaian penyampai maklumat yang benar-benar baik sahaja mampu mengatasi banyak masalah yang dilontarkan ke dalam negara.
Bukan sedikit negara lain meniru cara Malaysia yang menggunakan konsep “Cegah Sebelum Parah) melalui undang-undang Akta Rahsia Rasmi yang kini turut ditiru oleh banyak negara luar.

Di mana negara lain gagal, Malaysia terus kekal aman. Cuba anda cari di dalam dunia ini, negara mana yang tidak terlepas dari diganggu oleh “tangan-tangan tidak nampak” ini, dari Indonesia sampailah ke Timur Tengah.
Setakat ini negara kita masih mampu dipertahankan dan anda masih boleh keluar berarak, mendengar ceramah Anwar atau PAS dan berkempen untuk kejayaan politik anda dalam parti Umno, kesemuanya kerana kerajaan Malaysia dan kroni-kroninya bertungkus lumus berjuang dalam kepayahan untuk membolehkan anda melakukan semua ini dengan PERCUMA.

1. Untuk menjamin keamanan, negara harus mempunyai jaringan perisikan yang cekap. Untuk menjamin kedaulatan, negara harus mempunyai pertahanan yang kuat. Mudah sahaja formulanya.

2. Asas kepada jaringan risikan yang kuat di Malaysia terletak kepada pihak tentera, badan kerajaan dan sumber pendapatan dari syarikat-syarikat kerajaan yang mempunyai dana yang kaya raya.

3. Saya rasa lucu apabila ada pihak yang menimbulkan isu “wang rakyat”, apa wang rakyat ini? saya yakin melalui dasar penswastaan yang diperkenalkan negarawan seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, syarikat kerajaan atau GLC mampu memberi dana jutaan ringgit kepada kerajaan Malaysia (tak payah pakai wang rakyat, duit anda selamat dalam bank dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) anda.

4. Bukan mudah untuk mendapatkan perkara yang saya sebut pada Para 1 di atas kerana belanjanya sangat mahal. Memang menjadi metaliti rakyat Malaysia yang liat untuk membayar insuran kerana kepentingan perlindungan insuran tidak akan kelihatan faedahnya kecuali selepas kemalangan atau bencana berlaku.

5. Contoh mudah, kita memang pening kepala apabila tiba untuk mengeluarkan duit bagi membayar insuran kereta kita dan kita (khususnya orang Melayu) tidak berminat pula kepada pelaburan yang berasaskan insuran.

6.  Ini sangat berbeza dengan negara maju seperti Singapura, yang beranggapan belanjawan pertahanan dalam dan luar merupakan satu perlindungan insuran kepada keamanan dan kemajuan republik tersebut.

7. Ada beberapa pihak yang menjalankan urusan perisikan di dalam negara dan ini termasuklah beberapa agensi dalam kementerian kerajaan, Unit Cawangan Khas Polis Di Raja Malaysia (PDRM) atau Special Branch, Kor Risik, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, cabang laut dan udara Angkatan Tentera Malaysia dan elemen-elemen dalam Kementerian Dalam Negeri serta Jabatan Perdana Menteri Malaysia.

8. Elemen risikan luar dan dalam negara terletak pada bahu agensi perisikan seperti Malaysia External Intelligence Organisation (MEIO), SB dan Kor Risik yang mengumpul maklumat dari luar negara untuk dikumpul dan dikaitkan dengan beberapa isu dalam negara yang turut dihimpun oleh agensi yang sama atau agensi yang lain yang mengutip maklumat dari sumber tempatan.

9. Dari pihak awam, jaringan risikan (network kepada agensi risikan sebenar) akan menyalurkan maklumat kepada Jabatan Perdana Menteri misalnya terdiri dari Bahagian Hal Ehwal Khas (JASA), KEMAS, Biro Tata Negara dan individu yang dilantik secara khusus yang dikenal pasti sebagai sangat patriotik dan lulus tapisan keselamatan yang ketat, mereka ini kebanyakkan terdiri dari bekas anggota tentera khususnya komando.

10. Maklumat risikan ini diperolehi dari sumber berbentuk risikan manusia (Humint), risikan semboyan (Signint) dan elektronik (Elint) dan dibantu oleh pihak-pihak yang pakar untuk menganalisa maklumat data, pakar psikologi dan mereka yang mahir dan dipanggil Cobler (pakar memalsukan dokumen) untuk tujuan penetrasi.

PERALATAN

13. Seperti mana-mana agensi risikan lain, penyampaian maklumat risikan terhadap kerajaan Malaysia dibuat juga melalui peralatan yang canggih dan tidak berapa canggih (tidak mudah dihack) dan ini memerlukan mesin-mesin yang mampu membuat Chiper dan Dechiper (sama ada model yang terkini atau yang diguna sejak dari zaman komunis lagi).

14. Ada perlatan yang dihasilkan oleh saintis dan individu yang terkenal di Malaysia (nama tak payah sebut) untuk mencipta gajet-gajet yang diperlukan sama ada sistem untuk debugging atau surveillance dan communication interceptor.

15. Saya tidak pasti jika ini benar tetapi gergasi pengeluar telefon (nama tak payah sebut)  ada menjual produk alat telekomunikasi yang harganya mencecah sehingga puluhan ribu ringgit untuk kegunaan agensi perisikan kita.

16. Kenderaan yang dipakai adalah pelbagai jenis dan beraneka ragam termasuklah van-van dari agensi pelancongan yang tidak pernah wujud tapi yang paling popular adalah teksi.



ANCAMAN DALAM NEGARA

17. Secara am, ancaman dalam negara wujud dari pelbagai pihak yang ditaja oleh anasir clandestine dari luar seperti MOSSAD, CIA, M16, SIS, SID serta elemen sulit risikan Singapura yang mengandungi elemen korporat, kewangan dan pengumpulan data ketenteraan serta politik.

18. Ancaman dari negara luar seperti Thailand dan Indonesia berada di bawah tahap terendah (mereka dianggap negara sahabat).

19.Ancaman datang dari perbagai bentuk seperti sabotaj ekonomi, keamanan, politik, memburukkan imej negara dan pelbagai unsur subversif yang lain.

20. Saya tidak pasti jika kisah ini benar, semasa kru filem The Entrapment membuat shooting di Kuala Lumpur, kru yang terdiri dari segelintir agen CIA ada memasang beberapa peralatan elektronik (listening bug) di KLCC dan Menara KL Tower.

ANCAMAN LUAR NEGARA

29.Untuk melemahkan Malaysia, negara ini perlu disisihkan dari sahabat terdekatnya iaitu Indonesia.

30.Kesatuan dan kerapatan kedua-dua sahabat ini harus digoyah melalui beberapa isu yang mungkin sebenarnya diapi-apikan oleh pihak ketiga.

31.Perkara ini pernah di sahkan oleh Atase Pertahanan di Kedutaan Indonesia, Kuala Lumpur yang berpendapat ada pihak ketiga yang cuba meruntun hubungan di antara kedua-dua negara.

32.Jika wujud pihak ketiga ini, sudah pasti mereka mempunyai dana yang cukup besar, pusat operasi dan kontek di dalam struktur pemerintahan serta korporat di kedua-dua negara.

33.Syukur kerana Indonesia mempunyai Presiden yang sangat berpengaruh dan bakal membawa negara republik itu ke arah masa depan yang lebih baik, sebagai mantan seorang pegawai pemerintah tentera, Bambang Susilo pantas menganalisa keadaan yang berlaku dan tidak dengan cepat menghalakan muncung Sukhoinya  ke arah Kuala Lumpur.

34.Indonesia sendiri mempunyai pengalaman pahit, bagaimana agen-agen luar ini cuba menghancurkan negara besar itu dan saudara pembaca tentu masih ingat pada tahun 1990an, Indonesia digelar “Naga Kecil Asia” kerana kemajuan ekonominya malah mempunyai perusahaan membuat kapal terbang sendiri tetapi sekelip mata ia hancur apabila wujud gerakan reformasi yang kononnya mendukung hak rakyat dan mahasiswa.

35.Bermula dari gerakan reformasi ini, musuh Indonesia berjaya memisahkan Timor Leste dengan tujuan untuk terus meranapkan kekuatan republik yang majoriti penduduknya beragama Islam.


sumber- http://www.militaryofmalaysia.net/


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2015 03:17 PM | Show all posts
Ayooooo melayu pertahankan Nabi Melayu Najibullah wal Karamah
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 03:18 PM | Show all posts
Nabi Najib akan mengaktifkan piramid moloyu di hutan Pohang yang dilungi sinar plasma TV dan dijaga jin afrit. piramid moloyu setua Piramid piraun di Giza akan merembeskan sinar yg akan melemahkan musuh.

Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 03:23 PM | Show all posts
Syukur kerana Indonesia mempunyai Presiden yang sangat berpengaruh dan bakal membawa negara republik itu ke arah masa depan yang lebih baik, sebagai mantan seorang pegawai pemerintah tentera, Bambang Susilo pantas


Bambang udah pencen...indon tatap terhina
sembang kencang la shah paskal..butoh

aku tanya Piramid apa khabar
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 07:28 PM | Show all posts
Ummah bapok mana namakan agensi risikan mereka "SIS" ?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2019 05:48 PM | Show all posts
Cawangan Khas sehebat CIA, KGB


Operasi Taloong yang dilancarkan pada 2 Mac 1988 dianggap paling cemerlang kerana berjaya memberkas 83 pengganas komunis serta merampas ratusan senjata api tanpa melibatkan pertumpahan darah dan membawa kepada Perjanjian Haadyai 1989. Gambar menunjukkan sebahagian anggota Pasukan F dan kumpulan terakhir pengganas komunis yang ditawan dan dibawa keluar dari hutan di Slim River, Perak pada 16 Jun 1988.


REPUTASI Pasukan Ca-wa-ngan Khas Polis Di-raja Malaysia (PDRM) diklasifikasikan sebagai sebuah badan perisikan yang sangat efektif setaraf de-ngan kecekapan Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) dan Perkhidmatan Keselamatan Dalam Negara Rusia (KGB) yang berpengalaman dalam menjalankan program perisikan medan dan mempamerkan hasil serta impak besar terhadap keselamatan negara.

Buktinya, Cawangan Khas muncul sebagai sebuah badan perisikan yang sangat efektif, efisien serta keberkesanannya dalam menjalankan peranan menghapuskan ancaman bersenjata yang dilancarkan oleh anggota pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) sekitar 1968-1989.

Menurut Azian Aziz dalam buku Misi Rahsia Pasukan F (2017), PDRM melalui Cawa-ngan Khas juga telah me-nubuhkan sebuah unit elit iaitu ‘Pasukan F’ pada Mac 1971 bagi membantu memperkemas dan memperkukuhkan tugas-tugas perisikan di lapangan dengan menyalurkan maklumat serta risikan yang diperoleh kepada pasukan keselamatan.

“Idea penubuhan Pasukan F dicetuskan oleh Pengarah Cawangan Khas ketika itu, Datuk Abdul Rahman Hashim. Tugas unit elit itu kemudian dinaiktaraf kepada pasukan ‘strike force’ yang menentang menerusi kaedah penyamaran” (Azian Aziz 2017: 21).

Amer Fawwaz Mohamad Yasid dalam artikel “Peranan Pasukan Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) Dalam Menangani Ancaman Komunis 1968-1989” dalam Jurnal Sejarah, No. 25, Bil. 2, Disember 2016, halaman 23-39 menyatakan, kebanyakan ahli akademik serta sejarawan berpendapat Pasukan Cawa-ngan Khas memainkan peranan yang besar dalam menentukan kejayaan ketika menghadapi Insurgensi Komunis di Tanah Melayu.

“Pasukan Cawangan Khas PDRM merupakan salah sebuah organisasi yang masih dianggap sebagai rahsia sehingga kini serta tidak mendapat liputan yang meluas mengenai peranan serta penubuhannya oleh orang ramai.

“Kebanyakan di antara kita menganggap peranan yang ditonjolkan oleh Pasukan Cawangan Khas PDRM semata-mata bagi menahan golongan kiri serta reformis yang mengancam keselamatan negara. Akan tetapi tugas serta bidang yang telah ditonjolkan oleh Pasukan Cawa-ngan Khas PDRM lebih besar daripada apa yang digembar-gemburkan oleh pandangan umum masyarakat pada hari ini” (Amer Fawwaz Mohamad Yasid 2016).

Penyamaran

Taktik yang paling popular dilaksanakan oleh Pasukan Cawangan Khas PDRM adalah dengan kaedah menghantar anggota lapangan ke kawasan yang didiami oleh musuh secara langsung. Kebiasaannya anggota Pasukan Cawangan Khas PDRM akan berpakaian seperti orang kampung ataupun menyamar sebagai pencari rotan bagi mengelakkan peny-a-maran mereka terbongkar.

Taktik penyamaran begini pernah dilakukan oleh pasukan F yang ditubuhkan khas bagi membasmi kegiatan komunis dalam operasi utama seperti Operasi Senyap, Operasi Ginseng, Operasi Kelong, Operasi Seng Kang, Operasi Tapah, Operasi Sawit, Operasi Kelah, Operasi Ular, Operasi Kelisa, Operasi Taloong, Operasi Paraku II dan operasi-operasi lain.

Pada Mei 1971, pasukan F yang baru beberapa bulan ditubuhkan melakukan risikan melalui Operasi Senyap. Operasi itu merupakan operasi sulung Pasukan F. Sebanyak 15 anggota pasukan F dike-tuai oleh Superintenden Leong Chee Woh dihantar untuk melakukan risikan di ladang getah seluas empat hektar apabila mendapat maklumat daripada pemberi maklumat bernama Soh Chai bahawa terdapat pergerakan masuk pengganas komunis di Kulim, Kedah.

Melalui ‘Operasi Senyap’ itu Pasukan F berjaya membunuh kesemua sembilan pengganas komunis di hutan Kulim dan berjaya menghalang cubaan untuk menghidupkan semula aktiviti pengganas komunis selepas menjejaki mereka selama lebih tiga bulan de-ngan bantuan tentera dan 69 Komando.

“Ini merupakan kejayaan pertama dan besar bagi Pasukan F. Faktor yang menyum-bang kepada kejayaan itu adalah kerjasama erat antara Cawangan Khas, 69 Komando, ketepatan maklumat risikan dari sumber, pengetahuan di lapangan dan tahap disiplin pasukan keselamatan yang terlibat” (Azian Aziz 2017: 36).

Namun begitu, Operasi Taloong yang dilancarkan pada 2 Mac 1988 dianggap paling cemerlang kerana berjaya memberkas 83 pengganas komunis serta merampas ratusan senjata api tanpa melibatkan pertumpahan darah dan membawa kepada Perjanjian Haadyai 1989.



http://www.utusan.com.my/80-tahun-utusan/utusan-rakam-sejarah/cawangan-khas-sehebat-cia-kgb-1.903662
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

28-1-2023 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.195053 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list