CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Anak Mengamuk, Nak Pecahkan Kepala Ibu Kandung Sendiri

27-5-2022 03:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 485| Komen: 2

Description: Miri: Ugut pecahkan kepala ibunya, seorang lelaki berusia 28 tahun ditahan polis, semalam.
Miri: Ugut pecahkan kepala ibunya, seorang lelaki berusia 28 tahun ditahan polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, suspek ditahan di Kampung Husaja Jana pada 12.25 tengah hari, semalam.



Gambar Hiasan

"Tangkapan ke atas suspek dibuat susulan laporan diterima. Dia (suspek) dilaporkan mengamuk dan mengugut hendak memecahkan kepala ibunya.

"Suspek juga merosakkan motosikal milik mangsa (ibu) yang berusia 55 tahun," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, dalam dalam kes berasingan, Alexson berkata, pihaknya turut menahan seorang lelaki pada petang semalam kerana disyaki membuat laporan palsu bagi mendapatkan tuntutan insuran, dengan mendakwa motosikal yang baru saja didaftar atas namanya hilang.

Katanya, soal siasat terhadap suspek mendapati keterangannya mencurigakan.

"Selepas selesai disoal siasat, suspek mengaku membuat laporan palsu dan tujuan laporan adalah untuk tuntutan insuran," katanya.

Katanya, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang laporan palsu dan mereka cerita yang tidak betul. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 27-5-2022 04:19 PM
Mat pet ler tu tak pun kalah judi nak kena bayar along

Lihat semua komen(2)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-7-2022 04:09 PM GMT+8 , Processed in 0.177064 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top