CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

"Kehidupan Saya Lebih Islam Daripada Mereka Yang Memakai Tudung" - Ifa Raziah Kata Jangan Ambil Kerja Tuhan

27-5-2022 03:28 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4929| Komen: 77|Original author: Tatod

Description: Penyanyi Saripah Raziah Mustapha atau lebih dikenali sebagai Ifa Raziah tampil memberikan reaksi berkenaan dakwaan seorang ustazah yang mengaitkan ibadah umrah yang dikerjakannya sebanyak tiga kali me ...

Penyanyi Saripah Raziah Mustapha atau lebih dikenali sebagai Ifa Raziah tampil memberikan reaksi berkenaan dakwaan seorang ustazah yang mengaitkan ibadah umrah yang dikerjakannya sebanyak tiga kali meski tidak menutup aurat dengan sempurna sebagai tanda-tanda istidraj.

Menurut laporan Media Hiburan, wanita berusia 47 tahun itu rasa terpanggil untuk menjelaskan perkara tersebut walaupun kenyataan agamawan berkenaan disifatkan sebagai umum.

"Siapa orang itu yang nak letak saya istidraj? Dia tahu ke maksud istidraj? Jangan buat kerja Tuhan. Setahu saya yang jahil dan seorang pendosa ini, istidraj itu adalah orang yang lupakan Allah SWT. Nak sebut nama Allah pun ketat hati dia.


"Walaupun saya seorang pendosa tetapi kehidupan saya lagi Islam daripada mereka yang memakai tudung. Perlukah saya tunjuk waktu malam saya bangun tahajud, buat live setiap kali solat atau ketika saya belajar mengaji secara online?


"Seandainya saya tergolong dalam istidraj, saya tak buat perkara-perkara yang menjadi rutin hidup saya," katanya ketika dihubungi Media Hiburan.

Sebelum ini, tular sebuah video pendek memaparkan kenyataan Ifa mengenai jemputan umrah biarpun belum berhijab mencetuskan kemarahan orang ramai.

Ifa turut menjelaskan bahawa dengan kesenangan yang dimilikinya kini, dia boleh pergi ke mana-mana negara lain tetapi Allah menggerakkan hatinya untuk menjadi tetamu di Tanah Suci sebanyak tiga kali.

"Saya boleh pergi ke mana saja di dunia ini untuk bercuti tetapi kenapa saya pilih untuk berjumpa dengan Rasulullah SAW dan saya nak cuci dosa saya di  Tanah Suci... sebab saya sangat suka ke Tanah Suci jika dibandingkan negara lain.


"Di sana saya boleh dekatkan diri dengan Allah SWT dan Rasulullah SAW. Itukah yang dinamakan istidraj? Saya pergi umrah atas keinginan sendiri dan dijemput Allah bukan sebab saya ada duit atau tidak... tapi atas jemputan Allah SWT.

"Kenapa manusia durjana ini semua nak pertikai kehendak Allah? Allah tahu saya belum bertudung tapi Allah jemput saya untuk belajar banyak perkara baharu dalam hidup ketika melakukan ibadah membuatkan saya lebih baik berbanding dulu serta banyak luangkan masa dekatkan diri dengan Allah," katanya.


Tambahnya lagi, dia sendiri tahu bahawa mendedahkan aurat itu adalah dosa dan ia adalah perkara wajib. Bagaimanapun, dia memohon agar orang ramai mendoakannya seiring dengan hasratnya untuk menutup aurat dengan sempurna. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bazlina 27-5-2022 04:09 PM
hmmm..knapalaaa org2 ni suke sgt menggunakan ayat "JANGAN BUAT KERJA TUHAN"
Quote petpot 27-5-2022 04:14 PM
sukati mu la kak pok pok kepokkkkk
Quote codenamedream 27-5-2022 04:16 PM
Rambut karat dia telus air ke?
Tak guna tahajjud kalau mandi wajib x sah
Quote Zell_lleZ 27-5-2022 04:20 PM
Sekali tgk dah mcm kak vee ghopenyee
Quote msdummy.2018 27-5-2022 04:30 PM
Gila ah....mengaku kehidupan dia lebih islam dr org lain?
Quote toet2meoww 27-5-2022 04:32 PM
Makin bukak mulut, makin terserlah........
Quote AshkieLa 27-5-2022 04:45 PM
just shut up..
Quote Parit.Hilton 27-5-2022 04:53 PM
macam mana hang boleh mengaku lebih Islam dari orang lain sedangkan benda asas seperti menutup aurat pun hang tak buat?

lain kali kalau kena tegur hang diam jahhh. terima ja teguran tu. Bukan jawab balik. siap tanya pulak ustazah tu tahu ke makna istidraj. hang tu yg tak faham istidraj tu apa.

BODOH
Quote Adrif 27-5-2022 04:54 PM
"Siapa orang itu yang nak letak saya istidraj? Dia tahu ke maksud istidraj? Jangan buat kerja Tuhan. Setahu saya yang jahil dan seorang pendosa ini, istidraj itu adalah orang yang lupakan Allah SWT. Nak sebut nama Allah pun ketat hati dia.


huwaa.. definisi dan konsep istidraj pun dia tak faham

lebih banyak dia bercakap, lagi banyak dia bukak pekung sendiri.. ayok
Quote bankerpencen 27-5-2022 04:59 PM
Confident……..
Quote prettyuglybabe 27-5-2022 05:01 PM
bila orang jahil berkata-kata..
Quote rosevelvet 27-5-2022 05:03 PM
Kalah iblis dia punya self confidence.
Quote mendeluk 27-5-2022 05:05 PM
codenamedream replied at 27-5-2022 04:16 PM
Rambut karat dia telus air ke?
Tak guna tahajjud kalau mandi wajib x sah


Ala bang. Jangan lah ingat rambut color terus tak sah solat. Ada banyak product2 yang halal bang. Macam shurah, inai, loreal yang product india muslim apa benda tah nama. Pada i, tak jadi masalah pun you nak color rambut inai ke apa. Kadang itu, org2 suka sangat pandang sleck eh. Teruk betul.

Kalau macam Rambut mimi lana, color biru dengan putih itu boleh lah persoalkan. Sebab jarang warna rambut halal warna gituuu .
Quote Lagubestbest 27-5-2022 05:09 PM
Allah suruh nasihat menasihati, bukan kecam mengecam.
Quote codenamedream 27-5-2022 08:02 PM
Edited by codenamedream at 27-5-2022 08:04 PM
mendeluk replied at 27-5-2022 05:05 PM
Ala bang. Jangan lah ingat rambut color terus tak sah solat. Ada banyak product2 yang halal bang.  ...


Maaflah kak. Abang X pernah kaler rambut.
Abang bodoh bab2 kaler rambut tayang2 perhiasan aurat ni.
Sebabtu abang bertanya

Warna halal bukan bermakna telus air kan.
Quote mendeluk 27-5-2022 08:06 PM
codenamedream replied at 27-5-2022 08:02 PM
Maaflah kak. Abang X pernah kaler rambut.
Abang bodoh bab2 kaler rambut tayang2 perhiasan aurat n ...

Sila tukar pemandangan awak tu! Ada je warna rambut mcm shurah ok je. Inai .
Quote pearl.silver 27-5-2022 08:34 PM
mendeluk replied at 27-5-2022 05:05 PM
Ala bang. Jangan lah ingat rambut color terus tak sah solat. Ada banyak product2 yang halal bang.  ...

Warna biru ada yg telap air
Brand garnier


Btw mmg xcerdik betul puk puk ni menjawab ustazah

Ustazah ckp
Umrah tu sunat
Tutup aurat tu yg wajib

Bygkn ko tunggan tungging wat solat sunat. Tp x wat solat wajib 5 waktu. Haa camtu perbandingan mudah dia. Klu xphm lg pukpuk ni mmg otak kt bontot la..
Quote pearl.silver 27-5-2022 08:35 PM
codenamedream replied at 27-5-2022 08:02 PM
Maaflah kak. Abang X pernah kaler rambut.
Abang bodoh bab2 kaler rambut tayang2 perhiasan aurat n ...

Jenama garnier mmg promot pewarna rambut telap air
Gunakan tanpa was2
Quote Pak.dolla 27-5-2022 08:41 PM
Lembaga berbungkus tersenyum sinis..

Lihat semua komen(77)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-7-2022 04:22 PM GMT+8 , Processed in 0.079054 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top