CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Lamaran Pernah Ditolak, Lelaki Rogol Dan Bunuh Adik Ipar Dalam Rumah Sendiri

27-5-2022 03:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1207| Komen: 4

Description: Lelaki tergamak merogol adik iparnya sendiri sebelum membunuh mangsa lalu dibuang di kebun rumahnya di Demak, Jawa Tengah gara-gara cinta ditolak.
Lelaki tergamak merogol adik iparnya sendiri sebelum membunuh mangsa lalu dibuang di kebun rumahnya di Demak, Jawa Tengah gara-gara cinta ditolak.


Tribun News melaporkan, suspek, SH, 21, didakwa sempat melakukan hubungan seks bersama mangsa, FN, 18, sebelum kembali ke bilik isterinya. 

Bagaimanapun pada tengah malam, dia kembali ke bilik mangsa dan meminta untuk ‘bersama’ buat kali kedua, namun ditolak mangsa menyebabkan suspek marah.


Gambar hiasan

Susulan itu, suspek membenamkan kepala mangsa sebelum menolak kepalanya ke dinding sehingga menyebabkannya terbabit pengsan. 


Bagi menghilangkan bukti, mangsa akhirnya dibunuh.

Bercerita lebih lanjut, suspek dikatakan suka kepada mangsa sebelum berkahwin dengan isterinya dan sempat melamar gadis berkenaan, namun lamaran tersebut ditolak. 

Akhirnya, dia berkahwin dengan kakak mangsa dan tinggal sebumbung bersama gadis yang dicintainya itu.

Difahamkan, mayat mangsa dijumpai kanak-kanak berusia 3 tahun di dalam semak kebun rumahnya bersama beberapa kesan luka pada muka dan dada.

Bertindak atas laporan diterima, polis berjaya menangkap suspek dalam tempoh kurang lapan jam sebelum mengaku cemburu berikutan tindakan mangsa membawa masuk seorang lelaki ke dalam rumah.

Difahamkan, suspek sempat meminta supaya mangsa tidak menceritakan apa yang berlaku kepada ibu dan kakaknya.

"Saya terluka. Sebelum menikah dengan kakaknya, saya memang berniat meminangnya (mangsa), namun ditolak," katanya.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara seumur hidup.


Sumber: OhBulan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote venom1 27-5-2022 03:46 PM
nak seks je kerjanya..tak fikir lain kepala diaorang ni
Quote Artemesiaa 27-5-2022 04:07 PM
Terlalu ikutkan perasaan hadap jer ler hukumannya nanti
Quote Adrif 27-5-2022 04:51 PM
APA KE GILA PERANGA-

oh.. negara seberang.. hmm aje lah..
Quote whimsicalmusic 27-5-2022 06:07 PM
Kesian kakaknya..niat laki tu bkahwin maybe sbb mk dkt dgn mangsa je..kena rogol ke rela? I is confius ayat melakukan hubungan seks tu, mcm rela?

Lihat semua komen(4)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-7-2022 03:03 PM GMT+8 , Processed in 0.077677 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top