CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Isteri Dihina Sebab Berhenti Kerja Lepas Kahwin

27-5-2022 04:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3986| Komen: 71

Description: Seorang pengguna Twitter, Malissa Ali meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap segelintir individu yang masih berfikiran kolot terhadap wanita yang memilih untuk berhenti kerja demi menyambung pelaj ...
Seorang pengguna Twitter, Malissa Ali meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap segelintir individu yang masih berfikiran kolot terhadap wanita yang memilih untuk berhenti kerja demi menyambung pelajaran.


Menerusi ciapannya itu, Malissa turut memberitahu bahawa dia semakin hilang sabar dengan sikap manusia yang suka membuat andaian tanpa mengkaji selidik terlebih dahulu.

Malah, ada juga yang menuduh dia banyak menghabiskan duit suaminya dan sengaja mengambil kesempatan untuk tidak bekerja.


Gambar Hiasan

“Sebaik sahaja berhenti kerja selepas berkahwin untuk menyambung pengajian, saya menerima begitu banyak kritikan.


“Orang tuduh saya nak duduk rumah saja, ambil kesempatan dengan keluarga senang,” kata Malissa.

Perkongsiannya itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.

“Tugas suami untuk menyara keluarga. Di mana yang ambil kesempatan,” kata ZulMzs

“Pekakkan telinga sahaja, tak berkudis pun dengan kata-kata orang,” komen pengguna lain.

“Saya merasainya, pernah berhenti kerja kejap sebab mengandung. Pada masa yang sama buat perniagaan, tetapi orang tidak nampak apa yang kita buat. Ingat duduk goyang kaki sahaja,” luah Ida Safiay. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 27-5-2022 04:54 PM
Ko suroh je dorang tengok Instagram miss_naziha.  Tunjok kat dorang lepeh kawen dia menggedik je kat socmed, belajor pon tak.  Harap2 depe terkesima & dapat memaapkan ko.


[ig]https://www.instagram.com/p/CbpQw-ejHZc/[/ig]
https://www.instagram.com/p/CbpQw-ejHZc/

Quote Artemesiaa 27-5-2022 05:13 PM
Yang bising2 tu selalunya sebab kena kerja untuk bantu suami dalam perbelanjaan keluarga kalau tak tak cukup nak cover nak kena bayar tu bayar ni.  Selain tu sebab takut mak marah kalau tak kerja sebab takut kalau kena tinggal dek suami tak ada pendapatan siapa nak tanggung hidup.  Pada hal dalam bucu hati kalau boleh memang malas nak kerja kalau suami mampu beri dan sediakan semua.
Quote Mary_jane 27-5-2022 05:15 PM
Biar jela mulut longkang orang tak boleh nak tutup. Jaga sendiri anak2 lagi puas hati, takde lah bimbang kena dera ke apa. Masak, kemas rumah, ingat tak penat ke? Nak melayan suami lagi.
Quote glump 27-5-2022 05:16 PM
Ramai je wanita yg duduk rumah lagi menyumbang kepada ekonomi keluarga.
Quote faraway1 27-5-2022 05:46 PM
Perlu ke peduli apa orang fikir..

Kalau takut diumpat jangan benti kerja..
Quote whimsicalmusic 27-5-2022 05:54 PM
Kalo laki ko gaji 20k harus la goyang kaki..tp kalo laki ko kerani je duduk kl sila la menyumbang ke ekonomi keluarga..melainkan ko jenis yg xkisah, xmembeli, bsederhana..tp still kalo laki ko gaji 20k pn ko ade kelayakan n skill xsalah pn utk keje sis..kalo x xyah bitter sgt
Quote syamzana 27-5-2022 05:55 PM
lantakkan aje laa dekkk..
acik ni haaa aman2 je lepas habis phd kerja kejap membalas jasa penaja wpun tak perlu pun pastu brenti buat kerja yg acik suke lepas dah bosan goyang kaki kdg2 jd bibik&supir
Quote Meiizu 27-5-2022 06:01 PM
Edited by Meiizu at 27-5-2022 06:03 PM

Isu graduate housewife ni kita kena tengok dari pelbagai sudut..memanglah tanggungjwb laki ko bela ko.
Contoh :
Kalau ko tu dtg dari family m40 yg parent sanggup kluarkan duit utk makesure ko study sampai degree mesti ada sebab ..

toksah duk perasan family tegur sebab jeles okehh..parent nak anak terjamin atas kaki sendri ,tak perlu kayakan parent tapi jgn susahkan diorang esok tua badai melanda korang laki bini

Quote Dwdrum 27-5-2022 06:06 PM
Tutup saja lah socmed dik... Pilih untuk be kerja di kata kan habis kan harta... Pilih untuk be kerja di kata pula hubby sengkek...semua nya di buat tidak kena dengan manusia mulut jahat
Quote annehuda 27-5-2022 06:10 PM
Kekadang btul ke suri rumah ni kene ngata mcm tu ke diorg yg terasa sendiri pastu buat-buat cerita demi sebab nak content dan like?aku bkn pe zaman socmed ni suma lapar perhatian je
Quote bakingsoda 27-5-2022 06:28 PM
perempuan ada hak utk tak keje, tapi kalau dah jd surirumah tu kena ikut la taraf hidup laki ko. kalau laki kaya huntung laa
Quote ~boolean 27-5-2022 07:31 PM
annehuda replied at 27-5-2022 06:10 PM
Kekadang btul ke suri rumah ni kene ngata mcm tu ke diorg yg terasa sendiri pastu buat-buat cerita d ...

Memang suri rumah selalu dikecam oleh golongan peminis liberal..tengok aja di twitter tu kalau perempuan belajar tinggi pilih untuk duduk rumah jaga anak terus dikecam tak dream big, tak bantu rancakkan ekonomi, masih bermentaliti jadi 'maid' suami..

Peliknya yang mengecam perempuan ialah perempuan juga..

Tak silap aku si malisa ali yang tweet kena kecam jadi suri rumah ni lulusan luar negara dan memang bijak..tak perlu hadap perhatian pun sebab tweet dia memang selalj banyak rt dan likes
Quote minahmanja 27-5-2022 07:40 PM
You do you. Tp kalau tnye iols, mmg takut la nk resign lepas kawin. Kang kena tggl naya jek.
Quote annehuda 27-5-2022 07:55 PM
~boolean replied at 27-5-2022 07:31 PM
Memang suri rumah selalu dikecam oleh golongan peminis liberal..tengok aja di twitter tu kalau per ...

Tapi aku tak kenal dia pun. Mungkin sebab aku takde twitter tp eh aku tak pahamla camne org leh ralit ngan twitter sehari suntuk mcm takde keje lain je
Quote mzzenma 27-5-2022 08:20 PM
Dah tahun 2022 pun masih gini eh.. duk compare2 lagi

tapi mzz selalu dengar mcm dekat forum ni, ibu2 bekerja yg selalu kena kecam. Tak syg anak lah, laki sengkeklah, nak berlagak dgn barang branded lah.

Tapi selaku anak dari family biasa2 yg ada hutang ptptn, mzz prefer utk bekerja. Alhamdulillah dpt tolong husband utk tingkatkan ekonomi family plus beli harta atas nama sendiri.

But you do you sister.. what works for you might not work for others, and vice versa. Hidup lah dengan cara masing2. Kalau nak ikut mulut org mmg sampai ke sudah semua serba tak kena.
Quote Suchi 27-5-2022 08:21 PM
~boolean replied at 27-5-2022 07:31 PM
Memang suri rumah selalu dikecam oleh golongan peminis liberal..tengok aja di twitter tu kalau per ...

Skrg tak semua surirumah tu mmg jd surirumah je semata2 maybe ada la kan tp ramai je buat duit gak walau duk umah.
Zaman teknologi canggih ni budak sekolah pun mampu meniaga bagai.
Janganla terus hukum tak keje susahkan laki bagai mana tau 2-3 tahun kendian dia jd ponder produk. Laki dia plak benti kije mengekor bini ke sana ke mari.
Benti keje bukan makna rezeki pun berenti gak, kalau tak keje rezeki tu maybe dtg melalui gaji suami yg bertambah2, suami dinaikkan pangkat. Anak2 sihat takde kuar masuk sepital. Keta semua ok takde masalah takde masuk bengkel.

Insya Allah rezeki tu ada je kena la yakin dengan Allah.
Iols ada kawan yg seingat iols dia tak penah pun bekerja mkn gaji tau.
Dia kawen masa umur muda dan tak keje pun pastu lepas dpt 2 anak dia bercerai.Anak2 kecik lg time tu.
Pastu dia sambung belajar amik MBA kat Uitm sambil2 tu dia wat bisnes online.
Selama itulah yg iols tahu dia wat bisnes online je sara diri dan anak2 sampai skrg berbelas tahun gak dia jd ibu tunggal.

Quote asamfish 27-5-2022 08:40 PM
Apa salahnya kalau bini menghabiskan duit laki....memang kewajiban si laki pun....kang kalau bini tak perabih duit laki, harus la kaum kerabat laki yang dok mengeruk duit laki ....kalau tak pun pempuan lain plop yang perabih duit laki
Quote ladybugz 27-5-2022 08:45 PM
sudah2 la mengecam pilihan hidup orang. selagi x nyusah kan hidup sesapa, biarla masing2 dgn pilihan hidup masing2. masing2 ade ujian dan cabara  tersendiri. nak kerja atau tak terpulang. skrg pun kalau nk kerja kene fikir byk mende. berbaloi tak gaji yg dapat sbb bila bekerja pun nk pakai duit contohnya minyak kereta, installment kenderaan (assume pergi kerja dgn kereta masing2), yuran nursery anak2/pengasuh, kos makan minum kat tempat kerja, kos baju kerja, kasut kerja, bag kerja, keperluan kerja, time yg ada utk uruskan rumah dan anak, etc. sometimes, kalau anak ramai tp gaji yg nak dapt rm 1500 rasanya sgt costly kalau kedua2 pasangan nk kerja unless anak2 dah besar sikit dah pandai duk rumah sendiri. so, jgnla cakap perempuan kerja atau x kerja tu x elok. pov tu berbeza2. ekonomi household pun berbeza2. i pernah bekerja full time, part time and now i x kerja so i dah pernah rasa dua2 side. masing2 ade pros and cons. kalau takut suami tinggal terkontang kanting nanti, mestila mana2 wanita pun fears kena tinggal dan dicurangi. berdoa la banyak2. buat la simpanan walaupun homemaker. usaha n ikhtiar kita. rezeki kita Allah yg pegang. jgnla rasa bangga kita yakin sgt2 kalau suami tinggal kita, kita ok sbb ada kerja. ade my friend kerja elok tp kene tinggal suami hilang berpuluh2 ribu sbb turun naik mahkamah suaminya buat naya kat dia still terkontang kanting juga nak selesaikan berpuluh2 ribu dah habis terpaksa berhutang sana sini sbb nk selesaikan. huhu. ade yg i tau suri rumah tp suami curang dan hampir bernikah lain tp nasib dia baik, byk pertolongan dtg mencurah2 kiri kanan dan dapat juga hire lawyer dan ramai tolong bayarkan lawyer utk dia. padahal dia hanyalah ada spm shj. dikurniakan mempunyai ramai ahli keluarga yg bg moral support. last2 suaminya x jd kahwin n merangkak cari si suri rumah ni semula. merayu2. jadi yg penting, kita kene sentiasa bersyukur dgn jalan kehidupan yg Allah telah tentukan utk kita dan sentiasalah kita cuba utk perbaiki diri setiap masa. usaha utk buat yg terbaik utk diri dan pasangan dan anak2. yg lain tu tawakkal n serahkanlah pada Allah swt.
Quote lattehazelnut 27-5-2022 08:57 PM
Kau study course apa dek..

Malissa Ali
@malissaali
I don't wanna keep up with
Kardashians anymore since Kourt told
us she swallowed Travis's cum four
times per week. 000
6:21 PM • 27/05/2022 • Twitter for iPhone

————————————-

Bg i biasa yg bising parent..
Ye lah.. da tanggung anak study sampai oversea habiskan beras, last2 jadi housewife..

Zaman pkp kan da bg pengajaran.. laki kje pilot ke or tokey besar bisnes pun boleh lingkup..

Lihat semua komen(71)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-7-2022 03:38 PM GMT+8 , Processed in 0.070377 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top