Kecewa barangkali apabila sering dihujani kritikan dan komen negatif berbaur hinaan terutama daripada mereka yang sebangsa dan seagama hingga Sarah Hildebrand membawa diri ke negara orang. Pelakon itu menerusi hantaran di Instastory berkongsi tangkap layar komen seorang individu yang menggelarnya perempuan sundal kerana berkahwin dengan jejaka bangsa asing, Otto Gillen berdarah kacukan Filipina-Amerika.
Menerusi hantaran di Instagram, Sarah, 32, mengakui mentaliti sebegini menjadi salah satu punca utama dia meninggalkan tanah air buat selamanya. "Saya sayang agama saya (Islam) dan tidak akan meninggalkannya kerana saya tahu bukan agama itu yang korup, sebaliknya manusia yang mencemarkan kesuciannya dengan kejahilan mereka," ujarnya. Walau jauh dari tanah air, tidak mungkin Sarah akan dilupakan. - CARI |
Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet
1-7-2022 03:51 PM GMT+8 , Processed in 0.070164 second(s), 29 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.