CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Kaki Tangan Diikat, Mayat Lelaki Dalam Guni Di Kedah

27-5-2022 04:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 990| Komen: 3

Description: SUNGAI PETANI – Mayat seorang lelaki dalam keadaan kaki dan tangan diikat di dalam guni ditemui terapung berhampiran pengkalan ikan bilis di Kampung Sungai Batu di sini pagi tadi.
SUNGAI PETANI – Mayat seorang lelaki dalam keadaan kaki dan tangan diikat di dalam guni ditemui terapung berhampiran pengkalan ikan bilis di Kampung Sungai Batu di sini pagi tadi.


Mayat lelaki yang belum dikenal pasti identiti itu ditemui oleh sekumpulan nelayan tempatan sewaktu mereka hendak turun memancing di Sungai Batu pada pukul 9.30 pagi selepas terhidu bau busuk daripada guni yang tersangkut pada pancang kayu penambat perahu di situ.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Datuk G. Suresh Kumar yang ditemui di lokasi penemuan mayat berkata, pihaknya dimaklumkan sebaik penemuan itu oleh nelayan terbabit.

Foto: Kosmo

“Pihak kita kemudian membuka guni itu dan mendapati mayat seorang lelaki yang telah mengelupas kulitnya dalam keadaan kaki dan tangan diikat.

“Mangsa masih memakai baju T tetapi tidak berseluar itu dipercayai dihanyutkan arus sebelum tersangkut di situ,” katanya di sini hari ini.

Menurut Suresh, siasatan awal pihaknya mendapati mangsa tanpa dokumen pengenalan diri itu dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum dimasukkan kedalam guni dan dibuang ke sungai itu.

“Berdasarkan keadaan mayat yang telah mengelupas kita percaya mangsa telah terendam air lebih 48 jam. Pihak kita juga tidak menemui sebarang kesan kecederaan pada tubuh mangsa dan sebab kematin mangsa hanya akan diketahui selepas bedah siasat dijalankan,” katanya.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, ketika diminta mengulas kes tembak mati seorang lelaki bersebelahan keretanya di Jalan Kampung Baru di sini Rabu lalu, Suresh berkata siasatan daripada pelbagai sudut masih diteruskan pihaknya.

“Selain mengambil keterangan isteri, rakan dan beberapa orang saksi lain, kita sedang melakukan soal siasat terhadap seorang suspek yang ditahan kelmarin untuk mengetahui penglibatannya dalam kes tembak itu.

“Tiada tangkapan terbaharu dibuat sehingga kini dan siasatan masih diteruskan untuk mengetahui motif sebenar kejadian,” katanya. -CARI

Sumber: Kosmo
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mary_jane 27-5-2022 05:12 PM
Kedah darul Mexico.
Quote Artemesiaa 27-5-2022 05:14 PM
Makin kerap pulak kes bunuh kat Kedah sejak dua menjak ni
Quote ecahaha 27-5-2022 06:32 PM
Dah ada org share ke yg kes tembak kt kedah? Iols tgk kat twitter semalam

Lihat semua komen(3)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-7-2022 04:04 PM GMT+8 , Processed in 1.490066 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top