CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Ibu, Nenek Saudara Kantoi -Hantaran FB Bongkar Penderaan Kanak-Kanak 3 Dan 5 Tahun

27-5-2022 05:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 907| Komen: 6

Description: Georgetown: Dua wanita di Air Itam, di sini, ditahan polis hari ini, bagi membantu siasatan terhadap penderaan dua kanak-kanak berusia tiga dan lima tahun.
Georgetown: Dua wanita di Air Itam, di sini, ditahan polis hari ini, bagi membantu siasatan terhadap penderaan dua kanak-kanak berusia tiga dan lima tahun.

Wanita tempatan berusia 28 dan 52 tahun itu masing-masing adalah ibu dan nenek saudara kepada kanak-kanak berkenaan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, polis menerima laporan yang dibuat oleh seorang lelaki tempatan mengenai satu hantaran di Facebook (FB) memaparkan foto dua kanak-kanak sedang makan di restoran dengan kesan kecederaan di muka.


Foto: Harian Metro

Mengesyaki kanak-kanak itu menjadi mangsa dera, lelaki berkenaan tampil membuat laporan di Balai Polis Air Itam di sini.


"Bertindak atas maklumat, serbuan dilakukan pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di sebuah rumah flat di kawasan Air Itam pada jam 11.15 pagi tadi.

"Menerusi serbuan itu, kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dan perempuan berusia lima tahun diselamatkan manakala dua wanita terbabit ditahan," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Soffian berkata, pemeriksaan awal pada tubuh mangsa menemukan kesan luka dan lebam di bahagian muka serta badan disyaki akibat penderaan.

"Kedua-dua mangsa dirujuk ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan siasatan lanjut masih dijalankan," katanya lagi.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Timur Laut di talian 04-2181822 atau tampil ke balai polis berhampiran. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote DayangKirana 30-5-2022 10:00 AM
betul...dalam kes2 macam ni, memang perlu jaga tepi kain orang..
kesian those 2 kids.. hopefully nasib terbela..
Quote RinIna 30-5-2022 09:43 AM
Ya Allah syukur ada yg prihatin.. apa punya maklah.. tak suka budk jgn jadi mak.. bahalol
Quote laradelara 29-5-2022 07:59 AM
Nasib baik laki tu tros report polis.. Apa lah nasib bdk2 tu kalo xde yg prihatin
Quote Olumis 29-5-2022 12:06 AM
Kejamnya. Semoga pendera mendapat hukuman setimpal. Kesian anak2 ni
Quote Lentera 28-5-2022 10:49 PM
Kesiannya budak2 tu.. JKM amik tu jangan pi hantar rumah bonda pulak  
Quote sambaldurian 27-5-2022 07:19 PM
'Busybody' yg betul main peranan. Kdg2 ' busybody' ni diperlukan utk hal2 gini. Kena ada org prihatin.

Lihat semua komen(6)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-7-2022 02:53 PM GMT+8 , Processed in 0.061308 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top