CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Denden Gonjalez Tak Ambil Pusing Konflik Dalam Search

27-5-2022 06:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 873| Komen: 6

Description: Vokalis baru kumpulan Search, Denden Gonjalez mengaku lebih selesa untuk tidak masuk campur mengenai pergeseran dan perpecahan membabitkan anggota kumpulan legenda berkenaan.
Vokalis baru kumpulan Search, Denden Gonjalez mengaku lebih selesa untuk tidak masuk campur mengenai pergeseran dan perpecahan membabitkan anggota kumpulan legenda berkenaan.


Menurut vokalis berasal dari Indonesia itu, dia sendiri begitu mengagumi Amy sebagai vokalis asal kumpulan terbabit.


Kredit foto: IG Denden

Namun, apa yang lebih utama baginya adalah untuk menunaikan amanah sehabis baik menjelang Konsert Search Rockin’ On Rooftop di Kompleks Campbell, Jalan Dang Wangi, di sini, pada 11 Jun depan.

“Saya sendiri memandang tinggi dan mengidolakan Amy sejak dulu hingga sekarang. Beliau sendiri sudah menyanyikan lagu dendangan Search dengan baik.


“Saya tak mahu wujud istilah berlawan untuk membuktikan siapa lebih hebat.  Pengalaman saya dan beliau amat berbeza. Masing-masing ada cara dan gaya tersendiri. Paling utama, kami bersaing secara sihat.

“Sebab itu juga saya tak ambil pusing dan kisah fasal kontroversi mereka selama ini. Itu urusan mereka yang dulu. Saya hanya mahu berikan yang terbaik untuk konsert kelak,” katanya yang akan membuat persembahan bersama Din, Kid, Yan dan Minn pada konsert itu nanti.

Denden juga menambah, dia sedar bukan haknya untuk menentukan sama ada dia lebih hebat daripada Amy atau tidak dan hal itu adalah terpulang kepada peminat dan pendengar.


Kredit foto: IG Denden

“Saya tak mahu mengulas kalau ada yang kata saya tidak setanding atau tidak sesuai dengan kumpulan Search.

“Pastinya kerisauan saya itu tetap bersarang adakah peminat tidak boleh menerima kehadiran diri ini.

“Namun saya tawakal. Pada akhirnya, ia terserah kepada pendapat masing-masing. Saya percaya setiap daripada kita ada pilihan dan minat masing-masing,” katanya lagi.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AnnaSendin 28-5-2022 10:26 PM
Jowo nak jadi mamat spanish : Gonjalez terus uols. Bethol2 ejaan jowo.
Quote eely_shana 29-5-2022 01:12 PM
Artis indo ke
Quote Burong_Hantuk 29-5-2022 04:25 PM
good luck yerrr
Quote fatinandreanna 30-5-2022 03:44 PM
Sedap suara Denden ni. Kalau lagu nada tinggi memang tak pecah suara.

1st time Saya dengar Denden menyanyi, Time tu lagu Nicky Astria Mengapa tu, memang kagum la.
Quote She-Ra 30-5-2022 04:22 PM
kiddin
amy

Quote Matpon 30-5-2022 10:41 PM
jalan terus

Lihat semua komen(6)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-7-2022 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.072025 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top