CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Gelaran Diraja Yang Berubah, Anak Putera Harry Diangkat Sebagai Putera Raja

22-9-2022 12:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8158| Komen: 88

Description: Raja Charles III mengumumkan anak lelaki pertamanya, Putera William sebagai Putera Wales selepas baginda diangkat sebagai Raja Britain yang baharu.
Raja Charles III mengumumkan anak lelaki pertamanya, Putera William sebagai Putera Wales selepas baginda diangkat sebagai Raja Britain yang baharu.

Dalam ucapan yang disiarkan di televisyen negara itu, Raja Charles III bertitah, pewarisnya akan menyandang beberapa gelaran baharu dan juga memikul tanggungjawab terhadap aset peribadi, Duchy of Cornwall.


IG The Prince and Princess of Wales

Ia adalah harta pusaka yang diserahkan kepada pewaris takhta sejak 1337.

Baginda bertitah, anak lelaki baginda dilantik sebagai Putera Wales atau gelaran, Tywysog Cymru dalam bahasa Wales.


Putera William dan isterinya Kate Middleton kini akan dikenali secara rasmi sebagai Putera dan Puteri Wales.

Mereka kekal sebagai Duke dan Duchess of Cambridge, tetapi gelaran baharu diutamakan.

Putera William yang mewarisi Duchy of Cornwall juga menerima gelaran Duke of Cornwall.

Putera William juga menjadi Duke of Rothesay di Scotland, bersama dengan Earl of Carrick, baron Renfrew dan Lord of the Isles.

Ketika lawatan ke Scotland, Puteri Wales boleh menggunakan gelaran Duchess of Rothesay jika beliau mahu berbuat demikian.


IG The Prince and Princess of Wales

Selepas kematian Ratu, isteri Raja Charles III, Camilla kini akan digelar sebagai Raja Permaisuri yang menjadi gelaran rasmi kepada isteri seorang raja.

Ia berikutan restu Ratu Elizabeth II sebelum kematiannya, untuk Camilla menggunakan gelaran itu.

Anak lelaki Duke dan Duchess of Sussex, Putera Harry dan Meghan iaitu Archie Mountbatten-Windsor kini diangkat sebagai putera raja seperti yang ditetapkan Raja George V pada 1917.

Pada 2021, Charles dicadangkan untuk mengehadkan jumlah kerabat diraja utama apabila dia menjadi raja sebagai usaha menghalang Archie menjadi putera raja.


EPN

Baginda perlu mengeluarkan Surat Paten yang meminda hak Archie untuk menjadi putera raja dan hak Lili, anak perempuan Putera Harry untuk menjadi puteri.

Archie dan Lili tetap kekal sebagai putera dan puteri sama ada ibu bapa mereka memilih untuk menggunakan gelaran diraja atau sebaliknya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 22-9-2022 12:43 PM
semoga putera william cecepat pergi buat rawatan rambut yach
Quote delia3003 22-9-2022 12:51 PM
hyie replied at 22-9-2022 12:43 PM
semoga putera william cecepat pergi buat rawatan rambut yach

Daripada buat rawatan rambut, lebih baik botakkan terus

Anak2 hairy masih belum dapat title prince/princess ye
Quote Scheherazade 22-9-2022 01:12 PM
comel la plak anak2 harry dlm gmbr kt atas tu
Quote kakikuDibibirmu 22-9-2022 01:14 PM
Yun Nam hair care tersenyum sinis
Quote belilies 22-9-2022 01:16 PM
Ingatkan king c declare title anak2 harry tu. Reputs ni pun, benda tu mmg dah common knowledge pun. Kalau ikut patent tu mmg anak2 dia jd prince and princess, bukan mcm yg ko kata tu heols declare. Heols blum declare pun. I is kecewa sbb berita yg reput ni tulis is so yesteryears.
Quote capwayang 22-9-2022 01:26 PM
..anak-anak Harry dan Megan ni masih bergelar Master dan Miss lagi, kalau tak silap la..
Quote _blackbird 22-9-2022 01:31 PM
aik ini pon jadi isu ke. dah atok nya dah jadi king, automatik cucu2 mmg jadi putera / puteri la direct descendent kot
Quote buragazz 22-9-2022 01:33 PM
Kesah pulak aku... next
Quote ketambangkang 22-9-2022 01:56 PM
sumpah x phm dorg punye gelaran2 ni
Quote blakerainer 22-9-2022 02:12 PM
Itupun Harkles meronta nak anak ada title HRH kat depan. Demand nak itu ini, tak sedar diri kut dah kena exile
Quote margo20 22-9-2022 03:09 PM
geram nak cukur rambut si william
Quote akuMNdia 22-9-2022 03:14 PM
william tu mmg keturunan botak tgh..
tgk jer la pakmenakan dia prince edward tu. sepesen jer.
Quote kucingitam 22-9-2022 03:16 PM
pening betul dgn title drg ni...
Quote lonely_classic 22-9-2022 03:19 PM
Ya ampun si william punya kepala menganggu sungguh
Quote xAthenax 22-9-2022 03:20 PM
Huduh jah rupa Wills ni sideway. Ingat dia akan inherit rupa Pak Saudara belah mak, makin botak pula. Dulu bukan main dashing, sekarang muka dah start kedut seribu. chumil pula anak2 harry neh.
Quote Farnor 22-9-2022 03:25 PM
hyie: semoga putera william cecepat  ...
[em:4:] alahh botak is awesome hahaa  
Quote jazaa100 22-9-2022 03:26 PM
ketambangkang replied at 22-9-2022 01:56 PM
sumpah x phm dorg punye gelaran2 ni

Mcm tu lah jugak dorang tak paham system beraja kita......

Ada Agong, ada sultan, ada tengku mahkota, ada Temenggung, ada TMJ......

Fenin...fenin....
Quote Artemesiaa 22-9-2022 03:32 PM
Ni satu lagi drama yang bakal jadi panjang juga ni
Quote zuliana29 22-9-2022 03:38 PM
banyaknya gelaran Prince William & Kate... Tanggungjawab pun bertambah lah ye..

Lihat semua komen(88)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-9-2022 12:15 AM GMT+8 , Processed in 0.066367 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top